Euforia Bola 2026
Eat Travel By: Yanie Baharom February 6, 2020 @ 10:31am

Rahsia masakan bersantan lambat basi

Santan adalah antara bahan penting dalam kebanyakan menu rakyat Malaysia dan bagi sesetengah inividu, makanan berkuah seperti kari wajib diletak santan pekat bagi menimbulkan keenakan dan memiliki aroma yang wangi.

Usah pergi jauh, nasi lemak juga adalah menu yang ada dimasukkan santan di dalam penyediannya selain hidangan lauk-pauk seperti masak lemak cili padi,  rendang dan kuih-muih tradisional. Santan juga kerap digunakan dalam pemanis mulut seperti sagu gula Melaka, bubur kacang hijau mahupun pengat pisang.

Jadi tidak keterlaluan dikatakan  orang Malaysia handal memasak mengunakan santan kerana ada pelbagai menu boleh disediakan dengan santan adalah bahan utama.

Lazimnya makanan bersantan ini juga berlemak dan enak dijamah cuma satu sahaja risikonya, makanan berasaskan santan ini mudah basi.

Bayangkan kalau memasaknya dalam kuantiti yang banyak kemudian basi, pastinya rugi kalau dibuang begitu sahaja. Sebiji santan sahaja harganya tidaklah murah, RM2.50!

Memastikan pembaziran tidak berlaku, ini cara untuk memastikan hidangan berasaskan santan tidak basi.

1. Pastikan kelapa parut atau santan baharu.

Jika anda memilih untuk menggunakan santan pastikan ianya santan yang belum melebihi satu hari. Usah segan bertanya adakah santan berkenaan sudah lama atau santan yang baharu sahaja disediakan. Jika membeli kelapa parut pula,  pastikan kelapa berkenaan baharu sahaja diparut dan untuk memastikan ia tahan lama berbanding biasa, kelapa parut itu boleh diperah dengan menggunakan air suam.

Sementara untuk penggunaan santan kotak pula, sebaiknya pastikan jumlah santan yang diperlukan untuk masakan anda, pilih saiz kotak santan yang memadai jumlahnya dengan santan yang diperlukan agar tidak membazir dan tidak perlu disimpan di dalam peti sejuk. Pastikan juga  semasa memasak, ia masak sempurna bertujuan supaya boleh disimpan lebih lama.

2. Cara menyimpan

Masakan yang  menggunakan santan perlu dipanaskan sehingga ia mendidih sempurna dan jangan menutup periuk ketika memanaskan. Jika berniat menyimpannya untuk tempoh yang lebih lama, pastikan masakan berkenaan benar-benar sejuk dan tiada wap keluar jika anda menutupnya.

Ini kerana wap panas yang memenuhi bekas penutup (jika masakan masih belum sejuk sepenuhnya) akan jatuh ke dalam masakan dan air wap itu akan mencepatkan proses masakan basi. Masukkan ke dalam bekas kedap udara dan bolehlah disimpan di dalam peti sejuk.

Jika anda menyimpan lauk di dalam bekas dalam keadaan panas, ia akan menyebabkan santan berbuih dan basi sebelum ia sempat sejuk di dalam peti ais.

3. Bekukan

Kaedah ini adalah paling biasa dilakukan dengan membekukannya. Jika makanan seperti rendang, kari atau gulai ingin disimpan untuk tempoh lebih lama sebaiknya bekukan sahaja, ini adalah kaedah penyimpanan terbaik dan tahan lama.

4. Pastikan senduk kering

Santan sangat sensitif dengan perkakas yang basah atau berair. Justeru pastikan anda mencedok makanan menggunakan senduk dan bekas yang kering.

Semoga bermanfaat!

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Eat Travel Wed, 24 Jul 2019

Pernah tak anda makan pulut mangga, tetapi dalam versi bebola goreng?

Sentuhan unik ini pasti memikat! Jom cuba buat.

Eat Travel Wed, 29 Apr 2020

Cencaru bakar tempoyak ratu Ketuk-ketuk Ramadan undang perut berkeroncong!

Lauk mudah disediakan, sedapnya tahap angkat ibu jari

Eat Travel Tue, 10 Mar 2020

Ini rahsia kuah laksa yang dimasak sedap!

Resipi turun temurun jadi taruhan.

Eat Travel Fri, 27 Sep 2019
Eat Travel Tue, 16 Oct 2018

15 Bandar Yang Paling Top Di Dunia, No. 5 Paling Gorgeous

Ambil inspirasi untuk destinasi percutian anda yang akan datang.

Eat Travel Thu, 20 Feb 2020

Resipi sos lada hitam menjilat jari untuk chicken chop

Buat sendiri, memang mudah dan sedap!

Eat Travel Wed, 7 Nov 2018

Muzium Ais Krim Di San Francisco Ini Memang Unik & Colourful!

Foto anda mesti ‘manis-manis’ semuanya!

Eat Travel Tue, 28 May 2019
Eat Travel Sun, 26 Apr 2020

Terasa seperti aristokrat, begitulah angkuhnya perasaan bermalam di dalam kereta api mewah ini

Teruja dengan keindahannya, teruja juga dengan harga tiketnya!

Eat Travel Fri, 27 Sep 2019
error: Content is protected !!