Euforia Bola 2026
Gaya Hidup By: Ad Ops March 6, 2018 @ 10:20am

Malunya Kasut Berbau Hapak! Ikuti 7 Cara Mudah Ini Untuk Hilangkan Bau Itu

Kaki anda kuat berpeluh? Sebab itulah bakteria boleh membiak di dalam kasut dan menyebabkan kasut berbau.

Ada juga situasi di mana anda terpijak ‘lecah’, lalu kasut pun basah. Tanpa mengeringkannya terlebih dahulu, anda terus pakai saja. Lagilah aktif bakteria tu membiak!

www.safebee.com

Selagi tak buat apa-apa untuk membunuh bakteria tu, selagi itulah kasut anda akan berbau. Eee!

Kalau anda menghadapi masalah ini, jangan risau! Ada beberapa cara simple dan murah untuk hapuskan bau tu. Jom cuba!

1. Basuh kaki betul-betul

Langkah yang paling basic ialah untuk sentiasa pastikan kaki anda bersih dan bebas dari kuman. Sewaktu mandi, cuci tapak kaki dan celah-celah jari dengan sabun sampai berbuih. Sebelum pakai stokin atau kasut, pastikan kaki betul-betul kering. Di celah-celah jari kaki juga tau! Kalau nak betul-betul kering, pakai hairdryer terus.

2. Pakai stokin

Stokin bersih ya! Jangan pula pakai stokin yang sama untuk dua hari berturut-turut! Stokin membantu mengurangkan sentuhan antara kaki dan kasut; maknanya kuranglah bakteria yang membiak.

3. Pakaikan bedak di kaki

Sebab utama kasut anda berbau adalah disebabkan kaki yang berpeluh. Untuk memastikan kaki sentiasa kering, letakkan bedak di kaki sebelum memakai stokin atau kasut.

4. Jangan pakai kasut yang sama berkali-kali

Anda mesti ada kasut favourite yang anda suka pakai setiap hari kan? No problem, tapi kalau kasut itu berbau, lebih baik berikannya masa untuk “berehat”. Barulah kasut boleh betul-betul kering daripada peluh kaki anda. Kalau tak, kasut akan kekal lembap dan lagi aktiflah bakteria tu membiak!

5. Letak uncang teh dalam kasut

Sedapkan bau teh? Letakkan beberapa uncang teh ke dalam kasut supaya ia menyerap bau busuk kasut. Kalau kasut basah, letak sedikit beras dan baking soda dan biarkan selama beberapa hari.

6. Letak kasut dalam freezer

Letakkan kasut dalam resealable bag, tutupkan dengan rapat dan letakkan di dalam freezer semalaman. Suhu rendah dari freezer tu dapat membunuh bakteria. Gerenti kasut anda bebas dari bau busuk esok paginya.

7. Letak cat litter dalam kasut

Ada bela kucing? “Pasir” dari litter box kucing anda tu boleh menyerap kelembapan. Ambil sikit dan letakkan dalam stokin nipis. Ikat dengan getah dan tinggalkan semalaman dalam kasut busuk tu.

Mudah saja, kan? Selamat mencuba!

Sumber: www.health.com

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Gaya Hidup Mon, 22 Oct 2018

‘Sistem Imbuhan Untuk Tidur’ Diperkenalkan Di Jepun Bagi Meningkatkan Mutu Kerja

Point yang mencapai tahap tertentu akan mendapat ganjaran, contohnya 100 point bersamaan 100 yen.

Cahaya Mata Wed, 18 Jan 2023

Syaikhul Islam Cium Tangan Puteri Sarah, Netizen Komen: “Dia Faham, Tapi Tak Nak Meluahkan”

Tular sebuah video anak sulung pelakon Puteri Sarah Liyana, Syaikhul Islam mencium tangan ibunya. @uqaylakidswear Replying to @NZ HOME Anak itu seperti dapat merasakan betapa beratnya ujian ditanggung ibu tersayang..💔 #puterisarahliyana #puterisarah ♬ suara asli […]

Gaya Hidup Wed, 20 Jun 2018

Diet Aneh Golongan Selebriti Memang Berkesan Tapi Membahayakan Nyawa

Tuntutan kerja dan demi memuaskan pandangan ramai, seorang selebriti perlu tampil sempurna seolah tiada cacat celanya dari hujung rambut hingga ke hujung kaki.

Featured Mon, 27 Apr 2020
Gaya Hidup Wed, 28 Feb 2018

15 Gambar Kek Viral Yang Akan Buat Anda Geli Hati, No. 14 Paling Kelakar!

Bukan semua orang ada kepakaran untuk menghasilkan kek.

Gaya Hidup Tue, 17 Apr 2018

Hasilkan Skrub Sendiri Menggunakan Beras Dan Barli. Kesannya Memang Menakjubkan!

Inginkan kulit licin mulus anda boleh cuba buat skruB menggunakan bahan dapur ini. Hasilnya sangat menakjubkan!

Gaya Hidup Mon, 27 Mar 2023
Gaya Hidup Mon, 22 Oct 2018

Ini Tindakan Yang Perlu Anda Lakukan Apabila Tercekik Tulang Ikan

Terbantut selera kalau tercekik tulang ikan kan?

Featured Mon, 15 Jun 2020

Tag roti Gardenia jadi aksesori cantik penyambung pelitup muka

Murah, bergaya, paling penting kitar semula

Gaya Hidup Wed, 27 Jun 2018

10 Tahun Guna Produk Mengandungi Merkuri, Wanita Ini Temui Ajal

Wahai wanita sekalian, jauhi produk kecantikan yang mengandungi merkuri kalau tak nak berlaku seperti wanita ini!

error: Content is protected !!