Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi September 3, 2024 @ 12:22pm

“Mati Nanti Berbintikan Nama Mak, Ini Fakta!” – Rita Rudaini Besarkan Anak Seorang Diri Sejak 15 Tahun Lalu

Pelakon jelita, Rita Rudaini masih belum reda berhubung paparan tajuk berita mengenai anak sulungnya, Airit Rayyan yang dikaitkan dengan bekas suami, pemain bola sepak Johor Darul Ta’zim (JDT), Aidil Zafuan.

Menerusi status dimuat naik di Instagram, Rita memaklumkan dia membesarkan anak-anaknya seorang diri selama 15 tahun tanpa kewujudan bekas suami itu.

Malah, aktres filem popular Mami Jarum ini turut menegaskan sekiranya anaknya itu sudah tiada di bumi ini akan dibintikan dengan namanya, bukan nama bapa anak-anak iaitu Zafuan.

“Saya besarkan anak-anak seorang diri sejak 15 tahun lalu. Kalau setakat nak tulis dan kaitkan dengan orang lain, tak perlu.

“Mati nanti pun berbintikan nama mak, ini fakta!,” tulisnya.

Rita Rudaini

Pada Isnin, Rita meluahkan rasa berang apabila tajuk berita melaporkan Airit Rayyan yang bersaing dalam acara 100 meter kategori L4 di Kejohanan Olahraga Majlis Sukan Selangor (MSSS) 2024 dikaitkan dengan Zafuan.

Menerusi status di Instagram Story, Rita kesal apabila anak yang dijaga sejak kecil tanpa bantuan mana-mana pihak termasuklah bekas suaminya mendapat gelaran ‘anak lagenda JDT’.

Artikel Berkaitan:  “Penat Bela Dari Kecik, Tiba-Tiba Tajuk ‘Anak Legenda JDT’… Celah Mana?” – Rita Rudaini Luah Rasa Berang

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Fri, 15 Jul 2022
Hiburan Sat, 27 Jul 2019

Normala Samsudin Kepingin Sambung Belajar…

Normala bahagia melewati kehidupan sebagai suri rumah tangga. Alhamdulillah!

Featured Thu, 6 Nov 2025

Zara Zya Muak! Minta Netizen Henti Perangai Menjodohkan Orang

Zara Zya menegur segelintir netizen yang gemar menjodoh-jodohkan orang lain tanpa usul periksa di media sosial.

Hiburan Sat, 27 Nov 2021

“Menyanyi Saja Tak Cukup, Saya Perlu Lengkapkan Dengan Ilmu” – Aina Abdul Bersyukur Berjaya Genggam Sarjana Muda Muzik

Penyanyi Aina Abdul, 28, bersyukur kerana berjaya menamatkan pengajian dalam Sarjana Muda Muzik Kontemporari di Universiti UCSI, Kuala Lumpur. Menghadiri sesi graduasi yang berlangsung pagi tadi, Aina atau nama sebenarnya, Nurul Aina Abdul Ghani mengakui […]

Featured Tue, 14 Jun 2022
Hiburan Wed, 21 Feb 2018

PANAS! FARID KAMIL BAKAL KENA SAMAN

Taj dan Osh akan mengadakan sidang media dalam masa yang terdekat untuk menjelaskan segala tuduhan yang dilemparkan kepada mereka berhubung kes Datuk Farid Kamil

Hiburan Fri, 27 Dec 2019
Featured Thu, 20 Nov 2025

Azhar Sulaiman ‘Sumpah’ Kamal Adli Miliki Nasib Baik Persis Fattah Amin

Behar, mendoakan agar Kamal memperoleh rezeki dan nasib baik selepas melalui fasa sukar dalam hidupnya.

Hiburan Mon, 25 Nov 2019

Percintaan Selama 7 Tahun Musnah, Risteena Munim Curang?

Semoga hubungan kali ini berakhir ke jinjang pelamin!

error: Content is protected !!