Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin July 3, 2024 @ 10:41am

Mengaku Tak Bersalah Kes Khalwat, Ruhainies & Aliff Aziz Mohon Dibicarakan

Pelakon sensasi, Ruhainies dan Aliff Aziz mengaku tidak bersalah atas pertuduhan kes khalwat pada 9 Mac lalu.

Diwakili peguam Hadi Salleh dan Amirul Ashraf Ghani, Ruhainies dan Aliff membuat pengakuan tidak bersalah ketika tuduhan dibaca di Mahkamah Tinggi Syariah Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur di hadapan hakim, Abu Suffian Abu Yaziz, sebentar tadi.

Pendakwaan pula dibuat oleh Pendakwa Syarie dari Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) iaitu Mohd Nahar Mohamad dan Masroha Duki.

“Kes ini disebut pada 20 Jun lalu di Mahkamah Rendah Syariah, tiada sebarang pengakuan dan tangguhan sudah dibuat dan dilepaskan dengan bon jaminan sebanyak RM1,500 dan seorang penjamin,” kata Masroha ketika di dalam dewan bicara.

Aliff selepas pertuduhan dibaca berkata dia mengaku tidak bersalah.

“Saya mengaku tidak bersalah,” kata penyanyi lagu Sayang Sayang itu.

Ruhainies turut membuat pengakuan yang sama.

“Saya mengaku tidak bersalah dan mohon dibicarakan,” kata aktres Hello Mr. Perfect itu.

Prosiding akan diteruskan dengan perbicaraan dengan kehadiran saksi daripada pihak tertuduh.

Mahkamah menetapkan 17 Oktober depan sebagai tarikh seterusnya dan bon jaminan dilanjutkan sehingga tarikh tersebut.

Pertuduhan terhadap mereka didakwa mengikut Seksyen 27(a) Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1997 dan Seksyen 27 (b) akta yang sama yang membawa hukuman denda maksimum RM3,000 atau penjara tidak lebih dua tahun atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Pada 20 Jun lalu, Aliff dan Ruhainies hadir di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan bagi proses lanjutan bon jamin terhadap kes khalwat mereka yang dilapor berlaku di sebuah kondominium mewah di sini, pada 9 Mac lalu.

Selepas dibawa ke Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) untuk disoal siasat, Aliff dan Ruhainies masing-masing dibebaskan dengan jaminan kira-kira jam 2 petang, pada hari sama.

Sebelum ini, media melaporkan artis berstatus suami orang dan pasangannya, seorang pelakon wanita, dicekup berkhalwat selepas didakwa bersekedudukan di sebuah kondominium mewah di Kuala Lumpur.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Fri, 4 Apr 2025

Anak Perempuan Ketiga Kak KM Dipuji Cantik Persis Aktres Indonesia – “Rania Makin Lawa”

Rania Anak Kak KM dipuji semakin cantik persis aktres Indonesia

Hiburan Fri, 22 Feb 2019

吉隆坡电视剧节增中文奖项!快来给你喜欢的剧投票~

第6届《吉隆坡电视剧节》颁奖典礼新增最受欢迎中文电视剧奖项!

Trending Tue, 27 Mar 2018

Gemar Tenung Skrin Gajet? Baca ini…

Pada tahun lalu, data menunjukkan 6.3 peratus pelajar Tahun Satu mempunyai masalah penglihatan, manakala 4.1 peratus bagi pelajar Tahun Enam dan 2.7 peratus bagi pelajar Tingkatan Tiga, setelah diperiksa melalui perkhidmatan kesihatan sekolah.

Featured Wed, 21 Sep 2022

[VIDEO] Netizen Dakwa Aktor Terkenal Mabuk Di Kelab Malam, Klip Cium GF Orang Viral?

Alamak, siapa pelakon lelaki yang disebutkan tu? Kemain galak lagi 🤭 Tacoddd 🥵

Featured Thu, 16 Feb 2023
Hiburan Thu, 25 Oct 2018

Rapper Terkenal Afrika Jabulani Tsambo Meninggal Dunia

Rapper terkenal berusia 38 tahun ini pernah berdepan dengan masalah depresi beberapa tahun lalu. RIP HHP!

Hiburan Mon, 6 Nov 2023
error: Content is protected !!