Euforia Bola 2026
Kisah Viral By: Atiqah Johari September 14, 2023 @ 9:25pm

Mengaku Tak Bersalah Pukul Bekas Isteri, Anak Zainal Abidin Hassan Diikat Jamin RM5,000

Anak kepada bekas jurulatih bola sepak kebangsaan Datuk Zainal Abidin Hassan iaitu Mohd Zaiza mengaku tidak bersalah atas dakwaan memukul bekas isterinya, Suzur Sofia Smeth Jaya pada 25 Februari lalu.

Memetik laporan mStar, Zaiza membuat pengakuan tidak bersalah sejurus pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret, Muhammad Bukhori Md Ruslan di Mahkamah Majistret Sepang, Selangor.

Tambah, jika disabitkan kesalahan, Zaiza boleh dikenakan hukuman penjara maksimum setahun atau denda hingga RM2,000 atau kedua-duanya sekali mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan.

Sebelum ini, Zaiza didakwa memukul dan mencederakan bekas isterinya secara sengaja di kediaman Sofia di Cyberjaya pada jam 10 malam.

Walaubagaimanapun, Majistret telah membenarkan Zaiza untuk diikat jamin dengan wang jaminan sebanyak RM5,000 dan seorang penjamin beserta syarat tambahan iaitu tidak mengganggu saksi pendakwaan dan pengadu.

Kes akan disebut semula pada 26 Oktober depan.

Untuk makluman, Sofia dan Zaiza telah bercerai dengan talak satu pada 14 Jun lalu.

Artikel Berkaitan: Minta Hak Sebagai Ibu, Menantu Zainal Abidin Hassan Pula Didakwa Aibkan Keluarga Mentua? – “Bukankah Mereka Aibkan Diri Sendiri?”

Artikel Berkaitan: “Anak Tak Bersama Dengan Saya…” – Menantu Zainal Abidin Dakwa Yuran Sekolah Anak Diabaikan, Tak Malu Minta Tiket Penerbangan Murah?

Artikel Berkaitan: Dihina & Dicaci Bekas Suami, Menantu Zainal Abidin Dakwa Pernah Disuruh Tidur Beramai-Ramai!

Artikel Berkaitan: “Semua Orang Idam Rumah Tangga Bahagia” – Sah Cerai Talak Satu, Bekas Menantu Zainal Abidin Enggan Bermusuh Dengan Bekas Suami Demi Anak-Anak

Sumber: mStar

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Mon, 10 May 2021

Gurindam Lebaran Poova Dalam ‘Bersama Di Hari Raya’

Penyanyi Poova, kembali memeriahkan bulan Ramadan pada tahun ini dengan menyanyikan semula lagu ‘Bersama Di Hari Raya’ yang pernah dipopularkan oleh kumpulan adik-beradik terkenal 80-an, Cenderawasih. Menurut Poova, ini merupakan pengalaman pertamanya menyanyikan lagu Raya. […]

Trending Fri, 8 Jan 2021
Events Wed, 31 Aug 2022

Terpaling Juara: Di Pintu Syurga Didakwa Sumbang, Netizen Syak Air Mata Gimik Murahan.. Ini Penjelasan Ifa Raziah!

Bak kata Kak Ifa, bila ingat ibu bapa automatik akan mengalirkan air mata😭😭😭

Hiburan Sat, 10 Jan 2026

Filem The Voice of Hind Rajab: Suara Kecil Dari Hujung Talian Yang Meruntun Jiwa

Sebagai simbol solidariti, Media Prima turut menyumbangkan RM1 daripada bahagiannya bagi setiap tiket yang terjual kepada Tabung Kemanusiaan Palestin Media Prima

Trending Fri, 14 Aug 2020
Selebriti Fri, 15 Sep 2023
error: Content is protected !!