Euforia Bola 2026
Trending By: SGMS Faida April 11, 2018 @ 5:11am

Maut Akibat Buah, Awas Penggemar ‘Rockmelon’

Korang penggemar ‘Rockmelon’? Hati-hati ketika membeli guys…

Buah yang diimport dari luar ini dilaporkan mengandungi bakteria sekaligus menyebabkan cirit birit tidak teruk dan demam dalam tempoh beberapa hari.

Setakat ini, seramai tujuh orang dilaporkan maut dan keguguran selepas makan tembikai yang mengandungi bakteria listeriosis ini!

Difahamkan ‘rockmelon’ yang dibawa dari Australia ini telah dieksport ke sekurang-kurangnya sembilan negara termasuk Malaysia dan Singapura.

Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) ‘rockmelon’ atau ‘cantaloupe’ sudah dihantar ke Hong Kong, Jepun, Kuwait, Malaysia, Oman, Qatar, Singapura, Emiriah Arab Bersatu (UAE) dan Bahrain mungkin turut sampai ke Seychelles, kata kenyataan WHO.

Antara 17 Januari hingga 6 April lalu, Australia melaporkan 19 disahkan dan satu kemungkinan kes jangkitan listeriosis, semuanya dirawat di hospital. Tujuh daripada mangsa meninggal dunia.

WHO berkata, bakteria dikenali Listeria monocytogenes berpotensi mempunyai tempoh pengeraman panjang, biasanya satu atau dua minggu namun berkemungkinan sehingga 90 hari, justeru lebih banyak kes mungkin dilaporkan.

“Kes di negara terjejas masih dikenal pasti,” kata WHO.

Pengeluar tembikai Australia, yang tidak dinamakan WHO, memanggil semula buahan itu pada 27 Februari lalu.

Pada 2 Mac lalu, pihak berkuasa Australia mendapati tembikai dikeluarkan syarikat terbabit sudah dieksport dan mereka menghantar butiran pemakluman menerusi Rangkaian Pihak Berkuasa Keselamatan Makanan Antarabangsa kepada negara terbabit.

“Dipercayai, punca wabak adalah akibat gabungan keadaan persekitaran dan cuaca yang mencemarkan permukaan buah, dengan paras rendah bakteria masih tinggal selepas proses pembersihan.

“Penanam terus bekerja rapat dengan pihak berkuasa berkaitan dan kembali membekalkan tembikai wangi bermula 2 April lalu selepas ujian bebas bakteria di kawasan tanaman,” katanya.

Namun ia juga mencetuskan keadaan teruk seperti septisemia dan meningitis di kalangan individu berisiko tinggi seperti wanita hamil, bayi, warga emas dan mereka yang sedang menjalani rawatan untuk kanser, AIDS atau pemindahan organ.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Mon, 23 Jun 2025
Hiburan Mon, 12 Jun 2023
Hiburan Tue, 5 Nov 2024

Nombor Plat Disangka Dari Singapura, Shakilla Khoriri Berang Individu Halang Isi Minyak – “Plat SK Singapura Ke?”

Shakilla Khoriri dilarang isi minyak gara-gara nombor plat disangka Singapura

Selebriti Tue, 12 Dec 2023
error: Content is protected !!