Euforia Bola 2026
Anugerah By: Maya Basir January 11, 2023 @ 4:24pm

Michelle Yeoh Pelakon Malaysia Pertama Memenangi Anugerah Golden Globe!

Bintang Hollywood dan anak seni kelahiran Malaysia, Tan Sri Michelle Yeoh mencatat sejarah apabila menjadi pelakon Malaysia pertama memenangi Anugerah Golden Golden yang berlangsung di The Beverly Hilton, Amerika Syarikat pada Rabu.

Michelle atau Michelle Yeoh Choo Keng, 61, menerima anugerah Pelakon Wanita Terbaik Dalam Filem Muzikal menerusi filem Everything Everywhere All At Once.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by NBC Entertainment (@nbc)

Lebih membanggakan, aktres kelahiran Ipoh, Perak ini berjaya menewaskan calon hebat yang lain termasuk Lesley Manville menerusi filem Mrs Harris Goes to Paris, Margot Robbie (Babylon), Anya Taylor-Joy (The Menu) dan Emma Thompson (Good Luck to You, Leo Grand).

Susulan perkara itu, Menteri Komunikasi dan Digital Malaysia turut mengucapkan tahniah diatas kemenangan Michelle menerusi ciapannya di Twitter.

“Congratulations Tan Sri Michelle Yeoh! What an amazing feat, and definitely well-deserved. Satu penghormatan buat negara,” tulisnya.

Untuk rekod, nama Michelle mula terkenal ke peringkat antarabangsa apabila beliau terlibat di dalam lakonan disamping Pierce Brosnan menerusi filem Bond 1997, Tomorrow Never Dies.

Antara filem-filem Holywood yang pernah dilakonkan oleh primadona ini termasuk Crouching Tiger Hidden Dragon, Crazy Rich Asians, Shang-Chi and The Legend of the Ten Rings, Memoirs Of A Geisha dan banyak lagi.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Sun, 19 Jan 2020
Trending Fri, 23 Apr 2021
Trending Thu, 23 Apr 2020

Pengumuman Semalam Tak Berkuatkuasa Secara Automatik, Orang Ramai Tidak Dibenarkan Balik Kampung -Menteri Kanan

Pengumuman mengenai kebenaran pulang semula ke Kuala Lumpur dan bandar yang dibuat semalam, tidak berkuat kuasa secara automatik.

Hiburan Fri, 14 Sep 2018
Trending Wed, 7 Apr 2021

Usia Bukan Halangan Fhan Untuk Jadi Penyanyi & Rapper

Penyanyi baru, Fhan bermula sebagai penyanyi dan rapper profesional tahun lalu di usia 30 tahun. Namun, bagi Fhan, dalam berkarya soal usia bukanlah perkara penting asal saja seseorang itu mempunyai minat dan bakat. Malah, Fhan, […]

Featured Tue, 17 Dec 2019

Selamat datang 2020, 5 azam buat wanita kekal bahagia!

Mulakan azam dengan memperbaiki diri

Featured Tue, 14 Jan 2020
error: Content is protected !!