Euforia Bola 2026
Featured By: Yanie Baharom February 11, 2020 @ 11:46am

Pernah dengar senaman hati? Hati pun kena diet juga!

Hari ini Hijab & Heels ingin membicarakan topik senaman hati. Bunyinya agak aneh dan pasti ramai yang tertanya-tanya bagaimana hati boleh bersenam sedangkan hati ialah organ dalam badan.

Hati ilah organ paling aktif dan berfungsi sebagai penapis toksin daripada darah sebelum darah berkenaan mengalir ke seluruh badan manusia dengan membawa pelbagai zat daripada makanan yang diambil.

Berbeza dengan organ lain, hati dan dianggarkan seberat 3 kilogram, berwarna merah dan terletak pada sebelah kanan bahagian atas abdomen.

Memandangkan hati adalah antara organ penting bagi kelangsungan hidup, adalah penting untuk menjaga kesihatan supaya bebas penyakit hati berlemak.

Apa itu hati berlemak?

Hati berlemak terhasil daripada pengumpulan lemak yang berlebihan di dalam tisu hati. Penyakit ini lazim berlaku dan kebanyakan pesakit tidak menunjukkan sebarang tanda dan komplikasi, namun jika dibiarkan tanpa rawatan ia boleh menyebabkan keradangan dan parut pada hati seterusnya membawa pada kerosakan hati.

Perbezaan hati normal dengan hati berlemak

Berbanding hati normal, saiz hati yang berlemak adalah lebih besar dan berwarna pudar menunjukkan berlakunya pengumpulan lemak.

Hati berlemak terbahagi pada dua jenis iaitu hati berlemak tanpa alkohol (non-alcoholic fatty liver) dan hati berlemak beralkohol (alcoholic fatty liver).

Hari berlemak bukan alkohol berlaku akibat pengumpulan lemak berlebihan dalam hati yang berpunca daripada kandungan kolesterol dan trigliserida yang tinggi dalam darah, selain sindrom metabolik yang berpunca daripada beberapa masalah iaitu ukur lilit pinggang yang berlebihan, hipertensi, kencing manis dan obesiti.

Hati lemak beralkohol pula berpunca daripada pengambilan alkohol berterusan dan juga boleh disebabkan genetik. 

Jika tidak dirawat, hati berlemak boleh menyebabkan pelbagai komplikasi terutama apabila tisu hati berparut dan sel mati. Lama-kelamaan keadaan ini akan membawa kepada sirosis iaitu apabila hati (hepar) bergerak balas terhadap kecederaan dan kematian sel dengan menghasilkan bebenang jalinan tisu berserat yang antaranya terdapat nodul sel regenerasi. 

ARTIKEL BERKAITAN: Sudahlah Rasanya Sedap, Batuk Reda, Kencing Manis Dan Darah Tinggi Pun Lenyap!

Bagaimanakah seseorang itu boleh menghidap hati berlemak?

  • Hiperkolesterolemia (aras kolesterol tinggi dalam darah)
  •  Hipertrigliseridemia (aras trigliserida tinggi dalam darah)
  •  Sindrom metabolik – pesakit mempunyai 3 atau lebih penyakit :
    – Ukur lilit pinggang – perempuan lebih 80cm atau lelaki lebih 90cm
    – Diabetes Mellitus
    – Hipertensi
    – Penyakit jantung
  •  Obesiti – mempunyai Indeks Jisim Tubuh (BMI) lebih daripada 30kg/m2
  •  Diabetes Mellitus (Kencing Manis)

Tanda-tanda

Tanda-tanda penyakit hati berlemak adalah:

  • Pembesaran hati (Hepatomegali)
  •  Rasa tidak selesa di sebelah kanan bahagian atas abdomen
  •  Keletihan

Lazimnya, pesakit hati berlemak tidak menyedari akan tanda-tanda penyakit berkenaan sehinggalah apabila keadaan menjadi serius.

Antara rawatan hati berlemak adalah terapi pengurusan diet yang digunakan bergantung pada punca berlakunya hati berlemak.

Sebagai contoh, sekiranya penyakit hati berlemak adalah disebabkan oleh kolesterol yang tinggi dalam darah, maka dengan kawalan pengambilan makanan seimbang dan aktiviti senaman fizikal dapat mengurangkan tahap hati berlemak serta risiko sakit jantung atau strok.

Berikut adalah antara perkara yang boleh dilakukan bagi mengelakkan daripada berlaku hati berlemak atau mengurangkan gejala berkenaan:

1. Berfikir sebelum makan

Konteks senaman hati yang dimaksudkan adalah mengawal mulut dan nafsu makan. Sebelum menyuap sesuatu makanan ke dalam mulut, anda disaran supaya fikir berulang kali dan bertanya kepada disi sendiri sama ada makanan itu memberi manfaat pada tubuh atau sebaliknya.

