Euforia Bola 2026
Featured By: Yanie Baharom March 19, 2020 @ 10:00am

Minum jus limau nipis setiap hari, pasti ‘meletop’ pakai baju pengantin!

Beberapa bulan sebelum menjelang hari bahagia, selain sibuk menguruskan persiapan perkahwinan seperti baju, hantaran dan segala macam lagi, bakal mempelai selalunya mempunyai keazaman untuk menurunkan berat badan.

Mestilah hendak nampak cantik terletak saat menggayakan gaun perkahwinan barulah ternganga mulut tetamu yang datang bertandang. Paling utama sekali, biar dilihat paling cantik pada mata putera pilihan hati.

Tapi bagaimana hendak cepat kurus? Selain bersenam dan mesti jaga pemakanan, terdapat satu petua yang dikongsikan seorang doktor dikenali sebagai Dr Syid Ayod Sayid Mustafa Al-Qudri.

Foto: Facebook Dr Syid Ayod Sayid Mustafa Al-Qudri

Menurut Dr Syid Ayod, cara paling mudah menurunkan berat badan adalah dengan mengambil jus limau nipis setiap hari.

Jus limau nipis mempunyai pelbagai khasiat antaranya dapat meningkatkan metabolisma badan terutama jika diambil pada waktu pagi.

Vitamin C daripada limau nipis juga membantu meningkatkan pembakaran lemak di dalam badan. Pengambilan air limau nipis sebelum senaman dapat membakar lemak 30 peratus lebih banyak berbanding individu yang tidak mengambil air itu

Caranya penyediaannya, perah 2 atau 3 limau nipis ke dalam air kosong tanpa gula. Disyorkan minum sebelum waktu makan.

Limau nipis mengandungi sumber vitamin A, B, C dan D, kalsium, kalium, magnesium, fosforus dan zat besi. Ia juga kaya dengan flavonoid yang sangat baik untuk kesihatan salur darah.

Antara kebaikan air limau nipis yang lain adalah:

1) Tingkatkan sistem imunisasi

Antioksidan membantu melindungi badan daripada kerosakan badan dan mengelakkan penyakit seperti penyakit jantung, diabetes, kolesterol dan darah tinggi. Juga mempunyai flavonoid yang boleh membunuh bakteria dan mengelakkan jangkitan.

Foto: Bustle

2) Mengurangkan risiko penyakit jantung

Limau nipis mengandungi kandungan magnesium dan kalium (potassium) yang baik untuk kesihatan jantung. Ia juga membantu menurunkan tekanan darah tinggi yang menjadi penyumbang utama serangan jantung.

3) Mencantikkan kulit

Kaya dengan vitamin C yang boleh menguatkan struktur kolagen dan membantu penghasilan kolagen dalam badan. Ini kerana, badan akan kehilangan 1.5 peratus kolagen bermula umur 25 tahun.

4) Elak masalah keradangan

Penyakit sendi, antara contoh penyakit yang berpunca daripada keradangan. Kajian juga mendapati individu yang kurang vitamin C mempunyai risiko 3 kali ganda untuk mengalami sakit sendi (arthritis). Bukan sahaja membantu mengurangkan kemerosotan sendi, tapi baik untuk menurunkan kandungan asid urik dalam badan.

5) Lancarkan penghadaman

Kandungan flavonoid dalam limau nipis dapat merangsang penghasilan enzim penghadaman. Sebaik-baiknya amalkan air limau nipis sebelum makan. Juga boleh diamalkan untuk mereka yang mempunyai masalah asid refluks. Disyorkan mengambil 2 sudu teh perahan limau nipis bersama air kosong setengah jam sebelum makan.

6) Rendah Indeks Glisemik (GI)

Kandungan indeks glisemik (GI) yang rendah membantu untuk melambatkan penyerapan gula (karbohidrat) di dalam badan. Kawalan gula darah akan bertambah baik terutama bagi penghidap diabetes. Bukan itu sahaja, ia membantu menurunkan rintangan insulin, punca utama penyakit diabetes.

7) Elak batu karang

Juga boleh mengurangkan asid urik dan mengurangkan risiko terbentuknya sesetengah jenis batu karang.

Nak kurus sebelum bersandingkan? Apa lagi jom cuba sekarang!

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Thu, 28 Aug 2025

Sering Pertahan Fazura, DJ Sonic Tak Kisah Dilabel ‘Terpaling Kawan’

DJ Sonic menjelaskan, dia bukanlah mahu menumpang populariti rakan baiknya yang juga selebriti jelita, Nur Fazura

Featured Wed, 11 Feb 2026

Tak Tolak Jodoh Dengan Lelaki Berstatus Duda, Aishah Azman Beri ‘Priority’ Kepada Yang Single

elakon Aishah Azman tidak menolak sekiranya ditakdirkan berjodoh dengan lelaki berstatus duda

Featured Thu, 25 Aug 2022

Tauke Cili Berjaya, Ella Bersyukur Dilantik Sebagai Figura Peladang

Alhamdulillah tahniah! Ella rasa Ella sukaaa..

Featured Mon, 27 Apr 2026

Kamal Adli Titip Ucapan Istimewa Sempena Hari Lahir Anak – “Maaf Ayah Tak Ada Dekat Sini, Cari Rezeki Jauh Sikit Allah Bagi”

Kamal Adli menitipkan ucapan hari lahir sempena ulang tahun anaknya yang kedua menerusi hantaran di media sosial miliknya baru-baru ini.

Featured Thu, 9 Feb 2023

Didakwa Berlagak, Terlalu Garang, & Tak Nak Dikaitkan Dengan Meerqeen, Anna Jobling Selar Individu Mulut Celupar – “Get A Life!”

Amboiiii, jahatnya mulut individu ni 😌 Tak baik tau fitnah Anna macam nii 🤨 Hmm kata peminat

Featured Tue, 3 Oct 2023

Rumah Tangga Didakwa Goyah, Haqiem Rusli Pilih Berdiam Diri – “Hidup Ni Bukan Berpandukan Media Sosial”

Setuju kata Haqiem! Tak semua benda kita nak post & tunjuk kat soc med kan?

Eat Travel Thu, 21 May 2020
error: Content is protected !!