Euforia Bola 2026
Eat Travel By: Yanie Baharom August 29, 2018 @ 8:00pm

Nasi Lemak Lobster Cuma RM25? Wow Murahnya!

Lapar terus jadinya bila melihat gambar nasi lemak ini kan? Apalagi jom kita serbu Nasi Lemak Tepi Jalan yang beralamatkan D1-28-G, Block 7, Jalan Dutamas, Taman Dutamas, Balakong, Cheras, 43200.

Memulakan operasinya dari hari Isnin hingga Jumaat bermula jam 1 petang hingga 12 tengah malam, kedai nasi lemak ini mempunyai reputasi yang hebat kerana telah beroperasi selama 20 tahun.

Cawangan pertamanya dibuka pada bulan Julai 1996 di laluan di Desa Petaling. Kini, generasi baru pula telah mengambil alih legasi perniagaan tersebut sebagai menghargai pengorbanan ibu bapa mereka dengan membuka sebuah restoran di Cheras Selatan.

Foto: Jelajah Maya

Nasi lemak kukus yang menjadi menu istimewa mereka lazimnya didatangkan dengan pilihan ayam goreng, sambal sotong dan sambal kerang bersesuaian dengan citarasa masyarakat Malaysia.

Sambalnya wangi, sedikit manis dan pedas di mana ia sememangnya melepasi syarat-syarat sambal yang enak untuk dihidangkan bersama sepinggan nasi lemak.

Walau bagaimanapun, improvisasi telah dilakukan pewaris kedai ini dengan memperkenalkan idea menarik untuk menambah menu di restoran mereka pada bulan September 2017, iaitu nasi lemak lobster dihidangkan bersama sos keju dan mentega yang sangat lazat!

Foto: http://rileklah.com

Bukan itu sahaja, kedai ini juga memperkenalkan satu lagi menu istimewa iaitu ketam juga dihidangkan bersama nasi lemak.

Apa yang menariknya, nasi lemak tradisional versi lobster ini bermula dengan harga yang sangat berpatutan, daripada RM20 bergantung kepada saiz lobster. Manakala untuk nasi lemak ketam pula bermula dengan harga RM25 sahaja. Berbaloi-baloi!

Sumber: Rileklah

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Eat Travel Tue, 31 Jul 2018
Eat Travel Mon, 10 Dec 2018
Eat Travel Mon, 23 Sep 2019

Bilik suite bertemakan biskut ini pasti menaikkan selera anda untuk bercuti!

Biskut coklat simbol komitmen resort DoubleTree Phuket Bhantai

Eat Travel Sun, 22 Mar 2020
Eat Travel Thu, 12 Jul 2018

Nak Makan Durian Sedap Sekitar Kuala Lumpur? Ini 5 Lokasi Yang Wajib Anda Pergi

Bagi pencinta durian, anda belum cukup handal kalau anda tidak pernah mengunjungi 5 lokasi makan durian yang best ini.

Eat Travel Fri, 17 May 2019

Cita rasa Mesir di Tut’s Egyptian Eatery bangkitkan selera

Nikmati bufet Ramadan serendah RM29.90!

Eat Travel Thu, 6 Feb 2020

Rahsia masakan bersantan lambat basi

Panduan yang sangat berguna!

Eat Travel Fri, 9 Nov 2018

Jom Enjoy Sambil Beriadah Di Taman Aktiviti Indoor SuperPark KL Musim Cuti Sekolah Ini!

Ia akan dibuka Disember ini kepada kanak-kanak dan juga orang dewasa.

Eat Travel Thu, 7 Mar 2019
error: Content is protected !!