Euforia Bola 2026
Oh Lawa By: Yanie Baharom April 22, 2018 @ 12:00pm

Miliki Koleksi Terbaru Jimmy Choo, Kini Semua Wanita Boleh Rasai Aura Cinderella

Sepatu kaca yang saiznya kecil dan hanya pantas dipakai oleh gadis bernama Ella seperti termaktub di dalam hikayat dongeng Cinderella, kini mampu dimiliki sesiapapun yang menginginkannya terutamanya wanita yang tidak lokek berbelanja.

Bagaimana untuk mendapatkannya? Halakan saja perjalanan anda ke butik kasut terkemuka antarabangsa, Jimmy Choo atau untuk layanan VVIP, aturkan temujanji terlebih dulu agar tidak perlu menunggu.

Foto : eh.com.my

Menariknya mengenai koleksi perkahwinan Jimmy Choo kali ini, ia menawarkan rekaan serta stail yang cukup timeless dan klasik elegan, dari satin ivory ke glamor ala Hollywood yang bertatahkan batu kristal Swarovski, sandal metalik strappy single ke rekaan yang lebih berunsur fesyen.

Koleksi ini hadir dengan rona-rona lembut termasuklah dusty pink, ivory dan kilauan champagne dengan perincian yang cukup mewah menawan ; bulu pelepah, bunga-bungaan, batu kristal Swarovski, renda, manik dan kemasan berkilau.

Foto : howtospendit.ft.com

Satisfaction berganda ia dihasilkan khas berdasarkan tempahan yang anda buat dan setiap satunya akan dicipta dengan 7,000 biji kristal Swarovski yang tersedia dalam tiga jenis sepatu yang berbeza iaitu dari kasut flats hingga ke tumit tinggi dengan ketinggian 110mm.

Sebagai pelengkap kesempurnaan gaya anda, koleksi ini turut hadir dengan rangkaian clutch yang sesuai untuk dipadankan bersama sepatu Cinderella ini. Antara rona yang digunakan termasuklah shimmering black, golden mix dan crystal.

Foto : eh.com.my

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Oh Lawa Wed, 19 Dec 2018

Nak Cantik Macam Selebriti? Jom Ke FABUlash!

Penyambungan bulu mata menyerlah kecantikan wanita hanya dengan sentuhan yang minimal.

Featured Thu, 3 Jan 2019
Oh Lawa Wed, 6 Mar 2019

4 item pakaian asas wanita patut miliki, menurut ratu fesyen Anna Wintour

Beliau memang tahu mengenai fesyen, jadi ambil perhatian!

Oh Lawa Wed, 25 Apr 2018

Anda Bosan Dengan Stail Hijab Yang Sama Setiap Hari? Jom Tiru Stail Selebriti Ini

Bosan denan stail hijab setiap hari? Jom tiru stail hijab artis-artis ini.

Oh Lawa Thu, 24 Jan 2019
Featured Tue, 17 Mar 2020
Oh Lawa Fri, 1 Jun 2018
Featured Wed, 24 Jul 2019

Soul Matte, koleksi ideal untuk si gadis kulit berminyak

Selain berkualiti, jenama Alha Alfa Cosmetics juga berstatus halal!

Oh Lawa Fri, 9 Nov 2018
error: Content is protected !!