Euforia Bola 2026
Hiburan By: SGMS Faida May 14, 2018 @ 2:51am

Meriah! Tahniah Pemenang DFKL 2018

Dekatkan Jarak Kita yang diterbitkan JS Pictures Sdn Bhd diangkat sebagai Drama Pilihan menerusi anugerah Drama Festival Kuala Lumpur 2018 (DFKL 2018) yang disiarkan secara langsung dari Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), malam Ahad.

Pengarah Pilihan pula dimenangi pengarah drama Titian Cinta, Heykal Hanifah.

Heykal menafikan populariti pelakon utamanya, Zul Ariffin menjadi satu-satunya faktor yang mengangkat drama arahannya itu menjadi fenomena.

“Percubaan menyatukan pelakon popular dan pelakon baharu nampaknya berhasil kerana drama ini mengembalikan semula fenomena drama Melayu.

“Kemenangan saya ini adalah berlandaskan kepada kerjasama semua pihak yang terlibat dalam Titian Cinta. Semua main peranan masing-masing dalam drama ini,” katanya.

Anugerah yang sudah memasuki tahun kelima itu turut menobatkan Zul Ariffin dan Janna Nick sebagai Aktor dan Aktres Pilihan.

Manakala, gandingan serasi Syafiq Kyle dan Ayda Jebat menerusi Dekatkan Jarak Kita membuatkan mereka berjaya meraih trofi Pasangan Pilihan.

Bertemakan Pop Art, DFKL 2018 dihoskan oleh Ajak Shiro dan Nabila Huda.

Anugerah ini turut dihiburkan dengan persembahan dari Ernie Zakri, Syamel, Azlan Typewriter, Ismail Izzani, Haqiem Rusli, Janna Nick dan Ayda Jebat.

Kesemua pemenang ditentukan menerusi undian penonton melalui laman web www.dfkl.com.my yang dibuka sejak Februari lalu. Tahniah sekali lagi daripada xtra.com.my! 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Mon, 20 Jun 2022
Hiburan Thu, 11 Jan 2024
Featured Fri, 23 May 2025
Hiburan Sun, 8 Feb 2026
Featured Thu, 8 Jun 2023

[VIDEO] Isu Hina Kereta Biasa, Fatin Afeefa ‘Menganjing’ Suami… Netizen Harap Kekal Tabah Bersama Opai – “Tak Selamanya Di Atas Bro”

Memang win betullah Fatin Afeefa ni 🤣🤣 Dia je power perli suami sendiri hahah sabar yaa

Hiburan Fri, 13 Jul 2018

Si Perampas, Dengar Sini…Che Ta Nak Habaq!

Tapi hat (yang) jantan (yang lelaki) tu pun jenis gatai (gatal). Adoi… Ramai sangat yang duk DM kami cerita pasal rumah tangga mereka…

Anugerah Fri, 21 Jul 2023

ABPBH 35: Siapa Yang Bakal Merangkul Trofi Pengacara TV Popular & Artis Komedi Popular? Ini Ramalan Pemenang Trofi Pilihan XTRA…

Jom tengok ramalan pemenang bagi kategori Pengacara TV Popular & Artis Komedi Popular! Siapa pula pilihan hati korang?

Hiburan Fri, 17 Nov 2023
error: Content is protected !!