Euforia Bola 2026
FESYEN By: Padin May 13, 2026 @ 4:45pm

MCC Menerusi The Textile Project Hidupkan Semula Warisan Songket & Kelingkan Malaysia

Malaysian Craft Council (MCC) berjaya menganjurkan The Textile Project Soirée, sebuah acara budaya berprestij yang menjadi kemuncak kepada The Textile Project, iaitu inisiatif memelihara dan menghidupkan semula warisan tekstil tradisional Malaysia seperti tenunan Songket Kelantan dan sulaman Kelingkan.

Dilancarkan pada 2024, program tersebut diwujudkan sebagai usaha menyelamatkan seni tekstil tradisional yang sebelum ini berada pada tahap kritikal apabila setiap disiplin hanya mempunyai seorang penggiat aktif.

Menerusi pendekatan latihan master-apprentice yang tersusun, MCC berjaya melahirkan generasi baharu artisan bagi memastikan kesinambungan warisan tersebut terus terpelihara.

Screenshot

Sehingga kini, seramai 20 penenun Songket dan 20 penyulam Kelingkan berjaya dilatih menerusi program berkenaan. Selain itu, MCC turut bekerjasama dengan Penjara Pengkalan Chepa bagi membuka peluang latihan kepada 20 banduan dalam bidang tenunan Songket dan 20 lagi dalam sulaman Kelingkan.

Presiden Pengasas MCC, Nik Faiz Nik Amin berkata, The Textile Project bukan sekadar usaha memelihara warisan budaya, sebaliknya menjadi platform memperkasa komuniti menerusi peluang ekonomi dan pembangunan masa depan yang lebih mampan.

“Ramai artisan yang terlibat datang daripada golongan B40 dan ibu tunggal. Jadi program ini bukan hanya menjaga warisan, tetapi membantu mereka menjadikan kemahiran tersebut sebagai sumber pendapatan dan peluang untuk kehidupan lebih baik,” katanya.

Screenshot

Menurutnya, idea program itu bermula sejak pandemik COVID-19 apabila MCC turun padang bertemu artisan di seluruh negara bagi memahami cabaran yang dihadapi mereka selain menawarkan bantuan secara langsung.

Katanya lagi, MCC mahu memastikan warisan tradisional terus hidup dalam komuniti dan tidak sekadar berhenti sebagai program latihan semata-mata.

“Kami mahu artisan berkembang menjadi usahawan dan pemain industri. Sebab itu kami bina ekosistem yang membolehkan hasil karya mereka terus mempunyai nilai dalam ekonomi kreatif,” katanya.

Menerusi cabang perniagaan MCC iaitu Ruzzgahara, artisan diberikan peluang memasarkan hasil karya mereka secara lebih meluas sekali gus membantu memperkukuhkan nilai komersial produk tekstil tradisional tempatan.

Sebagai langkah seterusnya, MCC bakal menubuhkan The Textile Lab di Kota Bharu dengan sokongan Urusetia Kebajikan, Pembangunan Keluarga dan Wanita Negeri Kelantan (UKEKWA).

Pusat tersebut akan menjadi hab tetap bagi pengeluaran, latihan, inovasi dan pembangunan perusahaan untuk memastikan kelestarian industri tekstil tradisional dalam jangka panjang.

Screenshot

MCC turut memperluaskan usaha menerusi Projek Songket Gua Musang yang membuka peluang kepada komuniti luar bandar dan melahirkan lebih ramai bakat artisan baharu.

The Textile Project Soirée turut menghimpunkan patron budaya, pemimpin industri, diplomat dan komuniti antarabangsa menerusi pameran berkurasi, demonstrasi langsung dan persembahan tekstil eksklusif.

Majlis itu diserikan dengan keberangkatan YBM Tengku Temenggong Kelantan dan YM Tengku Puan Temenggong Kelantan selain kehadiran Duta Jepun ke Malaysia, Duta Republik Persekutuan Jerman ke Malaysia serta pelbagai pihak berkepentingan lain.

MCC turut merakamkan penghargaan kepada Yayasan Hasanah, UKEKWA, Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) serta semua rakan strategik yang menjayakan inisiatif berkenaan.

Dalam perkembangan sama, Nik Faiz berkata MCC kini melangkah ke peringkat antarabangsa apabila dilantik sebagai ahli Badan Penilai UNESCO bagi tempoh 2026 hingga 2029 selain diiktiraf sebagai NGO bertauliah UNESCO sejak 2024.

“Pengiktirafan ini menjadi simbol perjalanan MCC daripada sebuah gerakan akar umbi kepada organisasi yang kini memainkan peranan di peringkat global dalam usaha memelihara Warisan Kebudayaan Tidak Ketara,” katanya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

FESYEN Mon, 9 Apr 2018

Wanita Tidak Lagi Minat Kasut Tinggi Punca Nine West Gulung Tikar?

Berdasarkan laporan Washington Post, syarikat ini gagal mendapatkan keuntungan apabila trend terhadap kasut tinggi dilihat menjunam. Wanita lebih suka kasut sukan sekarang, ya lah…senang nak ke sana sini!

LIFESTYLE Tue, 22 Oct 2019

Apa Gunanya Garisan Hitam Atas Jalan Raya?

Memandu atau mengunggang di atas jalan raya sememangnya menimbulkan pelbagai persoalan dalam kalangan pengguna. Apa tidaknya, pelbagai perkara atau pembinaan yang membuatkan pengguna tidak habis berfikir akan kegunaannya. Antara persoalan yang sering timbul di atas […]

Fab Foodies! Mon, 29 Oct 2018

美耗时15年研究:喝酒比运动更长寿、微胖的人活更久

你以为想延年益寿,健康活到老,就要戒酒吗?现在有个研究要来打脸了。

LIFESTYLE Thu, 18 Oct 2018

加油!中式英文「Add Oil」正式入驻牛津字典

要问「加油」一词的英文怎么说?很多人可能会戏称「Add Oil」大多是出于调侃中式英文的幽默,然而现在这个梗已经变成真的了,牛津英语词典正式把Add Oil加了进来!

LIFESTYLE Wed, 7 Aug 2019

Kenapa ”Self-Reflection” Patut Ada Pada Diri?

Bila ada self refelection, kita akan terus belajar untuk menjadi atau mencari kesempurnaan

LIFESTYLE Sun, 17 Feb 2019

Anak Hidung Tersumbat Dan Susah Bernafas, Jangan Panik

Hidung Tersumbat Dan Susah Bernafas, Jangan Panik Dan Ikuti Panduan Rawatan Awal Yang Dikongsi Doktor Ini

LIFESTYLE Sat, 17 Nov 2018

十个原因让你越睡越累!

当疲累的时候,我们会想睡,常常睡了一觉就觉得神清气爽、精神抖擞,但有人却「越睡越累」,然后「越睡越想睡」陷入一个消极的循环。

LIFESTYLE Thu, 5 Apr 2018

Ketagihan Bermain Permainan Video Merupakan Satu Penyakit – WHO

Ketagihan permainan video sememangnya semakin serius sejak kebelakangan ini. Ramai di antara kita yang menganggap bermian permainan video selama 5 ke 6 jam sehari itu adalah normal.

LIFESTYLE Wed, 3 Jul 2019

A new and improved Biore UV Aqua Rich Watery Essence is in town!

Kao Malaysia is back again to shake the beauty market with their newest invention.

error: Content is protected !!