Euforia Bola 2026
Semarak By: tex_admin May 26, 2018 @ 5:00pm

Ini Tip Berguna Buat Wanita Hamil Yang Berpuasa

Pada bulan Ramadan ini, pasti semua orang akan berpuasa untuk menunaikan tanggungjawab sebagai umat Islam. Begitu juga dengan ibu yang sedang hamil, mereka juga tidak ketinggalan untuk berpuasa walaupun diberi kelonggaran. 

Yela, takut bila ibu hamil berpuasa akan memberi kesan yang mudarat pula pada kandungan, sebab itu diberi kelonggaran. Bagi ibu hamil yang ingin berpuasa, anda perlu mengikut beberapa tip ini untuk membantu memberikan anda tenaga sepanjang bulan Ramadan. 

1. Kurma dan susu

Foto: Gabungan susu

Kurma dan susu merupakan makanan yang popular ketika bulan Ramadan. Kalau anda nak tahu, gabungan kedua-dua makanan ini bukan sahaja berkhasiat malah ia memberikan anda lebih bertenaga ketika berpuasa. Apa yang boleh anda lakukan adalah dengan mengambil 3 biji kurma, buang kulitnya dan hiris kurma menjadi kepingan kecil. Kemudian, rendam dalam air putih.

Apabila anda bangun sahur, tapis dan kisar kurma tersebut bersama secawan susu segar. Minum dan niat supaya diberikan tenaga berpanjangan. Lakukan sepanjang bulan Ramadan ya!

2. Makanan seimbang

Foto: Women Online Magazine

Ibu hamil juga perlu mengamalkan pemakanan yang seimbang ketika bulan puasa ini. Ambil makanan yang mengandungi karbohidrat kompleks seperti nasi dan roti; makanan berasaskan protein seperti daging, ayam ikan atau kekacang serta makan lebih sayur-sayuran.

Anda juga perlu mengurangkan pengambilan gula seperti kuih-muih yang manis atau minuman yang manis. Ini kerana, pengambilan gula yang berlebihan akan menyebabkan paras gula dalam badan bertambah secara mendadak. Ia juga mudah untuk turun semula dan proses ini akan menyebabkan anda mudah pening dan mengantuk.

3. Banyak minum air putih

Foto: Serambi Indonesia

Untuk pengetahuan anda, minum air putih yang banyak adalah penting buat orang yang berpuasa dan menjadi lebih penting buat ibu hamil. Selepas masuk waktu berbuka puasa, anda perlu memperbanyakkan minum air putih dan begitu juga ketika bersahur. Ini kerana, banyak minum air putih ini adalah untuk memastikan badan anda kekal hidrasi di siang hari.

Penulis nak pesan, jika anda mengesan beberapa perkara yang terjadi ketika anda berpuasa, maka segeralah dapatkan pemeriksaan doktor. Antara perkara-perkaranya seperti berikut:

1. Berasa pening-pening dan lemah badan yang serius

2. Pengsan

3. Sakit pedih ulu hati yang teruk

4. Jika anda berada di trimester yang pertama, berat badan anda tidak bertambah secara mencukupi

5. Air kencing menjadi pekat dan berbau 

6. Berasa loya dan muntah-muntah dengan teruk

Kesimpulannya, jangan memaksa diri anda untuk berpuasa jika anda mengalami masalah yang penulis senaraikan itu. Jagalah diri dan kandungan anda!

Sumber: theAsianparent

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Tue, 11 Feb 2020
Featured Thu, 30 Apr 2020

KKM pantau 3 kluster COVID-19 di Sarawak

5 kes baharu dikesan di Bumi Kenyalang

Sihat Mon, 29 Oct 2018

Jangan Ambil Mudah Tentang Penyakit Beguk, Ia Mudah Berjangkit!

Penyakit berjangkit melalui titisan daripada mulut, hidung dan tekak.

Featured Wed, 15 Apr 2020

Hilangkan parut pembedahan Caesarean dan keloid dengan cara berkesan

Pastikan luka pembedahan dijaga dengan baik

Featured Fri, 20 Mar 2020
Sihat Sun, 27 Jan 2019
Sihat Thu, 5 Jul 2018

Nak Rambut Cepat Panjang? Guna Sahaja Bahan Semulajadi Ini

Rambut anda akan cepat panjang, cantik dan sihat bila amalkan tip ini

Eat Travel Thu, 24 May 2018

Kumpulan Nasyid Rabbani Mengajak Anda Untuk Berbuka Puasa Di Dalam Gua!

Anda mesti tak pernah lagi lalui pengalaman unik sebegini, kan?

Sihat Mon, 8 Oct 2018

Ini Fakta Yang Perlu Anda Tahu Tentang Kanser Payudara

1 dalam 20 orang wanita di negara ini akan mendapat kanser payudara dalam hayatnya.

Sihat Thu, 3 May 2018

Boleh Bersalin Normal Ataupun Tidak? Ketahui Apa Itu Kedudukan Bayi Songsang Dalam Kandungan

Jangan panik kalau disahkan kehamilan anda songsang. Sebaliknya, ketahui perkara-perkara ini.

error: Content is protected !!