Euforia Bola 2026
Featured By: Maya Basir March 1, 2023 @ 3:56pm

Malaysia Pilihan MUSE! Konsert ‘The Will of The People’ Berlangsung Pada 29 Julai 2023

Berita gembira buat peminat-peminat kumpulan Muse dimana mereka bakal mengadakan konsert MUSE ‘The Will of The People’ TOUR 2023 secara eksklusif di Kuala Lumpur Bukit Kiara Equestrian Resort pada 29 Julai 2023.

Malaysia yang merupakan satu-satunya hentian konsert di Asia ini dibawakan khas oleh Hello Universe PLT dengan harapan dapat menaikkan prestij nama Malaysia di mata dunia.

Disebalik kesukaran dan cabaran bagi membawa Muse ke Asia, konsert ‘Will of The People’ ini sudah pasti akan menarik kesemua peminat fanatik kumpulan rock ini dari setiap pelusuk negara dan dunia terutamanya dari benua Asia Tenggara, Asia Utara dan Australia.

Untuk rekod, konsert Muse yang terakhir di Asia adalah pada 2019 di mana berlangsungnya Singapore Grand Prix yang merupakan sebahagian dari jelajah konsert ‘Teori Simulation’.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Hello Universe iaitu Adam Ashraf, dengan kepelbagaian agama, kaum dan etnik memudahkan lagi kedatangan Muse selain dapat memulihkan ekonomi negara ini.

“Malaysia kaya dengan kepelbagaian yang terdiri daripada pelbagai agama, kaum dan etnik. Disamping itu, mengadakan pelbagai aktiviti kebudayaan dan seni tidak akan pernah menjadi masalah, malah Muse amat dialu-alukan dan dinanti-nantikan di Malaysia.

“Dengan mengadakan konsert dan festival, ia secara tidak langsung merupakan cara terbaik bagi membantu membaikpulih serta merangsang ekonomi negara yang terjejas berikutan pandemik yang melanda.

“Selain dapat menarik kehadiran pelancong asing, kami juga dapat menyumbang kepada aktiviti untuk penduduk tempatan,” ujarnya.

Pra-jualan tiket bermula pada Khamis iaitu 2 Mac jam 2 petang dan jualan tiket umum akan bermula pada Jumaat, 3 Mac jam 10 pagi yang boleh dibeli melalui laman sesawang www.ticket2u.com.my

Harga tiket bermula pada RM350 (Zone C), RM550 (Zone B), RM750 (Zone D) dan RM950 (Zone A) dengan pelbagai kemudahan yang disediakan.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Fri, 12 Jul 2019
Featured Sat, 13 Dec 2025

Haiza Tak Sangka Bawa Balik Trofi Penyampai Radio Popular ABPBH37, Janji Tunai Manifesto ‘Korban’ Lembu

“Doakan ya ada rezeki kita akan berkumpul ramai-ramai untuk kenduri rakyat nanti” – Haiza

Hiburan Sat, 28 Mar 2026

“Tunjuk Mewah Tapi Hutang Liat Bayar” – Aliff Syukri Luah Rasa Berang, Kritik Golongan ‘Acah Kaya’

Aliff secara terbuka mengkritik golongan yang disifatkan sebagai ‘acah kaya’, tetapi liat membayar hutang.

Featured Fri, 27 Oct 2023

Gayakan Costume Bunny Seksi Nampak Dada, Netizen Kecam Leona

Fuh, Panasssssss🔥🔥🔥 Leona ni pakai apapun lawa kan?😎😎😎

Featured Wed, 12 Apr 2023
Trending Wed, 8 Jan 2020
Hiburan Mon, 7 Mar 2022
error: Content is protected !!