Hiburan By: Del14 September 26, 2019 @ 12:18pm

ABPBH, Majlis Anugerah Hiburan Paling Lama Di Malaysia Capai Hampir 6 Juta Penonton!

Majlis berprestij Anugerah Bintang Popular BH 32 (ABPBH 32) yang berlangsung pada 22 September lalu di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) berjaya mencecah 5.8 juta penonton! Sumber dari Nielsen Audience Measurement merekodkan rancangan ini berjaya mendapat 47.5% syer penonton menandingi syer penonton bagi rancangan-rancangan lain yang disiarkan pada waktu yang sama.

Sorakan peminat menggegarkan dewan PICC apabila Mira Filzah atau nama sebenarnya Nur Amirah Filzah Binti Badioezaman dinobatkan sebagai pemenang Anugerah Bintang Paling Popular dengan lebih dari 6 juta undian daripada peminat-peminat pelakon Sweet Dreams ini seterusnya melayakkan Mira membawa pulang trofi dan hadiah utama, kereta Nissan X-Trail 2.0 L Hybrid bernilai RM160,000 sumbangan Edaran Tan Chong Motor Sdn Bhd (ETCM). 

Terdapat 15 kategori utama bagi ABPBH 32 tahun ini termasuk dua kategori baharu, Artis Korea Popular dan Artis Indonesia Popular dan 5 kategori online. 

Berikut adalah senarai pemenang bagi setiap kategori yang dipertandingkan di ABPBH 32:

Kategori Utama

Bintang Paling Popular: Mira Filzah

Artis Baharu Lelaki Popular: Adam Lee

Artis Baharu Wanita Popular: Haneesya Hanee

Pelakon TV Lelaki Popular Alha Alfa: Syafiq Kyle

Pelakon TV Wanita Popular Alha Alfa: Mira Filzah

Pelakon Filem Lelaki Popular: Fattah Amin

Pelakon Filem Wanita Popular: Mira Filzah

Penyanyi Lelaki Popular DuitNow: Khai Bahar

Penyanyi Wanita Popular DuitNow: Siti Nordiana

Artis Kolaborasi / Duo / Berkumpulan Popular: Dayang Nurfaizah & Hael Husaini

Artis Komedi Popular: Zizan Razak

Artis Versatil Popular: Janna Nick

Pengacara TV Popular: Siti Nordiana

Penyampai Radio Popular: DJ Lin (Suria FM)

Artis Indonesia Popular: Laudya Cynthia Bella

Artis Korea Popular: BTS

Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat: Raihan

 

Kategori Online

Gandingan Serasi Drama Popular: Remy Ishak & Mira Filzah (Pujaan Hati Kanda)

Gandingan Serasi Filem Popular: Syafiq Kyle & Hannah Delisha (Langsuir)

Pelakon Watak Antagonis Popular: Shukri Yahaya

Artis Sensasi Popular: Haqiem Rusli

Lagu Paling Boom: Selamat Tinggal Sayang (Haqiem Rusli)

 

Tahun ini, Alha Alfa Cosmetics menjadi penaja utama dan DuitNow sebagai penaja bersama bagi ABPBH 32.  ABPBH 32 juga mendapat sokongan rakan-rakan rasmi, Stesen Televisyen Malaysia Berhad (TV3) sebagai Penyiar Televisyen Rasmi, Kool FM & Hot FM sebagai Stesen Radio Rasmi, tonton sebagai Platform Digital Rasmi, Hijab & Heels sebagai Media Digital Rasmi dan Apa Kes? sebagai Kapsul Hiburan Rasmi. 

Kepada peminat-peminat yang ‘terlepas’ siaran ABPBH 32 tahun ini, bolehlah menyaksikan persembahan-persembahan mantap malam itu yang telah dimuat naik di YouTube TV3Malaysia, TV9Malaysia dan di portal video tonton, www.tonton.com.my.

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Sun, 19 Jan 2020

Tak Biasa Naik Komuter, Nia Ramadhani Mengadu Kepanasan

Naik kenderaan awam tapi baju meletops!

Hiburan Mon, 20 Nov 2017

王源《蒙面》飆唱林宥嘉神曲!「三段高音」全场尖叫

中国人气团体TFBOYS由3个平均年龄17岁的少年组成,日前其一成员王源参加《蒙面唱将猜猜猜》,演唱林宥嘉的经典神曲。会参加这个节目,他进而透露了其中的原因,“现在可能我的人气盖过了我的歌声”,因此想戴上面具最直接地用声音来明白他的歌唱实力。

Events Wed, 3 Aug 2022

Kembali Selepas 6 Tahun Sepi, Penganjur Harap Syarat Pencalonan Tak Jadi Sebab AIM 23 Kurang Dapat Sambutan Penggiat Industri

Wowwww! Akhirnya anugerah berprestij ini kembali. Tunggu bulan 9 ya semua!! 🤩🤩

Hiburan Wed, 24 Oct 2018

「Anugerah Skrin 2018颁奖典礼」新增电视剧类中文奖项

第三电视第22届「Anugerah Skrin 2018颁奖典礼」将于11月2日盛大举行!为了进一步推广本地影视圈发展,让颁奖典礼更添多元性,该颁奖典礼特新增3大电视剧类奖项,同时也是首次增设中文电视剧类奖项!

Hiburan Tue, 14 Jan 2020
Featured Wed, 28 Dec 2022
Hiburan Tue, 18 Sep 2018

Satu Penghinaan Bila Dipanggil Retis? Ini Jawapan Win Adibah Noor

Teguran bukan untuk memalukan, tetapi untuk mendidik!

Hiburan Fri, 29 Apr 2022

“Lain Macam Cara Kau Bergurau Dik..” – Bandingkan Perut Dengan Perdana Menteri, Kanak-Kanak Ini Berjaya Mencuit Hati Netizen

Min pasti dik, kau akan terkenal nanti. satu Malaysia akan kenal kau dik 🤣🤣🤣