Hiburan By: Salma Syahbuddin November 28, 2017 @ 9:04am

ADAKAH HASHTAG FATTZURA ITU SATU DOA?

Akhirnya ternoktah lah sudah segala persoalan mengenai hubungan Fazura dan Fattah Amin apabila pihak pengurusan Universal Music telah berkongsi berita gembira bahawa, pasangan ini telah selamat diijabkabulkan semalam dalam upacara tertutup. Wow! akhirnya bersatu jugak Fattzura ni kan? lepasni, takdelah peminat sakit kepala fikir pasal hubungan diorang.

Persoalan adakah hashtag Fattzura ini merupakan satu doa buat kedua-dua pasangan ini sehingga mereka berjaya disatukan? Mungkin ini adalah jodoh namanya ya.

Difahamkan, hanya dengan sekali lafaz pelakon, penyanyi dan usahawan Nur Fazura 34, telah sah menjadi isteri kepada Fattah Amin 27. Majlis pernikahan itu telah berlangsung disalah sebuah hotel terkemuka tanah air.

Gambar ketika majlis pertunangan Fazura dan Fattah Amin

KENAPA BUAT SECARA TERTUTUP?

Mungkin, pernikahan ini dilakukan secara tertutup adalah untuk menghormati keluarga kedua belah pihak. Seperti yang dikatakan oleh Fattah semasa sidang media pada 23 November yang lepas.

“…Tapi kat sini, saya sekali lagi nak tekankan, diatas permintaan keluarga kami jugak, kami minta, sedikit ruang privasi untuk saya, Fazura dan keluarga kami untuk diberi ruang privasi untuk kami adakan majlis pernikahan secara tertutup. Ini adalah permintaan keluarga kami sendiri. Dan, Insha allah resepsi nanti memang kita akan ajak semua media… “

Namun Fattah turut menjelaskan, terdapat 2 majlis resepsi yang akan dijalankan nanti. Dan, majlis tersebut akan dihadiri oleh keluarga dan satu majlis resepsi lagi akan diadakan khas untuk peminat-peminat dan rakan media yang lain.

Kebahagian jelas terpancar diwajah Fazura semasa majlis pertunangannya

So, kepada semua peminat dan juga haters Fattah dan Fazura jangan cepat melatah ye, majlis untuk korang memang ada, jadi biarlah kita hormat keputusan pengantin dulu. Lagipun, ini kan majlis mereka. 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Wed, 2 Aug 2023

Suami Nabila Huda Benci Karakter Ramlah, Minta Buang Sebelum Masuk Rumah – “Dia Tak Selesa Dengan Saya…”

Uish sampai macam tu sekali terbawa-bawa.. Bukan senang jadi pelakon ni kan

Hiburan Wed, 23 Jan 2019

Farah Nabilah Bongkar Rahsia Miliki Kulit Cantik Dengan Peminat

Kalau tidak terikat dengan komitmen seni atau perlu berlawa dengan menghadiri acara, saya juga selesa membiarkan wajah polos tanpa secalit mekap…

FESYEN Fri, 4 Oct 2019
Hiburan Thu, 26 Jul 2018

Tahniah! Comelnya Baby Keempat Pasangan Pelakon Ini

Kata pelakon dan pengusaha hotel butik, Fauzi Nawawi, Lisdawati sepatutnya melahirkan pada 20 Julai lalu tetapi terlewat beberapa hari.

Featured Wed, 10 Nov 2021

Gara-Gara Siakap Kayangan, DSV Tawar Mahu ‘Belanja’ Semua Bil Mangsa

Wah, DSV belanja ikan siakap kayangan gaisss…

Hiburan Thu, 13 Dec 2018
Hiburan Fri, 18 Oct 2019

FS合体蔡恩雨自组「SPF」新组合!打造属于三人的小时光

FS和蔡恩雨合作过数次,这次带来的这首《小时光》是否就代表着他们三位的小时光呢?是还是互相吐槽的友谊呢?