Euforia Bola 2026
Hiburan By: SGMS Faida August 1, 2018 @ 10:58am

#Mentor7: Jangan Takut Datang Uji Bakat Sebab Saya

Makin hebat! Penyanyi Aizat, Hafiz, Siti Nordiana dan Datuk Syafinaz dipilih menjadi ‘sifu’ dalam program Mentor musim ke tujuh. Untung siapa yang terpilih nanti, betul tak?

Antara keempat empat mentor di atas, mungkin ramai yang berminat menjadi protege kepada Datuk Syafinaz Selamat memandangkan beliau sendiri seorang guru vokal.

Kata Syafinaz, dia takut sekiranya tiada calon yang berani datang ke uji bakat.

“ Saya tak garang, sebaliknya hanya mahukan protege yang fokus dan sedia mengikut tunjuk ajar,” katanya.

Syafinaz yang hadir pada sidang media memperkenalkan mentor semalam memberitahu dia sudah bersedia menyahut cabaran itu.

“ Saya mahu menjalani tanggungjawab untuk memberi semula kepada masyarakat, terutama membimbing mereka yang serius ingin menjadi penyanyi.

“Sudah tiba masanya saya membimbing bakat baharu yang mempunyai visi dan matlamat.

“ Dulu, saya terpaksa tolak pelawaan ini sebab sibuk dengan tugasan, tetapi apabila difikirkan balik, kerja memang tidak akan pernah habis,” katanya.

Sesi uji bakat akan bermula di Hotel Promenade, Kota Kinabalu, Sabah pada 8 dan 19 Ogos ini, disusuli Sri Pentas pada 8 dan 9 September depan membabitkan pencarian protege Syafinaz, diikuti Aizat (15 dan 16 September), Hafiz (22 dan 23 September) dan Siti Nordiana (29 dan 30 September). Jika anda berbakat besar dalam dunia nyanyian, jangan lupa datang ok? Jumpa di sana!

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Tue, 3 Dec 2019
Hiburan Sun, 19 Jan 2025

Muncul Dengan Album Terbaharu The Storm, Impian Alyph Mahu Berkolaborasi Bersama Ziana Zain Terlaksana

Lagu Teman dan Gerak kolaborasi bersama Ziana Zain dimuatkan dalam album terbaharu Alyph berjudul The Storm.

LIFESTYLE Wed, 9 Oct 2019
Featured Fri, 19 Aug 2022

[VIDEO] Netizen Dakwa Mia Sara Berubah Kerana Berkawan Dengan Kasih Iris Leona?

Eh, kenapa tu Mia Sara? Betul ke dah berubah sebab pengaruh rakan sebaya?

Hiburan Thu, 25 Apr 2024
Hiburan Mon, 5 Jan 2026
Hiburan Thu, 24 Jul 2025
Hiburan Mon, 22 Apr 2019

Happikiddo Anjur ‘Baby Shower’ Untuk Hanis Zalikha

Majlis istimewa ini telah dianjurkan oleh HappiKiddo yang mana Hanis telah dilantik menjadi duta rasmi mereka.

Hiburan Thu, 8 Aug 2019
error: Content is protected !!