Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi June 12, 2026 @ 12:48pm

“Masih Nak Romantiskan R*gol Dalam Naskhah Cinta?” – Tiz Zaqyah Tegur Mentaliti Masyarakat, Anggap Isu Seksual Bukan Tabu

Pelakon, Tiz Zaqyah meluahkan rasa kecewa terhadap segelintir masyarakat yang masih menganggap isu rogol sebagai topik sensitif untuk dipaparkan dalam karya, sedangkan jenayah itu berlaku dalam realiti kehidupan.

Menerusi perkongsian di Threads, Tiz atau nama sebenarnya, Siti Zaqyah Abdul Razak, 38, mengimbau kembali kontroversi yang pernah melanda drama Soffiya apabila ada penonton mempersoalkan jalan cerita yang menyentuh isu penderaan seksual dalam keluarga.

Menurut Tiz, dia hairan apabila masih ada pihak yang beranggapan paparan kisah sebegitu tidak sesuai ditayangkan walaupun kes seumpamanya sering dilaporkan berlaku dalam masyarakat.

“Bayangkan drama Soffiya tunjuk kes bapa rogol anak sampai anak tikam kepala bapa dan masuk penjara.

“Ada keluar dalam surat khabar, ada pula penonton hantar surat cakap tak patut tunjuk drama macam ini sebab terlalu ekstrem dan macam-macam alasan lagi.

“Aku pelik, hari-hari dia tak tengok berita ke? Kes macam ini memang berlaku. Gila punya mentaliti,” katanya.

Dalam masa sama, Tiz turut mengkritik segelintir pihak yang masih menormalisasikan atau meromantiskan jenayah seksual menerusi karya fiksyen.

Menurutnya, mesej yang salah dalam sesebuah naskhah boleh memberi kesan buruk kepada cara masyarakat melihat sesuatu isu.

“Sampai sekarang nak kena cuci otak kot yang masih romantisasikan rogol ini.

“Filem atau novel kahwin dengan perogol sendiri pula disanjung. Stop it lah,” katanya.

Tiz turut menegaskan isu rogol tidak seharusnya terus dianggap sebagai topik tabu kerana pendedahan mengenainya penting bagi meningkatkan kesedaran masyarakat.

Katanya, paparan realiti yang menyentuh isu jenayah atau tragedi bukanlah bertujuan menggalakkan perkara itu berlaku, sebaliknya memberi pengajaran dan membuka mata orang ramai.

“Tapi janganlah sokong benda yang terang-terang beri mesej salah dan menormalisasikan perkara yang tidak betul.

“Malah di sekolah pun ada pameran gambar kemalangan yang tidak ditapis untuk tujuan kesedaran.

“Kes rogol masih dianggap topik tabu sampai sekarang? Mentaliti macam ini memang kena ubah,” katanya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Wed, 12 Jun 2024
FESYEN Thu, 21 Nov 2019
Hiburan Sat, 10 Nov 2018

Tahniah! Diana Amir Timang Anak Ketiga

Hanya lima minit di labour room, akhirnya Diana selamat melahirkan bayi lelaki tepat pada jam 2.16 am.

Trending Mon, 10 Dec 2018

Roger Sudah Tiada…Kangaroo ‘Sado’ Ini Pernah Curi Tumpuan Dunia Pada 2015

Roger amat disayangi oleh seluruh penduduk di dunia ini. Walaupun jasadnya sudah tiada, semangat Roger akan sentiasa ada di sini

Events Mon, 2 Dec 2019
Hiburan Tue, 16 Apr 2019

Doa Hari Jadi Ke 35, Zizan Serius Cari Bakal Isteri

Selamat Hari Jadi Zizan! Dah boleh dah tu…

Featured Wed, 6 Apr 2022
Hiburan Thu, 29 Feb 2024
error: Content is protected !!