Euforia Bola 2026
Acara By: Padin February 25, 2026 @ 1:26pm

Mencari Makna Raya Dalam Setiap Sudut Pengalaman Menerusi Evolusi Baharu Platform Perayaan

Ruang perayaan kini semakin cair sempadannya, bukan sekadar pentas peragaan tetapi sebuah arena di mana fesyen bertemu selera, dekorasi rumah berpelukan dengan citarasa kulinari dan ritual kecantikan disulam bersama gaya hidup harian.

Pengunjung tidak sekadar membeli, tetapi berkelana mencari inspirasi, dari tekstur kain yang memikat hingga aroma rempah yang membangkitkan memori di kampung halaman. Konsep sebegini membolehkan setiap langkah di dalam ruang pamer menjadi satu penemuan.

Satu sudut mempersembahkan padanan sedondon untuk keluarga, sementara sudut lain mengajak tetamu bereksperimen dengan idea dekorasi yang mesra ruang kecil. Di bahagian makanan pula, juadah tradisi dan inovasi bergabung untuk menghidupkan semula cerita-cerita raya di meja makan.

Lebih daripada urusan transaksi, ia tentang menyatukan pengalaman, pertemuan, gelak ketawa dan detik kecil yang diingati berpanjangan.

AEON Malaysia memperkenalkan evolusi baharu platform perayaannya menerusi AEON Festive Preview 2026 (AFP 2026) yang sebelum ini dikenali sebagai AEON Fashion Preview.

Pelancarannya di AEON Shah Alam baru-baru ini memperlihatkan perubahan daripada sebuah acara fesyen kepada ruang sambutan yang lebih menyeluruh dan santai bersama komuniti.

Kini AFP tidak lagi terhad kepada pentas peragaan, sebaliknya berkembang sebagai platform yang menghimpunkan fesyen, kelengkapan rumah, gaya hidup, kecantikan dan makanan dalam satu suasana yang lebih dekat dengan kehidupan seharian pengunjung.

Ketua Pegawai Operasi Runcit AEON Co. M Bhd, Audrey Lim berkata, perubahan ini lahir daripada usaha memahami cara orang ramai meraikan musim perayaan.

“Kami mahu ruang ini dirasai seperti sebahagian daripada perjalanan sambutan, bukan sekadar tempat membeli-belah. Pengunjung boleh datang, berjalan, mencuba aktiviti dan menikmati suasana bersama keluarga,” katanya.

Bagi kitaran pertama, tema Cerita Raya dipilih sebagai teras kempen. Inspirasi diambil daripada momen pertemuan semula, kenangan rumah keluarga dan detik sederhana yang sering menjadi inti Aidilfitri.

Daripada padanan pakaian sedondon hingga sentuhan dekorasi dan aroma juadah tradisional, pendekatan ini menggabungkan pelbagai elemen dalam satu naratif yang lebih emosional dan dekat dengan masyarakat tempatan.

AFP Raya 2026 berlangsung di AEON Shah Alam, AEON Ipoh Station 18 dan AEON Nilai sepanjang Februari hingga Mac 2026.

Pelancaran di Shah Alam turut diisi dengan aktiviti ringan seperti pertunjukan fesyen Cerita Raya, persembahan Dina Nadzir serta cabaran interaktif berkaitan gaya hidup dan kecantikan. Sesi seni Izzati Suza Art Jam juga menambah warna kreatif dalam suasana perayaan.

Pengunjung turut berpeluang menyertai aktiviti komuniti seperti menghasilkan kad Raya dan pelbagai pengalaman santai bersama keluarga.

Sejak diperkenalkan pada 2022, platform ini sering tampil dengan idea berbeza termasuk pentas peragaan di dalam tren MRT dan aktivasi komuniti. Tahun ini, konsep pop up diperluaskan bagi mendekatkan sambutan kepada masyarakat setempat.

Melalui pendekatan yang lebih santai dan inklusif, AFP 2026 cuba mewujudkan ruang berkumpul yang menggabungkan tradisi dan gaya hidup. Selepas edisi Raya, platform ini akan diteruskan dengan musim perayaan lain menjelang hujung tahun.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Acara Fri, 18 Oct 2019

Menu popular Kenny Rogers Roasters buat kemunculan semula

Garlic Butter Chicken, ayam panggang yang dilimpahi dengan sos berkrim mentega dan bawang putih

Acara Tue, 21 Aug 2018

Sertai Tarian Kecergasan Di Gegaria Fest, Putrajaya. Pelbagai Hadiah Menarik Menanti Anda!

Cabutan bertuah bernilai lebih RM2000 termasuklah FitBit Alta HR, peralatan elektrik dan pelbagai lagi hadiah menarik menanti anda.  

Acara Fri, 24 May 2019
Acara Wed, 4 Mar 2026

Semarak Sambutan Aidilfitri Dimeriahkan Dengan Lakaran Syawal

Lakaran Syawal semarakkan kemeriahan Aidilfitri.

#tilljannah Thu, 29 Sep 2022
Acara Wed, 25 Jan 2023

Festival Cahaya Israk Mikraj ‘Seimbang’, Lengkap Dengan Segmen Ceramah & Malam Kemuncak Bersama Raihan

Wahh Alhamdulillah 🥰🥰 Mesti menarik ni ☺️ Save the date korang! 18 Feb, dekat Stadium Melawati, Shah Alam ok!

Acara Fri, 12 Jul 2024
error: Content is protected !!