Euforia Bola 2026
Selebriti By: Atiqah Johari December 6, 2023 @ 7:02pm

Masih Impi Watak ‘Hero’ Namun Azri Iskandar Tak Lagi Selektif

Pelakon Azri Iskandar memaklumkan dirinya kini tidak lagi memilih watak berbanding sebelum ini.

Memetik laporan Harian Metro, Azri berkata sedemikian kerana sedia maklum dengan keadaan industri seni yang menjadikan pelakon tiada kuasa untuk memilih tawaran yang sesuai.

“Sebenarnya tawaran berlakon jarang ada. Jadi, kalau ada memang saya akan buat walaupun watak itu banyak yang macam berulang-ulang. Sama macam watak yang saya tengah buat sekarang, cuma saya cuba buat yang terbaik.

“Diakui dulu banyak tawaran. Kadangkala, satu masa saya kena pilih yang mana bagus. Malah kadangkala juga saya cadangkan ambil pelakon lain yang bagus kerana tengah bekerja dengan projek lain.

“Sekarang dah tiada. Sekarang projek memang kurang. Yang ada pun watak ayah. Di Malaysia faham-fahamlah watak ayah orang tak ‘highlight’ sangat. Ia dah jadi kategori pembantu sahaja,” ujarnya kepada Harian Metro.

Malah, Azri juga berkata persaingan antara pelakon juga semakin banyak sekarang.

“Pelakon-pelakon senior yang jadi ayah pun bagus-bagus. Itu tak termasuk pelakon yang lain-lain lagi. Ia juga bergantung kepada nasib dan faktor rezeki. Kita kenalah bagi hasil kerja yang bagus.

“Tanggungjawab kita kena bagi kerja yang memuaskan hati dari segi lakonan, ketepatan jadual, disiplin dan sebagainya. Semua diambil kira. Saya kini dah pergi kepada cari rezeki dan kewangan.

“Dari sudut apa pun, orang nak cakap apa pun, terpulanglah. Bukan salah saya pun. Pilihan yang ada itu sahaja. Watak korporat pun kalau ditawarkan saya ambil. Kalau saya tolak saya tiada wang, tiada kerja. Itu yang dikatakan tiada pilihan,” katanya.

Dalam pada itu, pelakon filem Pontianak Harum Sundal Malam ini berkongsi bahawa dia masih mengimpikan watak hero.

“Di luar, kalau Bollywood umur macam sayalah bawa hero seperti Amir Khan, Shahrukh Khan dan Salman Khan, manakala di Hollywood pun Brad Pitt semua sebaya saya. Namun kalau di Malaysia mereka jadi ayah.

“Kita sanjung cerita Hindi dan bila tengok menangis-nangis. Itu formula dah ada. Hero semua sebaya saya. Di sini dah jadi lain. Cerita kita tak ‘highlight’ usia 40-an dan 50-an. Manusia ada banyak fasanya.

“Pengisian cerita pada usia begitulah yang penulis skrip kena tulis. Istilah Hero Tua dah sampai masanya perlu ditukar. Kita kena beritahu penonton, memang nak bagi peringkat usia ini pula naikkan sebagai isu utama. Tak timbul istilah Hero Tua,” kongsinya lagi.

Sumber: Harian Metro

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Thu, 26 Apr 2018

Kecederaan Di Kaki Punca Bagaimana Ummi Nazeera Tahu Dirinya Hamil

Perkhabaran gembira berhubung kandungannya yang memasuki empat bulan dikongsi pelakon Ummi Nazeera, 28, semalam, melalui akaun Instagram miliknya.

Hiburan Sat, 4 Jan 2025
Hiburan Wed, 16 May 2018

Faizal Tahir Bakal Muncul Dalam Konsert ‘Moved’

FT turut mengundang penyanyi nombor satu negara, Datuk Siti Nurhaliza untuk sama-sama memeriahkan konsert solo beliau

Featured Mon, 11 Sep 2023
Hiburan Thu, 24 Oct 2019

The Return of Ex-PRISTIN Members; Confirmed New Group’s Name and Official Logo

Their debut is getting nearer and fans are getting pumped!

Hiburan Sat, 9 Dec 2017

Tonton Kini Lebih Xtra

majlis pelancaran XTRA turut diserikan dengan kehadiran selebriti terkenal antaranya Ayda Jebat, Redza Rosli, Thomas Jack, Farah Nabilah dan ramai lagi.

Hiburan Sat, 9 Feb 2019

《玩转全家福》大马三日黄金档累积票房135万令吉

贺岁电影《玩转全家福》大马三日黄金档累积票房135万令吉!丁仕昀盼开续集,打造玩转系列。

error: Content is protected !!