Euforia Bola 2026
Kisah Viral By: Atiqah Johari September 15, 2023 @ 8:53pm

Mahu Jaga Privasi, Abdur Rahman Mohon Netizen Henti ‘Update’ Berkaitan Kemalangan Keluarga

Remaja yang dikenali sebagai Abdur Rahman, 19, memohon kepada orang ramai untuk tidak lagi membuat kemas kini mengenai kemalangan yang melibatkan keluarganya baru-baru ini.

Kongsinya di TikTok, Rahman meminta orang ramai untuk memahami situasi dan menjaga privasinya.

“Tolong jangan update apa-apa pasal kemalangan yang menimpa pasal keluarga saya lagi yer.

“Lepasni saya mohon untuk semua faham dan jaga privacy saya 🥰🤍” tulisnya.

Menjengah di ruangan komen, rata-rata warganet mengirimkan doa buat Rahman dan keluarganya malah meminta sama-sama untuk menjaga sensitiviti.

Terdahulu, gempar satu Malaysia mengenai tragedi sayu yang menimpa Rahman apabila ahli keluarganya terlibat dalam kemalangan.

Dalam kemalangan tersebut, Rahman kehilangan ibu bapa dan empat orang adik dalam kemalangan yang berlaku di kilometer 5, Jalan Segamat-Kuantan pada awal September lalu.

Jenazah enam sekeluarga itu selamat dikebumikan dalam satu liang lahad di Tanah Perkuburan Islam Masjid Ubuddiah, Parit Limbong, Johor.

Artikel Berkaitan: Hilang 6 Sekeluarga Dalam Sekelip Mata, Tiz Zaqyah Syukur Niat Melawat Abdur Rahman Tercapai

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Drama Fri, 3 Mar 2023
Trending Sat, 10 Jul 2021

Duit Simpanan Menyusut Akibat Pandemik Covid-19, Fendy Caliph Buskers Bersyukur Dapat Perhatian Kerajaan

Anggota kumpulan Caliph Buskers, Fendy Adlun, 30, bersyukur kerana kegusarannya mendapat perhatian pihak kerajaan. Fendy memuat naik video memohon perhatian pihak kerajaan untuk memudahkan dirinya mendapat kelulusan rumah mampu milik atau Projek Perumahan Rakyat (PPR) […]

Featured Wed, 12 Feb 2025

Didakwa ‘Seronok’ Hasilkan Content Berunsur Songsang, Ini Respons Imran Bard: “Saya Minta Maaf, Tuduhan Itu Sangat Berat!”

Imran Bard meluahkan rasa kesal selepas video pendek yang dihasilkannya baru-baru ini menerima respons kurang enak.

Featured Tue, 27 Dec 2022
Cahaya Mata Sun, 11 Sep 2022
Featured Fri, 20 Mar 2026

Nas-T Kongsi Tradisi Baju Raya Sedondon Itu Wajib, Akui Aidilfitri Tak Sama Tanpa Arwah Ayah & Adik

Pelakon Nas-T berkongsi pengalaman menyentuh hati apabila mengakui sambutan Aidilfitri sejak beberapa tahun kebelakangan ini tidak lagi sama selepas kehilangan insan tersayang.

Selebriti Wed, 22 Nov 2023

Harap Jumpa Jalan Penyelesaian, Norlia Ghani Terkejut Rumah Tangga Rusdi, Sharon Paul Goyah

Semua ibu pastinya mengharapkan rumah tangga anak dan menantu berkekalan – Norlia Ghani

error: Content is protected !!