Cara terbaik adalah dengan mengurangkan pengambilan makanan berlemak dan kolesterol tinggi, tingkatkan pengambilan serat seperti sayur-sayuran dan buah-buahan. Ini dapat membantu dalam mengurangkan lemak dalam hati.

Foto: Parade

2. Pengambilan makanan

Pesakit hati berlemak yang obes atau berlebihan berat badan perlu untuk menurunkan berat badan secara berperingkat. Penurunan berat badan yang disarankan adalah antara 3 hingga 10 peratus daripada berat badan asal.

Ini dapat membantu mengurangkan jumlah lemak dalam sel hati, misalnya sekiranya berat badan pesakit adalah 80 kg, maka penurunan berat badan adalah antara 2.4 kg hingga 8 kg.

3. Bersenam

Pesakit hati berlemak digalakkan bersenam untuk membantu mengurangkan berat badan, kawalan kolesterol dan gula dalam darah.

Pesakit digalakkan bersenam sekurang-kurangnya selama 30 hingga 40 minit setiap sesi dengan kekerapan 3 hingga 4 kali seminggu.

Foto: Greatist

4. Kurangkan pengambilan gula

Kawalan paras gula dalam darah adalah penting terutama pesakit kencing manis (Diabetes Mellitus). Pengambilan gula bukan sahaja antara punca berat badan berlebihan, tetapi juga kencing manis, kedua-duanya adalah punca hati berlemak.

Pastikan anda mematuhi preskripsi ubat dan arahan yang telah diberikan doktor.

5. Elak pengambilan alkohol

Penghidap hati berlemak bukan alkohol perlu mengurangkan pengambilan minuman alkohol bagi mengekkan penyakit ini lebih serius. Bagi penghidap hati berlemak beralkohol pula perlu berhenti minum alkohol bagi mengelakkan kerosakan hati.

Kesimpulannya, pengurusan pengambilan makanan bagi pesakit hati berlemak adalah bergantung pada punca penyakit itu sama ada masalah berlebihan berat badan, obesiti, kolesterol tinggi dalam darah, sindrom metabolik atau pengambilan alkohol yang berlebihan.

Oleh itu, pesakit perlulah mematuhi pengambilan makanan yang telah ditetapkan untuk mengurangkan lemak dalam tisu hati, bersenamlah untuk hati yang sihat!

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Cahaya Mata Tue, 20 Sep 2022

“Saya Dengan Intan Sangat Takut” – Harris Alif Tak Berani Tinggal Anak Dengan Pembantu Rumah

Alamak kenapa pulak tu? Tapi min setuju jangan tinggalkan anak sendirian dengan pembantu je..

Featured Mon, 5 Sep 2022

Bapa Puteri Balqis Buat Laporan Polis – “Wallahi, Tak Terniat Nak Buat Perkara Keji Itu..’

Sedih bila dengar luahan hati Aqish 😭 Jika benar bagai dikata, moga ada pencerahan daripada pihak berkuasa. Moga dipermudah segalanya

Featured Wed, 11 Aug 2021

“Tiada Sakit Yang Paling Dalam Selain Kehilangan Ayah Ibu..”- Bapa Amylea Azizan Meninggal Dunia Akibat Komplikasi Jantung

Penyanyi berbakat besar, Amylea Azizan memaklumkan pemergian bapanya, Azizan Zainal Abidin yang meninggal dunia akibat jangkitan kuman sebentar tadi. Menerusi laman Instagram miliknya, pelantun lagu Tetap Kamu itu memaklumkan berita pemergian bapanya yang telah lama […]

Featured Sat, 20 Nov 2021

Kebanyakkan Rakyat Malaysia Memilih ‘123456’ Sebagai ‘Password’

Baru-baru ini kajian daripada NordPass bersama-sama dengan penyelidik bebas mendedahkan senarai 200 kata laluan yang paling biasa digunakan oleh pengguna internet di 50 buah negara untuk tahun ini. Kajian ini mendapati, seramai lebih daripada 2 […]

Featured Tue, 23 Nov 2021
Featured Wed, 24 Sep 2025

Sheila Majid Catat Sejarah, Tampil Dengan Album Vinyl Eksklusif Sempena 40 Tahun Dalam Industri

Album vinyl ini adalah hadiah buat peminatyang menyokong karier nyanyiannya beliau.

error: Content is protected !!