Euforia Bola 2026
Hiburan By: Del14 November 18, 2019 @ 12:41pm

Mentor Black Hanifah Mengaku Kecewa Apabila…

Bingung dengan keputusan malam tadi, Black walau bagaimanapun menerima keputusan pengundi dan juri tetap dengan hati terbuka.

Namun demikian, Black tidak dapat membendung rasa kecewanya apabila kedua-dua protegenya berada di dalam ‘bottom two‘ dalam program Mentor Milenia 2019 malam semalam. 

Merasakan kedua-dua protegenya Bulan dan Aedy Kama telah melakukan yang terbaik di dalam persembahan mereka malam tadi, Black meluahkan rasa terkilan kerana persembahan mereka gagal mendapat perhatian juri dan penonton di rumah apabila mereka tidak berada di kedudukan yang selamat dalam minggu ke-6 Mentor Milenia 2019.

“Saya dah tiga tahun berada dalam Mentor. Mentor Milenia adalah program realiti hiburan yang inginkan benda yang baharu. Itu yang saya cuba ketengahkan dengan susunan muzik yang lain daripada yang lain, sesuatu yang ‘fresh‘ (segar). 

“Bulan dan Aedy Kama dah lakukan yang terbaik sekali. Saya tak pasti apa yang juri dan penonton cari atau pandang dari segi apa sehingga mereka berada di tangga tercorot dua di bawah,” luah Black apabila ditemui semalam selepas protegenya Bulan tersingkir.

Bukan seorang yang tidak berani mengambil risiko, Black berkata dia telah menyerahkan segala jiwa dan raganya untuk membawa kelainan di dalam pertandingan ini dengan mengubah semula rentak lagu ‘Iman Adalah Mutiara’ sebuah lagu nasyid yang dipopularkan oleh kumpulan Raihan dengan memasukkan elemen ‘beatbox‘ di dalam versi yang dinyanyikan Bulan.

Tambah Black, dia menyifatkan penyingkiran protegenya, Bulan sebagai kehilangan besar di pentas Mentor Milenia. 

“Bulan mempunyai bakat yang besar dan suara yang unik. Kalau kita pejam mata dan dengar dia menyanyi, kita akan tau itu adalah Bulan.

“Saya terkejut apabila kedua-dua protege saya terpaksa bersaing di dalam ‘bottom two’. Kalau nak benci saya, bencilah..tapi jangan benci protege-protege saya.

“Biarlah pilih yang berkualiti, dan bukan kuantiti kerana saya tau undian penonton juga memainkan peranan yang besar dalam pemilihan pemenang dan siapa yang akan tersingkir,” kata Black lagi. 

Walau bagaimanapun, pelantun lagu Sofea Jane ini berharap karier Bulan di dalam bidang muzik akan berkembang selepas dia keluar dari Mentor Milenia dan akan menjadi batu loncatan untuknya berjaya sebagai seorang penyanyi yang disegani. 

Kredit Foto: Zek & Instagram @black.hanifah

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Mon, 21 Jul 2025

[VIDEO] Yazmin Aziz & Kekasih Hati Berbalas Ciuman, Netizen Pertikai Status Agama

Yazmin Aziz dikritik cium mulut dengan kekasih hati

Hiburan Thu, 2 Oct 2025

Kapal Mikeno, Ardell Aryana Disahkan Telah Dipintas Tentera Isr**l

Ardell Aryana, PU Rahmat dan tiga aktivis lain disahkan kini dalam tahanan

Hiburan Thu, 28 Feb 2019

Asyik Tertukar Aliff, Isteri Alif Satar Pula Kritik Netizen?

Yassss! benda lama bila dah tegur takkan nak buat lagi kot

Featured Mon, 18 May 2026

Persembahan Anak Amyza Aznan Dapat Pujian – “Bila Dia Nyanyi Yang Sampai Bukan Sekadar Suara Tapi Rasa & Doa”

PHM menyifatkan nyanyian Adrian bukan sekadar tentang suara, sebaliknya sarat dengan rasa, doa dan kekuatan seorang anak muda yang sedang berjuang melawan penyakit kanser.

Hiburan Fri, 13 Apr 2018

Faye Lahirkan Anak ‘ADAM50’ Di Kalangan Artis!

Agaknya artis mana yang akan mendahului permohanan pendaftaran secara dalam talian ini  atau memberi laluan sahaja kepada keluarga yang lebih memerlukan?

Featured Wed, 13 Nov 2024

Tak Alami Alahan Teruk, Maryam Durian Kimchi Suka Makan Nasi Kandar – “Sebelum Ni Saya Tak Suka Makan Kari”

Sepanjang kehamilannya ini, dia tidak mengalami sebarang alahan teruk sebaliknya gemar makan nasi kandar dan nasi kukus.

error: Content is protected !!