Euforia Bola 2026
Sihat By: Yanie Baharom November 20, 2018 @ 1:00pm

Menghindari Diabetes, Satu Daripada 6 Manfaat Berjalan Kaki 15 Minit Selepas Makan!

Berjalan kaki selama 15 minit selepas makan, dipercayai dapat mengurangkan risiko penyakit diabetes selain masalah kegemukan.

Ada lebih banyak manfaat berjalan yang tidak kurang hebatnya, terutama bagi mereka yang ingin mencegah diabetes atau orang yang menghidap kencing manis.

Kencing manis berlaku apabila di dalam badan terdapat lonjakan gula dalam darah yang ketara kerana insulin hormon tidak dapat mencerna gula dengan betul.

Diabetes boleh menyebabkan komplikasi penyakit berbahaya seperti penyakit jantung, strok, dan tekanan darah tinggi. Kesedaran awal penyakit ini sangatlah diperlukan.

Memetik laman Boldsky.com, ada cara mudah yang boleh kita lakukan untuk mencegah kencing manis, iaitu berjalan kaki sebentar selepas makan, terutamanya jika anda mengambil makanan yang tinggi karbohidrat.

“Penyelidikan menunjukkan, berjalan selepas makan cukup hanya 15 minit, akan membuat paras gula darah menurun sebanyak 12 hingga 22 peratus.

“Aktiviti mudah ini adalah manfaat yang besar untuk mencegah serangan kencing manis di dalam badan,” ujar Andrew Reynolds, seorang penyelidik dari University of Otago di New Zealand.”

Kandungan glukosa dalam makanan berkarbohidrat tinggi memainkan peranan utama dalam menyumbang kencing manis. Untuk mengelakkannya, kita memerlukan latihan kardio yang tinggi,” tambah Reynolds.

Peningkatan tahap gula yang tinggi dalam badan pula dikaitkan dengan kenaikan berat badan atau obesiti. Sebelum menjadi penyakit yang sangat berbahaya, atau merebak menjadi komplikasi (bagi orang yang menghidap diabetes), ubah sedikit gaya hidup anda dengan melakukan inisiatif berjalan selama 15 minit.

Berjalan 15 minit ya, bukan lepas makan terus tidur atau berbaring di atas katil!

Foto: HealthifyMe

6 kebaikan lain berjalan kaki 15 minit selepas makan

1. Berjalan selama 15 minit boleh merangsang penghasilan serotonin di dalam otak, iaitu hormon yang bertindak menghantar signal positif dan mood baik apabila anda melakukan sesuatu aktiviti yang sihat.

2. Berjalan kaki selama 15 minit mempunyai keupayaan untuk meningkatkan aliran darah ke otak anda dan mengekalkan keaktifan lubang frontal otak anda sehingga menjadikan anda lebih kreatif.

3. Satu kajian penyelidikan mendapati aktiviti berjalan kaki selama 15 minit setiap hari boleh mengurangkan alahan pada tahap yang besar, kerana berjalan membantu mengurangkan keradangan dalam tubuh.

4. Berjalan kaki selama 15 minit mempunyai keupayaan untuk meningkatkan jumlah metabolisme anda, dengan itu membantu mengurangkan berat badan dan mencegah penyakit seperti diabetes.

5. Kajian telah mendapati bahawa orang yang berjalan setiap hari, sekurang-kurangnya 15 minit, cenderung hidup lebih lama, kerana kurang berisiko mengembangkan penyakit.

6. Hanya 15 minit berjalan kaki secara berkala, berupaya untuk mengurangkan kesakitan kecil di dalam tubuh kita, kerana aktiviti ini membantu dalam pengeluaran endorfin di dalam badan.

Sumber: Boldsky

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Thu, 2 Aug 2018

Jangan Tahan Bersin Jika Tidak Mahu Saluran Dalam Otak Pecah

Menahan bersin berkemungkinan menyebabkan tekak, gegendang telinga atau saluran darah dalam otak pecah.

Featured Mon, 6 Apr 2020

Perokok dijangkiti COVID-19 lebih berisiko meninggal dunia

PKP masa sesuai untuk berhenti merokok

Featured Fri, 20 Sep 2019
Sihat Sun, 27 Jan 2019
Sihat Tue, 11 Jun 2019

5 fakta penting mengenai pneumonia yang anda perlu tahu

Pneumonia ialah radang paru-paru yang mengambil nyawa jutaan orang di seluruh dunia.

Gaya Hidup Tue, 2 Jul 2019

Bosan bersenam berseorangan?

Tidak kiralah bersama Encik Suami atau ‘BFF’, aktiviti senaman anda pasti lebih menyeronokkan.

Featured Sat, 2 May 2020

Kejayaan memerangi COVID-19 bergantung pada kerjasama masyarakat

Kerajaan sudah memainkan peranan sepatutnya

Featured Sat, 11 Apr 2020

6 cara mudah untuk kekal sihat tanpa perlu berbelanja!

Berpandukan sifir sihat, anda selamat

Sihat Tue, 5 Nov 2019

Nak hidup lama? Kajian kata ‘jangan banyak berfikir’

Lebih aktif otak anda berfikir, lebih pendek jangka hayat anda.

Semarak Sat, 26 May 2018

Ini Tip Berguna Buat Wanita Hamil Yang Berpuasa

Tip berguna ini untuk kekalkan tenaga yang berterusan untuk ibu hamil yang berpuasa.

error: Content is protected !!