Euforia Bola 2026
Eat Travel By: Ad Ops September 25, 2018 @ 2:00pm

Passport Anda Hilang Atau Dicuri Ketika Melancong Ke Luar Negara? Ikuti 3 Langkah Ini

Perkara yang paling menggerunkan bila melancong ke luar negara adalah jika passport anda hilang atau dicuri.

Haih, minta-minta janganlah perkara ini terjadi kepada sesiapa! Tapi hakikatnya ia tak mustahil.

Apabila passport anda hilang, itu bermakna anda terkandas di sesuatu negara itu. Maklumlah, benda itu kan kena ada untuk anda melepasi imigresen di lapangan terbang?

Jika anda mengalami situasi ini, jangan panik. Ikuti 3 langkah ini:

1. Pergi ke balai polis terdekat untuk membuat laporan

Sebaik saja anda mendapati yang anda kehilangan passport, anda mesti pergi report. Pastikan anda menyimpan satu salinan laporan polis tersebut. Anda akan perlukannya untuk langkah seterusnya.

Anda mungkin nak simpan beberapa salinan ekstra jika anda ingin membuat tuntunan insurans nanti.

Ia juga berguna jika passport anda digunakan oleh individu lain.

2. Pergi ke pejabat Kedutaan Malaysia (atau mana-mana pusat misi Malaysia) untuk melaporkan kehilangan passport

Anda boleh mencari alamat Kedutaan, Suruhanjaya Tinggi, Konsulat, atau Konsulat Besar terdekat menerusi portal Kementerian Luar Negeri di sini. Semak juga waktu bekerja serta contact details mereka.

Jika negara di mana anda berada tidak mempunyai Kedutaan Malaysia, anda perlu cari satu di negara yang terdekat dan hubungi mereka untuk langkah seterusnya.

Nota: Sesetengah Kedutaan memerlukan anda untuk membuat temujanji terlebih dahulu.

3. Mohon untuk dapatkan Sijil Perakuan Cemas

Sijil ini bertindak sebagai dokumen pelancongan sementara yang membenarkan anda untuk melepasi imigresen dan terbang pulang ke tanah air.

Ia cuma sah selama 12 bulan dan hanya membenarkan satu perjalanan ke negara yang tertera di dalamnya (Malaysia).

Untuk memohon, anda perlu kemukakan:

  • Salinan laporan polis
  • Borang F  – IM.42 (Borang Permohonan Pasport / Dokumen Perjalanan) yang telah diisi sepenuhnya dan ditandatangan
  • Bukti kewarganegaraan Malaysia (MyKad atau MyKid)
  • 2 gambar berukuran 3.5cm x 5.0cm
  • Yuran pemprosesan sebanyak RM50 (bergantung kepada tukaran mata wang asing)

Nota:

1. Sesetengah kedutaan (seperti di Washington, Amerika dan Australia) memerlukan anda untuk lampirkan sekali dokumen tambahan seperti tiket penerbangan, surat beranak (untuk kanak-kanak di bawah umur 12 tahun) dan surat yang menerangkan bagaimana anda boleh kehilangan passport. Check dulu dengan kedutaan anda sebelum menyerahkan permohonan anda.

2. Permohonan anda akan mengambil masa 3 ke 5 hari bekerja untuk siap diproses.

3. Sijil Kecemasan ini tak diiktiraf sebagai dokumen travel menerusi negara-negara tersebut: Brunei, Kanada, Chile, Perancis, Jerman, Holland, Iran, Iraq, Italy, Jepun, Jordan, Kuwait, Norway, Oman, Papua New Guinea, Senegal, Sudan, Switzerland, Turkey, and Emiriah Arab Bersatu (U.A.E.).

Sebaik saja anda dah dapat Sijil Perakuan Cemas anda, anda bolehlah terbang pulang dan dapatkan passport gantian di Jabatan Imigresen.

Bonus!

Untuk elakkan kehilangan atau kecurian passport daripada berlaku, ada beberapa perkara yang anda boleh lakukan sebelum anda berangkat.

1. Ambil tahu tentang Kedutaan Malaysia di negara yang anda lawati.

Tuliskan alamat, nombor telefon, alamat emel dan waktu bekerja di dalam telefon bimbit anda atau sekeping kertas. Simpan dan bawa.

2. Jangan letakkan kesemua wang, kad kredit serta kad pengenalan di satu tempat.

Sekiranya kemalangan ini berlaku, anda mesti perlukan wang untuk membuat panggilan atau pergi ke Kedutaan Malaysia. Tak lupa juga kepada penginapan tambahan.

Daripada meletakkan mereka semua dalam dompet, apa kata letakkan di tempat lain yang selamat, seperti dalam poket, kasut, phone cover atau beg lain pada badan anda. Dengan ini, anda akan ada simpanan wang lain jika beg bersama barangan peribadi anda juga dicuri.

Tambahan pula, sebelum melancong, hubungi bank anda untuk mengaktifkan kad kredit untuk transaksi luar negara. Pastikan dalam bank pun ada duit!

Foto: Eagle Creek

3. Scan dokumen pengenalan dan simpankannya di dalam Google Drive, emel atau Dropbox.

Jika anda kehilangan telefon bimbit sekali, anda masih boleh access dokumen penting ini selagi anda menjumpai komputer dan wifi.

Sumber: Says

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Eat Travel Thu, 18 Jul 2019
Eat Travel Wed, 19 Jun 2019
Eat Travel Wed, 29 Aug 2018

Nasi Lemak Lobster Cuma RM25? Wow Murahnya!

Nasi Lemak Tepi Jalan mempunyai reputasi yang hebat kerana telah beroperasi selama 20 tahun.

Eat Travel Fri, 8 Mar 2019

Resipi Buttermilk Seafood Pasta, memang terangkat habis!

Pencinta makanan laut pasti menyukainya

Eat Travel Tue, 25 Sep 2018
Eat Travel Tue, 19 May 2020
Eat Travel Fri, 14 Sep 2018
Eat Travel Tue, 18 Sep 2018

Ikuti 8 Tip Penting Ini Supaya Penerbangan Jarak Jauh Anda Lebih Selesa

Ikuti tip-tip ini supaya penerbangan anda lebih selesa.

Eat Travel Tue, 11 Sep 2018

Ada Sebab Penting Restoran Fast Food Menggunakan Warna Merah & Kuning Untuk Logo Mereka

Anda perasan tak banyak kedai fast food mempunyai logo berwarna ini?

Eat Travel Fri, 18 May 2018

Penyediaan Semudah ABC, Jom Belajar Masak Dessert Klasik Sago Gula Melaka Di Rumah

Sago Gula Melaka, antara hidangan klasik pencuci mulut yang cukup popular sepanjang Ramadan.

error: Content is protected !!