Euforia Bola 2026
Eat Travel By: Ad Ops April 9, 2020 @ 11:00pm

Susu banyak tapi dah basi? Jangan risau, jom buat keju sendiri

Pernahkah anda mengalami situasi susu kotak yang dibeli sudah basi atau masam biarpun belum sampai tarikh luputnya? Perkara itu mungkin berlaku disebabkan cara atau suhu penyimpanannya tidak betul.

Tunggu, jangan buang lagi susu basi itu kerana tidak semua makanan yang sudah luput tarikh perlu dibuang.

resipi keju homemade

Kredit gambar: Facebook Rini Haryanie

Dengan susu basi tadi anda boleh membuat resipi keju sendiri di rumah. Menerusi perkongsian Rini Haryanie di Facebook Masak Apa Hari Ni (MAHN), wanita itu berkongsi cara untuk membuat keju di rumah.

Menurut wanita itu, dia membeli beberapa kotak susu krim penuh di kedai, namun terlupa untuk menyimpannya di dalam peti ais sehingga susu itu basi.

Sayang untuk membuangnya, wanita itu kemudian mengikut nasihat dan saranan ahli-ahli dalam kumpulan MAHN agar menggunakan susu berkenaan untuk membuat keju sendiri.

Bahan yang diperlukan hanyalah susu, cuka dan garam. Resipi keju itu memang menjimatkan dan caranya juga mudah untuk dihasilkan.

resipi keju homemade

Kredit gambar: Facebook Rini Haryanie

Selain boleh disapu pada roti dan dimakan bersama-sama salad, keju enak itu juga boleh dijadikan krim keju untuk menghasilkan kek.

Berikut adalah resipi keju yang boleh anda ikuti.

Bahan-bahan:

  • Susu kotak krim penuh
  • Satu sudu besar cuka
  • Garam secukup rasa

Cara penyediaan:

resipi keju homemade

Kredit gambar: Facebook Rini Haryanie

1. Rebus susu yang sudah basi dengan api perlahan.
2. Kemudian masukkan cuka dan garam. Kacau rata. (Cuka berfungsi untuk mengasingkan susu dan air).
3. Rebus sehingga mendidih dan tutup api.
4. Seterusnya, tapis rebusan susu tadi menggunakan kain bersih seperti kain lampin bayi. Tunggu sejuk dan perah keju.
5. Akhir sekali, mampatkan keju tadi dalam loyang kek atau bekas yang sesuai.

resipi keju homemade

Kredit gambar: Facebook Rini Haryanie

Keju sudah siap untuk dinikmati. Selamat mencuba!

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Thu, 21 Aug 2025

Fattah Amin Didakwa Bakal Tamat Zaman Solo, Pengurus Tampil Respons – “Jangan Risau Kami Tak Sorok-Sorok”

Pengurus menjelaskan jika ada majlis pihaknay akan memaklumkan kepada peminat.

Featured Thu, 9 May 2024
Eat Travel Wed, 13 Jun 2018

Pajeri Nanas Pelengkap Hidangan Anda

Hidangan pajeri nanas ini memang sedap!

Acara Tue, 21 Aug 2018

Sertai Tarian Kecergasan Di Gegaria Fest, Putrajaya. Pelbagai Hadiah Menarik Menanti Anda!

Cabutan bertuah bernilai lebih RM2000 termasuklah FitBit Alta HR, peralatan elektrik dan pelbagai lagi hadiah menarik menanti anda.  

Eat Travel Thu, 11 Jun 2020
Eat Travel Wed, 11 Sep 2019
Featured Fri, 3 Jan 2025

Rambut Merah Persis TOP Big Bang, Kenyataan Fattah Amin Dipertikai… Warganet Bergaduh Di Ruangan Komen

Tindakan mahu jadi muslim terbaik dipersoal netizen selepas Fattah tampil berambut merah dan memakai rantai.

Featured Mon, 28 Mar 2022

Kritik Penampilan Isteri, Will Smith Tempeleng Muka Chris Rocks di Pentas Oscars

Fuh, itu sebabnya bergurau jangan lebih-lebih kan dah mendapat..

Eat Travel Sun, 9 Sep 2018

Seramnya Kek & Pai Ini! Ada Berani Nak Makan?

Walaupun nampak seram, kek ini boleh dimakan!

error: Content is protected !!