Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin January 12, 2026 @ 11:48am

Mimi Lana Akui Khilaf Terlepas Pandang Bayaran Jurusolek, Tampil Mohon Maaf Secara Terbuka

Pelakon popular,  Mimi Lana tampil membuat permohonan maaf secara terbuka kepada seorang jurusolek yang dikenali sebagai Aizat selepas mengakui terlepas pandang untuk melunaskan bayaran perkhidmatan solekan sejak beberapa tahun lalu.

Kata Mimi menerusi kenyataan di Threads, dia menyedari kecuaian tersebut selepas terbaca satu luahan di platform sama yang dipercayai ditujukan kepadanya dek kerana masih belum menyelesaikan bayaran berjumlah RM200 sejak 2019.

“Salam Aizat, saya ternampak Threads awak dan saya tahu awak bercakap tentang saya sebab saya yang komen dekat orang itu. Saya ingat awak beberapa kali solek saya dulu.

“Maafkan saya, saya baru semak pesanan terus dan memang ada satu mesej peringatan daripada awak untuk bayaran RM200 dari tahun 2019,” katanya.

Enggan berdiam diri, Mimi atau nama penuhnya, Mimi Rozaiana Zainal Abidin Nordin menegaskan, sepanjang kerjayanya, dia tidak pernah berniat untuk culas atau sengaja tidak membuat bayaran kepada mana-mana jurusolek yang pernah bekerjasama dengannya.

“Setakat ini, saya tak pernah lagi tak bayar mana-mana jurusolek. Kalau ada apa-apa, boleh hubungi atau mesej pembantu peribadi saya.

“Ada kalanya perkara seperti ini terlepas pandang kerana kebiasaannya bayaran diuruskan oleh pembantu peribadi atau pengurus saya,” jelasnya.

Meskipun nilai bayaran tersebut mungkin kecil pada pandangannya, namun Mimi menganggap ia sangat besar dan bermakna buat individu yang telah bekerja keras memberikan perkhidmatan.

“Walaupun jumlahnya kecil bagi kami, tapi besar bagi orang yang sudah bekerja. Ini tak sepatutnya berlaku.

“Saya minta maaf sekali lagi dan mohon awak hubungi pembantu peribadi saya serta berikan nombor akaun,” ujarnya.

Terdahulu, tular di Threads mengenai luahan seorang jurusolek yang mendakwa masih belum menerima bayaran perkhidmatan solekan daripada seorang selebriti meskipun sudah beberapa kali membuat peringatan.

Meskipun tidak menyebut sebarang nama, Mimi tampil berani mengakui kesilapannya dan memilih untuk menyelesaikan isu tersebut secara terbuka.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Mon, 9 Aug 2021

“Dia Cakap, Dia Takut Tapi…” – Shuib Kongsi Pesan Terakhir Siti Sarah

Semoga Allahyarhamah Siti Sarah beroleh syurga❤

Hiburan Tue, 2 Aug 2022

“Tunggu Kami Kahwin” – Azri Iskandar Sah Sudah Bertunang

Azri Iskandar mengesahkan sudah tunang dengan Dr Azra Diera.

Hiburan Thu, 25 Apr 2024
Hiburan Mon, 12 Nov 2018

#Mentor7: Ada Sebab Hafiz Pilih Amal, Azmirul Jadi Protege

Kenapa agaknya Hafiz memilih protege lelaki untuk program Mentor 7?

Hiburan Thu, 19 Sep 2019

Cinta Sharnaaz Ahmad Kembali Bertaut?

Mungkinkah ada sinar bahagia…?

Featured Mon, 24 Feb 2020
Featured Fri, 8 Apr 2022

Anak Menangis Rindukan Ayah, Netizen Tegur Shuk Sahar Agar Jadi Lelaki Bertanggungjawab

Apapun kemelut yang melanda rumah tangga, tolong jangan abaikan anak-anak..

error: Content is protected !!