Euforia Bola 2026
Acara By: Shaidah Shafie December 12, 2019 @ 11:20am

Mira Filzah kongsi manfaat camu-camu dan camomile untuk badan

Kulit kusam dan keletihan setiap kali usai penggambaran membuatkan artis wanita ini, Nur Amirah Filzah Badioezaman, 26, atau lebih dikenali sebagai Mira Filzah memilih untuk mengeluarkan produk makanan tambahan kesihatannya sendiri bagi menambahkan tenaga dan memperbaiki kulit wajah.

Menggunakan jenama Luna Skin, Juara Anugerah Bintang Popular Berita Harian 32 ini melancarkan produk berkenaan dalam suasana meriah di sebuah hotel terkemuka di ibu kota, baru-baru ini.

Mira Filzah, ketika majlis pelancaran produk kecantikan keluarannya Luna Skin di sebuah hotekl terkemuka, baru-baru ini. Foto: NSTP/MOHAMAD SHAHRIL BADRI SAALI

Beliau yang mengenakan persalinan kasual rona emas berkata, impiannya untuk menghasilkan produk makanan kesihatan sudah lama dirancang, namun baharu penghujung tahun ini terlaksana dan berjaya diperkenalkan kepada umum.

“Mira sudah lama bercadang menghasilkan produk sebegini, tetapi kesibukan masa dengan jadual penggambaran yang sentiasa padat membuatkannya tertangguh dan baharu kini berpeluang berkongsi dengan orang ramai.

“Mira memilih nama Luna dan bukan Mira sebagai label atau jenama produk memandangkan Luna mudah disebut selain ia juga merujuk kepada bulan yang bersinar terang walaupun dalam kegelapan malam,” katanya ketika ditemui pada majlis pelancaran Luna Skin yang turut dimeriahkan dengan kehadiran ibu bapa dan ejen Luna Skin.

Mira Filzah (tengah) bersama model yang memperkenalkan produk kecantikan keluarannya, Luna Skin. Foto: NSTP/MOHAMAD SHAHRIL BADRI SAALI

Berkongsi kegembiraan mengenai produk makanan kesihatan itu, Mira menjelaskan beliau mempunyai pasukan kerja yang sangat membantu selain mentor yang sentiasa memberi tunjuk ajar setiap kali timbul persoalan mengenai produk yang ingin dihasilkan.

“Produk ini bukan produk kecantikan, tetapi produk makanan tambahan untuk kesihatan kerana Mira buat mengikut keperluan Mira yang boleh dikongsi dengan orang lain, baik wanita mahupun lelaki kerana semua orang memerlukan tenaga untuk bekerja.

“Ia diformulakan daripada kebaikan buah camu-camu dan camomile yang diketahui ramai banyak kebaikannya antara lain membuatkan kita dapat rehat yang cukup atau tidur lena apabila menggunakan camomile,” katanya ceria.

Mira Filzah bergambar bersama rakan-rakan yang hadir pada majlis pelancaran produk berkenaan. Foto: NSTP/MOHAMAD SHAHRIL BADRI SAALI

Camu-camu pula dipilih kerana ia adalah sejenis beri yang kaya antioksidan dan berfungsi mencerahkan kulit wajah serta berupaya melindungi kulit daripada radikal bebas yang ada di persekitaran kita.

Mira juga menjelaskan beliau menyerahkan kepada pihak yang pakar untuk membuat formula produk  dan antara yang diinginkan ialah membekalkan tenaga setelah seharian menjalani penggambaran.

“Mira lebih suka mencuba sendiri berbanding memberi orang lain mencubanya terlebih dahulu kerana jika ada yang bertanya mengenainya, Mira tahu untuk menerangkannya. Apabila kita sendiri tahu akan hasilnya, lebih mudah untuk kita berkongsi pengalaman berkenaan.

“Kalau ada yang bertanya kenapa tidak mengeluarkan tudung, ini kerana Mira sudah ada Ariani dan tidak terlintas pun mahu mengelarkan tudung. Lagipun Mira memerlukan satu produk yang boleh membekalkan tenaga serta pada masa sama menjaga kulit Mira,” katanya.

Luna Skin ditawarkan pada harga RM79 sekotak, berisi minuman dalam bentuk sachet yang perlu digunakan satu sachet pada waktu siang dan satu lagi pada waktu malam.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Sihat Thu, 30 Jan 2020
Featured Mon, 27 Apr 2020

KKM tingkat keupayaan makmal bagi lakukan 22,000 ujian pengesanan COVID-19

Saringan perlu dilakukan sehingga vaksin ditemui

Featured Fri, 20 Mar 2020
Sihat Wed, 27 Jun 2018

Bertemu Bidan Dan Pakar Obstetrik Seawal Kehamilan Bantu Ibu Elak Kelahiran Pramatang

Bersalin pramatang ditakrif sebagai proses melahirkan bayi sebelum usia kandungan 37 minggu.

Acara Wed, 26 Sep 2018
Featured Fri, 21 Dec 2018

Rahsia Kebaikan Herba-Herba Yang Mungkin Anda Tak Tahu!

Bukan saja membangkitkan aroma yang menyelerakan dan membuatkan hidangan lebih enak tetapi herba jugak baik untuk kesihatan.

Acara Thu, 21 Feb 2019

E1, Jual fesyen dalam lagu

Semalam Sahaja bawa penggemar muzik kembali ke zaman retro!

Featured Thu, 13 Jun 2019
error: Content is protected !!