Euforia Bola 2026
Eat Travel By: Ad Ops May 3, 2018 @ 12:00pm

Minat Macaron? Cuba Resipi Macaron Strawberry Cheese Ini, Nikmat Dalam Mulut!

Macaron ialah sejenis biskut berinti krim yang berasal dari Perancis dan lazimnya diperbuat daripada tepung badam, telur putih dan gula.

Nampaknya ramai rakyat Malaysia dah mula gemarkannya. Tapi kalau nak beli di pasaran, mahal. Ada kedai yang jual dengan harga RM18 sebiji!

Jadi apa kata anda cuba buat sendiri? Lagi puas makan.

Ini dia resipi menarik yang anda boleh cuba. Rasanya bukan cheese saja, dan bukan strawberi saja, tapi cheese dan strawberi! Memang nikmat bila anda makan. Warnanya pun sweet!

Resipi ini cukup untuk menyediakan 16 biji macaron. Ia merangkumi dua proses, iaitu untuk membuat kepingan biskut macaron dan satu lagi, untuk membuat intinya.

Jadi jangan terkeliru ya! Kalau anda ikut resipi ini betul-betul, gerenti menjadi.

Foto: www.spinsouthwest.com

Anda perlukan:

Untuk kepingan biskut macaron:

  • 3 telur putih, bersuhu bilik
  • 50 gram gula
  • 280 gram gula icing
  • 100 gram tepung badam halus
  • Pewarna makanan merah

Untuk inti:

  • 225 gram cream cheese
  • 160 gram gula icing
  • 2 sudu besar susu
  • Jem strawberi

Cara-caranya:

  1. Panaskan ketuhar ke 140 darjah Celcius.
  2. Di dalam mangkuk sederhana, pukul telur putih sampai berbuih. Teruskan pukul dan masukkan gula perlahan-lahan sampai ia menjadi stiff peaks (puncak tajam).
  3. Tapiskan gula icing dan tepung badam ke atas telur putih yang telah dipukul tadi.
  4. Gaulkannya dengan hati-hati supaya sekata. Untuk setiap tiga kali gaulan, pusingkan mangkuk anda sebanyak 90 darjah. Dan ingat! Jangan kacau secara berlebihan, nanti kepingan biskut ini tak naik.
  5. Sebaik saja campuran ini menjadi tebal macam lava, pindahkan separuh daripadanya ke mangkuk lain dan masukkan 3 titik pewarna makanan merah. Gaul sikit-sikit saja; jangan berlebihan!
  6. Cepat-cepat, masukkan batter putih dan pink ke dalam beg plastik bersih yang berasingan. Potong satu bucu pada setiap beg dan picitkan isi kedua-duanya dengan sama rata ke dalam sebuah piping bag untuk mewujudkan multi-colour effect pada kepingan biskut.
  7. Picitkan isi piping bag itu ke atas loyang yang dilapik dengan kertas minyak sehingga ia berbentuk kepingan sebesar 4cm. Tip: Supaya kertas minyak itu tak gerak-gerak, gunakan sedikit batter sebagai “gam”.
  8. Biarkan kepingan biskut ini kering selama 30 minit ke 1 jam hingga ia tak lagi lembap dan “kulitnya” terbentuk.
  9. Sementara itu, anda boleh mula buat intinya. Campurkan cream cheese, gula icing dan susu ke dalam mangkuk sampai sebati dan smooth. Pindahkan ke dalam sebuah piping bag dan letak tepi.
  10. Bila kepingan biskut sudah betul-betul kering bila disentuh dengan jari, bakar di dalam ketuhar untuk 13 ke 15 minit sampai ia naik. Kemudian biarkan sejuk selama 10 minit.
  11. Ambil piping bag berisi inti cream cheese tadi dan picitkannya menjadi bentuk bulat di sekitar bahagian tepi biskut.
  12. Letakkan sedikit jem strawberi di tengah-tengahnya dan letakkan sekeping lagi biskut macaron supaya ia jadi macam sandwich.
  13. Ulang dengan inti cream cheese dan biskut macaron yang lain sampai habis. Dah siap!

Nota: Sentiasa biarkan sejuk di dalam peti ais sebelum dihidang.

Kalau anda nak kepastian tentang teknik-teknik membuat macaron ini, anda boleh rujuk kepada video tutorial ini:

Sumber: Tasty

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Eat Travel Sat, 15 Sep 2018

Raikan Hari Lahir Kesayangan Anda Dengan Chocolate Crepe Cake Ini. Buat Sendiri Lagi Sedap!

Kalau nak lagi sedap, simpan kek ini di dalam peti sejuk sebelum anda makan!

Eat Travel Fri, 22 May 2020

Lemang hipster, enaknya tak terkata

Sekali makan, terus melekat mahu lagi

Eat Travel Tue, 25 Sep 2018
Eat Travel Tue, 3 Jul 2018

Jom Belajar Cara Nak Buat Kek Mentega Yang Lembut Dan Gebu Ini

Butter cake ini memang sedap dimakan seisi keluarga.

Eat Travel Mon, 13 Apr 2020
Eat Travel Fri, 18 Jan 2019

Hoping to visit an Indonesian reef that’s less-travelled than Bali and Lombok? Try Gili Islands!

There are three so pick one that’s perfect for your planned activities.

Eat Travel Wed, 1 Apr 2020

Resipi mudah terung panggang ala piza

Terung pun sedap jika tahu cara memasak

Eat Travel Sat, 19 May 2018

Teringin Nak Makan Laksa Johor? Ini Dia Resipi Yang Gerenti Sedap

Laksa Johor ini unik kerana ia dimakan dengan spageti dan kuah yang pekat.

Eat Travel Fri, 25 Jan 2019

Hidangan ayam lemon yang lemak berkrim ini pasti menambat selera anda

Jika teringin nak cuba masak, ikuti resipinya di sini!

error: Content is protected !!