Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin April 2, 2024 @ 5:11pm

“Memang Tak Ada Rupa Manusia Kalau Dapat Ni”- Neelofa Panas Hati, Titip Komen Isu Pengasuh Biadab Dera Kanak-Kanak

Selebriti popular, Noor Neelofa Mohd Noor merupakan antara rakan artis yang terpanggil meluahkan rasa geramnya terhadap tindakan biadab pengasuh anak kepada pempengaruh media sosial Indonesia, Emy Aghnia yang didera baru-baru ini .

Meskipun insiden menyayat hati itu berlaku di negara jiran, namun ia bukanlah satu perkara yang boleh dipandang remeh memandangkan kes tersebut melibatkan kanak-kanak kecil.

“Memang tak ada rupa manusia kalau dapat ni,” katanya menerusi komen balas hantaran video berkenaan.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by AGHNIA 🌙 (@emyaghnia)

 

Malah, dalam hantaran sama, Neelofa juga sempat menitipkan doa agar setiap kanak-kanak sentiasa berada didalam jagaan  dan lindungan Allah SWTtidak kira dimana juga mereka berada.

“Saya doakan supaya anak-anak kita dalam jagaan, lindungan Allah SWT di mana pun dan dengan siapa meeka berada,” jelasnya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by AGHNIA 🌙 (@emyaghnia)

 

Terdahulu, Emy Aghnia mendedahkan, anaknya yang berusia tiga tahun telah didera oleh pengasuh yang sudah dianggapnya sebagai keluarga sendiri ketika ketiadaannya di rumah akibat tuntutan kerja.

Insiden itu juga menyebabkan dia mengalami trauma dan sukar untuk tidur selepas menyaksikan rakaman kamera litar tertutup yang menunjukkan anak perempuannya itu didera dan dipukul dibahagian mata, kepala dan telinga didalam bilik tidur.

Selain Neelofa, antara selebriti Malaysia yang turut terkesan dengan penderaan itu adalah Elfira Loy, Datuk Seri Siti Nurhaliza, Aeril Zafril dan juga Mira Filzah.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Events Wed, 10 Aug 2022
Trending Fri, 2 Apr 2021

“Sebelum Ini Pernah Ada Anxiety…” – Baby Baru On The Way, Siti Sarah Kembali Hamil Selepas….

Selepas enam tahun melahirkan anak ketiga, penyanyi Siti Sarah berkongsi cerita gembira mengenai kehamilan yang keempat. Isteri kepada pelawak Shuib Sepahtu ini mendedahkan khabar terbabit menerusi salah sebuah hantaran terbaru di laman Instagram miliknya. “Alhamdulillah, […]

Hiburan Fri, 2 Jan 2026
Hiburan Thu, 6 Jun 2019

Bakal Akhiri Zaman Bujang, Rizman Umum Bertunang Hari Ini

Syukur Alhamdulillah…Tahniah Rizman & Ida Suraya!

Hiburan Fri, 14 Jun 2019

Hidup Mewah Hasil Duit Haram, Erma Fatima Sindir Siapa?

Untuk apa kesenangan dari kesengsaraan sahabat sendiri kan?

Hiburan Thu, 6 Sep 2018

Siti Elizad Selamat Jalani Pembedahan

Sebelum ini Siti Eklizad juga pernah menjalani pembedahan membuang cyst seberat 4 kilogram

Featured Sun, 26 May 2024
error: Content is protected !!