Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin January 23, 2026 @ 6:45am

MPO Buka Musim Baharu Dengan ‘Madu Tiga Live In Concert’ di DFP

Raikan pembukaan musim baharu Malaysian Philharmonic Orchestra (MPO) yang kini melangkah ke tahun ke-28 dengan kelainan istimewa menerusi tayangan filem komedi klasik Madu Tiga yang diiringi persembahan muzik secara langsung. Konsert bertemakan P. Ramlee’s Madu Tiga: Live In Concert ini akan berlangsung pada Jumaat, 23 Januari 2026 dan Sabtu, 24 Januari 2026, bermula jam 8.00 malam di Dewan Filharmonik PETRONAS (DFP), KLCC.

Menurut penganjur, tiket bagi persembahan pada 24 Januari 2026 semakin terhad. Justeru, satu lagi tarikh konsert telah ditambah pada 23 Januari 2026 bagi memenuhi permintaan penonton.

Ini merupakan kali kedua MPO mengiringi tayangan filem tempatan secara ‘live’. Sebelum ini, MPO pernah mempersembahkan muzik runut bunyi secara langsung untuk tayangan OlaBola pada 2017. MPO juga mempunyai pengalaman luas mengiringi beberapa filem Hollywood termasuk siri Harry Potter, La La Land (2024), Raiders of the Lost Ark (2019), Ratatouille (2016), Casablanca (2015), Home Alone (2014) dan Psycho (2010).

Madu Tiga cukup dikenali kerana satira komedinya yang tajam, diolah melalui pengarahan dan lakonan cemerlang ikon negara, Allahyarham Tan Sri P. Ramlee. Filem terbitan tahun 1964 oleh Malay Film Productions di bawah Shaw Brothers di Singapura itu turut meraih pengiktirafan apabila memenangi anugerah Filem Komedi Terbaik di Pesta Filem Asia di Taipei pada tahun sama. Selain P. Ramlee, karya ini turut menampilkan Dato’ Sarimah, Zahara Agus, Jah Haji Mahadi dan Ahmad Nisfu.

Jalan ceritanya berkisar tentang Jamil yang berkahwin untuk kali kedua dan ketiga, sebelum tercetus pelbagai kekecohan apabila ketiga-tiga isterinya saling mengenali dan akhirnya menuntut penjelasan daripada Jamil. Filem ini turut diserikan dengan rangkaian lagu malar segar nyanyian P. Ramlee dan Saloma seperti Pukul Tiga Pagi, Selamat Pengantin Baru, Gambus Jodoh dan Madu Tiga.

Bagi konsert ini, MPO akan dipimpin oleh konduktor Ahmad Muriz Che Rose. Persembahan ini menjanjikan pengalaman apresiasi muzik yang berbeza apabila penonton dapat menikmati karya klasik di skrin besar dalam suasana dewan konsert, sambil MPO menghidupkan runut bunyi serta muzik secara seiring dengan lakonan dan nyanyian dalam filem.

Inisiatif ini juga dilihat sebagai usaha MPO untuk menarik penonton baharu, khususnya golongan muda, selain mendekatkan jenama MPO kepada rakyat Malaysia melalui keupayaan dan versatiliti orkestranya.

Hayati semula pesona Madu Tiga dalam sebuah konsert unik bersama MPO, hanya di DFP.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Thu, 1 Sep 2022

[VIDEO] “Lamanya Tak Tengok Lakonan Dia” – Nasha Aziz Bakal Muncul Dalam Drama Terbaru?

Wow!!!Cantiknya Nasha dalam video ni. Tetap letups walaupun dah 50an.

Hiburan Wed, 24 Oct 2018

#MuzikMuzik33: Hamil Tidak Halang Semangat Liza Hanim Di Pentas Separuh Akhir

Lagu bertajuk Mimpi ciptaan Hafiz Hamidun, manakala lirik Fedtri Yahya ini bakal dipersembahkan di pentas separuh akhir MM 33 bermula 9 November sehingga 23 November ini. All The Best Kak Liza!

Featured Mon, 4 May 2026

Isu Gadis Ditik*m 61 Kali, Liyana Jasmay Tegur Golongan Lelaki Tinggal Komen Kasar

Liyana Jasmay kesal dengan sikap segelintir lelaki yang meninggalkan komen kasar dan tidak sensitif berhubung kes tragis melibatkan kematian seorang gadis baru-baru ini.

Trending Wed, 22 Nov 2017

Berjaya Genggam PhD Pada Usia 72 Tahun

Kata pepatah, biar cari ilmu hingga ke tembok China! sama seperti warga emas ini , sanggup sambung belajar dan mengenggam PHD pada usia 72 tahun

Featured Wed, 19 Mar 2025

Ameera Khan Mengaku Kerap Call Jefri Nichol, Netizen Tampil ‘BackUp’ : “Itu Perkara Normal Bagi Orang Bercinta”

Menerusi sepotong video tular di TikTok, Ameera kelihatan tidak lekang memegang telefon bimbitnya.

Hiburan Mon, 1 Oct 2018
Events Thu, 23 Nov 2023

Neelofa Mengaku Tertekan, Konflik Negara Bergolak Punca ‘Supply’ Susu Badan Terganggu 

Golongan wanita memang tak boleh rasa pressure. Confirm kacau semua benda.😥

error: Content is protected !!