Euforia Bola 2026
Featured By: tex_admin August 28, 2019 @ 8:42am

Makanan untuk mata yang sihat

Mata jendela hati dan mata juga adalah ‘jalan’ kepada gerbang ilmu kerana menerusi mata banyak perkara boleh dilakukan terutama membaca buku yang membawa anda kepada pencarian ilmu.

Oleh itu, mata ialah satu harta yang tiada tolok banding nilainya dan penjagaan mata amatlah penting. Anda hanya memiliki sepasang mata yang telah diberikan oleh Tuhan dan hargailah ia sebaik mungkin.

Sepertimana tubuh yang memerlukan kalsium untuk tulang yang kuat dan sihat, mata juga memerlukan set pemakanan khusus bagi mengekalkan fungsi retina serta kesihatan mata. 

Andai dijaga dengan baik dan mendapat khasiat yang cukup, anda boleh melihat dengan terang dan mengelakkan ia daripada mengalami kabur sebelum tiba masanya.

Ini antaranya makanan untuk mata yang kita boleh amalkan dalam pemakanan harian kita. 

  1. Sayuran berdaun hijau 

Foto: Halodoc.com

Kailan dan bayam merupakan sayuran berdaun hijau yang sangat kaya dengan sumber Lutein dan Zeaxanthin. Ia adalah  bahan antioksidan yang berfungsi dalam melindungi dan mengekalkan kesihatan sel dalam tubuh badan.

2. Tiram

Foto: Explorasa.cari.com

Tiram ialah makanan yang kaya dengan sumber Zinc. Kekurangan Zinc boleh mengakibatkan gangguan penglihatan pada waktu malam dan masalah katarak. Bagi anda yang tidak menggemari tiram, makanan lain seperti udang kara, ikan salmon, daging merah atau susu boleh diambil untuk sumber Zinc menggantikan tiram. 

3. Aprikot 

Foto: Merdeka.com

Aprikot kaya dengan sumber Beta Carotene dan Lutein. Beta Carotene dan Lutein adalah daripada kumpulan Caretonoids yang membantu dalam mengekalkan fungsi penglihatan yang baik.

4. Telur 

Foto: Suara.tv

Telur juga antara makanan yang kaya dengan Zinc dan sumber Omega 3 serta Lutein.  Ia mengandungi Carotenoids tetapi peratusannya tidak sebanyak seperti sayur-sayuran hijau. Penyerapan Carotenoids daripada sayur-sayuran hijau adalah lebih baik daripada telur.

5. Gandum

Foto: Alodokter.com

Kandungan vitamin E yang tinggi dalam gandum mampu mengurangkan risiko katarak. Selain daripada gandum, almonds, biji bunga matahari , mentega kacang dan serta ubi keledek juga boleh diambil untuk memperbaiki kesihatan mata anda. 

6. Lobak 

Foto: Bidadari.my

Lobak antara makanan yang terkenal dan sering dikaitkan dengan penglihatan yang bagus. Sayuran dan buahan yang berwarna oren dan kuning mempunyai beta karotene yang tinggi. Ia merupakan sejenis vitamin A yang boleh dijumpai dalam tumbuhan yang dapat membantu melindungi mata anda.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 5 Oct 2022
Featured Fri, 20 May 2022

“Onz Outfit Dia…” – Bersenam Pakai Dress Labuh, Aina Abdul Curi Perhatian

Slay Girl! 🔥 Lepas ni takde lah alasan tak boleh workout sebab takde outfit 🤣

Featured Fri, 1 Nov 2019

Solekan sempurna dengan 4 produk Pley! Cosmetics

Penjenamaan semula raih perspektif baharu

Eat Travel Thu, 11 Jun 2020
Featured Thu, 22 Apr 2021

Che Puan Khaleeda Selamat Bersalin, Tunku Zahrah Zarith Nama Anaknda Puteri TMJ

Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar hari ini berkenan menamakan puteri kedua Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim, sebagai Tunku Zahrah Zarith Aziyah Tunku Ismail. Yang Dipertua Jumaah Majlis Diraja Johor, Datuk Abdul Rahim Ramli […]

Featured Mon, 22 Feb 2021

“Comelnya Anak Dia!” Telatah Anak Kembar Eina Azman Memasak Cuit Hati Ramai

Pandai betul anak DP Eina Azman bergaya, sama macam Mommy dia😍

Featured Tue, 10 May 2022

Shaheizy Sam & Syatilla Melvin Timang Cahaya Mata Ketiga

Shaheizy Sam dan Syatilla Melvin dapat anak ketiga

Featured Wed, 19 Jun 2024
Featured Tue, 26 Oct 2021

Gadis Teruja Pertama Kali Bertemu Teman Lelaki Selepas 11 Bulan Bercinta Dalam PUBG

Permainan video nampaknya semakin popular dalam kalangan anak muda masa kini. Malah, ada yang menjadikan platform permainan video sebagai tempat berkenalan dan bertemu jodoh. Siapa sangka, seorang pengguna TikTok yang dikenali sebagai @raden.girin ini telah […]

error: Content is protected !!