Trending By: Del14 December 9, 2019 @ 5:33pm

CEO Finas Diberi Tekanan Untuk Berhenti?

“Memang betul CEO minta tamatkan kontrak awal, tetapi selepas beliau ditekan daripada pihak tertentu untuk berhenti,” dedah sumber daripada Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS).

Pendedahan daripada sumber itu selepas Finas mengeluarkan satu kenyataan media mengenai tindakan penamatan kontrak perkhidmatan oleh Ketua Pegawai Operasi (CEO) Finas, Ahmad Idham Nadzri, pada 10 Mac 2020, hari ini.

Ahmad Idham diumumkan menggalas jawatan CEO Finas pada 10 Mac lalu dan sepatutnya tamat kontrak pada 10 Mac 2021.

 

Menurut sumber sama, sidang media yang bakal diadakan bermula jam 2 petang esok oleh beberapa wakil persatuan antaranya Profima dan Seniman adalah untuk mendesak Menteri Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) memperincikan semula keputusan CEO yang disifatkan tidak adil.

“Buat pertama kali dalam sejarah industri hiburan tempatan, hampir semua persatuan hiburan mahu ‘mendesak’ menteri mendengar suara mereka.

“Mereka mahu menteri mendengar suara industri, bukan dari pihak ketiga yang pastinya mempunyai agenda tersendiri.

“Kenapa menteri tidak selidik betul-betul sebelum bersetuju dengan keputusan menurunkan CEO?

“Selama CEO berada di kerusi panas itu, telah banyak perubahan positif yang berlaku dalam tempoh tiga bulan,” kata sumber.

Malah dalam tempoh itu, kebanyakan anak seni berpuas hati dengan gerak kerja CEO yang mengambil kira kebajikan artis dan industri hiburan tempatan.

Menurut sumber itu lagi, dakwaan mengatakan CEO tidak ‘perform’ adalah alasan remeh tanpa bukti yang kukuh.

Sumber turut mendakwa, wujud pihak tertentu telah memanipulasi pemikiran menteri selain melakukan provokasi untuk mengeluarkan CEO dari kedudukan itu.

Oleh: Guy Masaki.

Sumber Foto: IG Ahmad Idham Nazri.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 7 Sep 2022
Events Fri, 11 Feb 2022
Featured Fri, 18 May 2018

Nazim Othman, Bella Dally Umum Penceraian Pada Ramadan Pertama

Pasangan pelakon Nazim Othman dan Bella Dally sah bercerai dan membuat pengumuman itu di saat umat Islam sedang menyambut Ramadan pertama.

Featured Tue, 28 Feb 2023
Hiburan Wed, 11 Oct 2023

“Korang Ingat Tak Berjuta Ke Bapa Aku Invest Dekat Dia?” – Adik Lelaki Tampil Perjelas Isu Rumah Nak Dijual, Shila Amzah Bengang Kena ‘Mute’

Alamak makin panas isu jual rumah ni.. Semoga perkara ni boleh selesaikan dengan cara baik sesama adik beradik

Hiburan Tue, 18 Apr 2023
Featured Thu, 2 Nov 2023

15 Tahun Menghilang, Waheeda Wassini Bakal Buat ‘Comeback’

Penyanyi dengan vokal terbai? Wah, agak-agak dengan siapa Waheeda bakal berkolaborasi tu?🤗