Euforia Bola 2026
LIFESTYLE By: Padin July 2, 2025 @ 2:14pm

Malaysia Raih Gelaran Juara TVET Serantau, Anak Muda Buktikan Kemahiran Jadi Aset Bernilai

Siapa kata kemahiran teknikal tidak glamor? Malaysia baru saja mencatat sejarah manis di pentas serantau apabila membolot 7 pingat emas dalam pertandingan ASEAN TVET Friendly Match 2025, satu acara yang menghimpunkan bakat-bakat terbaik dari 12 negara Asia Tenggara.

Bukan calang-calang bidang, peserta Malaysia menguasai kategori seperti Pertukangan Kayu, Pendawaian Elektrik, Kimpalan dan Penerapan Bata.

Kalau dulu kerja-kerja ini dilihat biasa-biasa, sekarang mereka yang menguasainya sedang mencipta nama di peringkat antarabangsa!

“Kita menyaksikan pencapaian luar biasa 40 anak muda berbakat dari 12 negara yang bertanding dengan semangat tinggi dalam sembilan bidang kemahiran utama.

“Dari bata ke reka bentuk digital, setiap pertandingan bukan sekadar menguji kepakaran teknikal, tetapi juga daya tahan mental dan kreativiti,” kata Datuk Seri Abdul Rahman Mohamad, Timbalan Menteri Sumber Manusia.

Pertandingan ini bukan sekadar friendly match. Ia sebenarnya medan latihan serius yang menggunakan standard antarabangsa, WorldSkills Occupational Standards.

Ini bermaksud, mereka yang menang sudah bersedia untuk bersaing di pentas lebih besar seperti WorldSkills ASEAN di Manila dan WorldSkills Asia di Taipei.

Lebih istimewa, ini juga kali pertama pertandingan TVET memberi fokus sepenuhnya kepada sektor pembinaan. Ya, binaan yang kukuh bermula dengan kemahiran tenaga mahir yang tidak kurang pentingnya.

“Malaysia komited memperkukuh ekosistem TVET serantau melalui pembangunan standard industri, pemadanan kemahiran dan mobiliti tenaga kerja teknikal…

“Kita beri tumpuan kepada pembangunan kemahiran hijau sebagai pemacu Matlamat Pembangunan Mampan,” tambah Abdul Rahman.

Di sebalik angka dan pingat, tersimpan cerita yang cukup menyentuh. Salah seorang wira muda negara, Misto Mikin, 18 tahun, memenangi emas untuk kategori Penerapan Bata dengan hasil susunan bata berbentuk “I Love TVET” yang mengambil masa 18 jam untuk disiapkan!

“Saya teruja dengan kemenangan ini… Ia menjadi pembakar semangat untuk mengharumkan nama Malaysia di Taipei nanti,” kongsinya.

Bagi Luqman Nurhafizi Abdul Kadir, yang memenangi emas dalam kategori Pertukangan Kayu, peluang ini bagaikan mimpi menjadi kenyataan.

“Peluang ini sangat besar maknanya. Dapat mengalahkan peserta antarabangsa dan menang emas membuka jalan saya ke peringkat seterusnya di Manila,” katanya.

Daripada bengkel ke pentas dunia, kejayaan mereka membuktikan satu perkara, kemahiran bukan hanya untuk kerja, tapi untuk cemerlang.

Ini bukan lagi soal memilih antara akademik atau TVET. Ini tentang mengenali kekuatan diri, membina masa depan dan mewakili negara dengan kebanggaan yang sebenar.

Siapa sangka kerja tangan boleh bawa ke pentas antarabangsa dan cipta impak global?

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

LIFESTYLE Sat, 17 Aug 2019

Waa… Sekarang Boleh Riadah Di Stadium Bukit Jalil Hujung Minggu

Untungnya siapa yang duduk berdekatan dengan Stadium Bukit Jalil

LIFESTYLE Thu, 23 May 2019

Here’s How You Can Fuse Your Personality into the Design of Your House

Because we all want our surroundings to be as comfortable for ourselves as possible.

LIFESTYLE Mon, 23 Sep 2019

Orang Pendek Lebih Berisiko Penyakit Kencing Manis

Haa.. macam mana nie ada ubat tak nak jadi tinggi

LIFESTYLE Thu, 14 Mar 2019

单身必看!未来半年的桃花运势

说上桃花,大概是单身朋友都挺引颈期盼的,每每想谈上感情,却老找不到对象。

Fab Foodies! Thu, 28 Jun 2018

Jangan Bazir Makanan, Alam Flora Kutip 22,000 Tan Sisa Makanan!

Tabiat pembaziran semasa menghadiri majlis rumah terbuka dapat dielakkan sekiranya masyarakat mengamalkan konsep 5R iaitu Refuse (menolak), Reduce (mengurangkan), Reuse (guna semula), Recycle (kitar semula) dan Recovery (pemulihan/diperbaharui).

Fab Foodies! Mon, 6 Aug 2018

你挑食吗?8种「难吃蔬菜」每个都是营养高手

多吃蔬菜对身体好!蔬菜种类非常之多,但总有你不喜欢吃的食物,你最不喜欢吃哪一种?

Events Mon, 10 Dec 2018
Fab Foodies! Mon, 16 Apr 2018

别急着喝茶、吃水果!饭后一小时内做这7件事恐伤身

吃、喝、拉、撒、睡是每天都要做的事,但看似平常简单的举动,背后却隐藏着大大的学问,尤其是很多人习惯在吃饱饭后立刻吃水果、喝茶、抽烟等,有可能会伤身。

LIFESTYLE Sun, 6 Oct 2019

体验东京传统与现代合奏曲!探索不为人知的面貌

自2018年开始,东京都政府大力开展「Tokyo Tokyo Old Meets News」这个标志和口号来提升东京在海外的城市魅力,从而提升东京作为全球旅游目的地的形象。

LIFESTYLE Mon, 8 Apr 2019

Be the Heat with Sevenfriday’s ‘The Urban Explorer’

There is a selection of sunnies to complete the look too!

error: Content is protected !!