Euforia Bola 2026
Acara By: Ad Ops May 26, 2020 @ 10:00am

McDonald’s kembali dengan cita rasa Jepun yang istimewa dan lazat

Beberapa hari puas menikmati hidangan Hari Raya, pasti tekak terasa seperti mahu mencari sesuatu yang berbeza. Apa kata anda cuba menu menarik Samurai Burger dan Shogun Burger yang cukup popular di McDonald’s.

Penggemar setia McDonald’s pasti teruja kerana hidangan itu adalah menu yang sangat dinantikan oleh semua. Samurai Burger dan Shogun Burger kali terakhir dihidangkan di McDonald’s pada 2015 dan sangat popular dalam kalangan penggemar makanan Jepun.

Kredit gambar: McDonald’s Malaysia

Naib Presiden dan Ketua Pegawai Pemasaran, McDonald’s Malaysia, Melati Abdul Hai, berkata menu berkenaan muncul kembali sempena pelancaran kempen tahunannya Discover the World 2020.

“Kempen Discover the World menjadi platform yang amat penting bagi membolehkan McDonald’s Malaysia menyediakan pelbagai menu berbeza kepada rakyat Malaysia, dengan menampilkan cita rasa unik dari negara-negara terpilih di seluruh dunia.

“Tahun ini, kami membawa kembali cita rasa Jepun yang lazat kepada rakyat Malaysia, dengan hidangan Samurai Burger dan Shogun Burger yang sangat disukai ramai,” katanya menerusi kenyataan yang dikirim kepada Hijab &Heels.

Disediakan dalam pilihan daging ayam atau daging lembu, Samurai Burger dan Shogun Burger menampilkan sos Teriyaki istimewa McDonald’s yang pastinya memberi keenakan yang sangat memuaskan hati.

Samurai Burger dihidangkan dengan daging lembu atau daging ayam empuk yang dicelup ke dalam sos teriyaki enak, dilapisi sos McChicken, salad segar dan diapit dengan roti bijan yang dibakar sempurna.

Bagi yang menggemari burger dengan telur, Shogun Burger pastinya merupakan pilihan tepat untuk memenuhi selera anda.

Bagaimanapun, tidak lengkap rasanya hidangan tanpa pencuci mulut yang enak. Tahun ini, McDonald’s Malaysia turut memperkenalkan semula Green Tea McFlurry yang menyegarkan.

Kredit gambar: McDonald’s Malaysia

Selain itu, Yuzu Cream Cheese Pie baharu dengan kulit pai yang rangup dan inti enak berperisa sitrus juga boleh menjadi hidangan pencuci mulut tambahan untuk dinikmati pelanggan.

Selain Jepun, McDonald’s Malaysia juga akan membawa pelanggan menikmati cita rasa enak dari negara lain dalam tempoh beberapa bulan akan datang. Pelbagai burger edisi terhad akan ditawarkan dengan cita rasa dan ramuan yang berbeza.

Set Samurai Burger dan Shogun Burger dihidangkan dengan kentang goreng dan minuman Coke. Samurai Burger boleh didapati pada harga bermula RM14.99 bagi set sederhana mulai 14 Mei, manakala Shogun Burger hanya boleh didapati mulai 28 Mei, pada harga dari RM15.99 untuk set sederhana.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Acara Tue, 28 Aug 2018
Acara Mon, 6 Feb 2023

Konsert Ada Apa Dengan Melly Sukses, Melly Goeslaw Sebak Kenang P Ramlee

Konsert Melly Goeslaw imbau kenangan waktu sekolah…

Acara Fri, 1 Apr 2022

Celebrity Superstar Asia 2022 Cari Bakat Baharu!

Pertandingan Celebrity Superstar Asia 2022 bakal dianjurkan oleh Quinton Academy dan Lomo Pictures dengan kerjasama Broadway Academy. Program ini dijangka akan mengambil masa kira-kira empat bulan sebelum mencapai kemuncak dan uji bakat secara atas talian […]

Acara Tue, 30 Aug 2022
Acara Fri, 3 Mar 2023

Yonnyboii, Alyph Cerita Kisah ‘Sengkek’

Dulu masa aku sengkek, kunyah roti dan kerepek…

Acara Wed, 27 Jun 2018

‘Pulang’ Rapatkan Semula Hubungan Remy Ishak Dengan Bapa

Pulang sedarkan Remy Ishak tentang pengorbanan seorang bapa yang perlu dihargai.

Acara Fri, 19 Jul 2019

Nak menang telefon? Jom sertai cabaran Dare To Leap

Realme anjur aktiviti esktrem sempena pelancaran slogan baharu

Acara Wed, 20 May 2020

Jenama kecantikan Korea, Mamonde jalin kerjasama dengan Umma

Tampil cantik dan anggun pada Aidilfitri

Acara Wed, 25 Feb 2026

Kebebasan Tanpa Batasan Dengan ‘Live Unbridled’

Marshall Amplification menyambut Tahun Kuda dengan cara berbeza menerusi pengenalan Emberton III Lunar New Year Edition 2026, pembesar suara edisi terhad yang dihasilkan bersama artis dari China, FCCK. Kolaborasi ini lebih kepada usaha meraikan pertemuan […]

error: Content is protected !!