Euforia Bola 2026
Hiburan By: SGMS Fas April 27, 2019 @ 8:54am

Mira Filzah Lebih Tertarik Lelaki Tua?

Pelakon Mira Filzah mengaku lebih tertarik dengan lelaki berusia berbanding sebaya.

Dalam masa sama, Mira atau Nur Amirah Filzah Badioezaman ketika ditemui XTRA  memaklumkan dia masih belum memiliki kekasih hati buat masa ini.

“ Saya lebih suka dengan lelaki berusia dan matang. Jujurnya saya memang berkawan dengan ramai individu yang lebih berumur daripada saya.

“ Apa yang lebih penting, dia harus memiliki didikan agama, stabil dan faham kerjaya saya sebagai seorang pelakon,” katanya ketika ditemui di majlis pertunjukan fesyen koleksi Ariani, baru-baru ini.

Pelakon berusia 26 tahun ini juga menafikan dengan kenyataan di atas, tidak bermaksud dia mempunyai hubungan istimewa dengan pelakon Remy Ishak.

“ Jangan salah faham, saya dengan Remy memang tiada apa-apa. Kami hanya berjumpa di set penggambaran hanya atas dasar kerja.

“ Minum kopi di luar berdua pun tidak pernah. Jadi saya harap tiada lagi soalan yang mengaitkan saya dengan Remy,” kata heroin Pujaan Hati Kanda ini.

Mira Filzah dan Remy Ishak selalu dikaitkan sedang bercinta malah rata-rata peminat berharap agar lakonan sebagai suami isteri dalam drama Pujaan Hati Kanda menjadi realiti satu hari nanti.

Sebelum itu juga, Mira sering dikatikan mempunyai hubungan mesra dengan pelakon dan pelawak Zizan Razak namun tiada sebarang pengesahan dari kedua-duanya berhubung gosip ke arah perkahwinan mereka itu.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Thu, 9 Mar 2023
Featured Thu, 16 Jan 2025
Fab Foodies! Wed, 27 Nov 2019

Edisi Terhad! Oreo Keluarkan Biskuit Sandwich Flavor Red Velvet Pula

Siapa fans Red Velvet dekat sini memang kena grab cepat!

Featured Wed, 9 Jul 2025
error: Content is protected !!