Hiburan By: Del14 December 31, 2019 @ 7:20pm

“Saya Lebih Suka Berterus Terang…” – Ruhainies

Pelakon jelita, Ruhainies atau nama penuhnya Nur Ruhainies Farehah Zainul Ilyas bersyukur kerana masih mendapat tawaran lakonan walaupun sejak akhir-akhir ini kisah cintanya  dengan seorang ahli perniagaan yang digelar ‘Mr. E’ sering di beri perhatian berbanding kerjaya lakonannya. 

Menurut Ruhainies, kisah cintanya lebih menjadi perhatian umum berbanding dengan progres kerjayanya kerana sering diajukan soalan yang sama dan dia lebih gemar berterus-terang dan tidak berselindung tentang statusnya. 

Baca: Ruhainies Bimbang Teman Lelaki Kena Sailang?

Baca: Ruhainies Kena Kutuk, Kongsi Kisah Kekasih Beli Anggur Mahal!

“Saya sebenarnya tidak berniat untuk mencanang kisah cinta berbanding perkembangan kerjaya seni.  Namun, perkara itu (kisah cinta) yang menjadi perhatian dan saya sering ditanyakan persoalan yang sama. 

“Sebagai selebriti, saya sekadar berkongsi apa yang dirasakan patut, memandangkan saya lebih selesa berterus terang,” katanya kepada Harian Metro. 

Apabila ditanya tentang azam tahun barunya, pelakon yang popular melalui drama Hello, Mr Perfect! itu berkata dia akan lebih sibuk di lokasi penggambaran kerana mempunyai beberapa projek baru dan juga dia berharap perniagaan kafenya iaitu Bites Dessert yang memulakan operasi Oktober lalu, akan lebih sukses pada tahun 2020. 

“Rezeki saya dalam kerjaya seni masih tidak putus dan terbabit dalam beberapa projek lakonan.  Sekarang, saya sibuk dengan penggambaran drama, Maaf Tak Indah untuk slot Samarinda di TV3. 

“Kemudian saya akan ke set penggambaran filem berjudul Seandainya Kau Ada terbitan Zeel Production pula,” katanya lagi.

Walaupun bersyukur dengan perjalanan kerjaya lakonannya yang makin bersinar sejak 2015, harapan Ruhainies agar diberi peluang untuk melakonkan watak yang lebih mencabar seperti watak berat dan aksi mulai tahun 2020 ini. 

 Kredit Foto: Instagram @ruhainies7  

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 7 Jun 2023
Cahaya Mata Wed, 21 Dec 2022

“Macam Nampak Baby Bump” – Netizen Dakwa Isteri Sedang Hamil, Ini Jawapan Zaki Azeman

Pelakon Zaki Azeman tular di media sosial apabila dia dan isteri, Raa Suzuran melakukan trend tarian di TikTok. @zakiazeman94 Hi @AdamLee @Sweet Qismina ♬ 原聲 – ABCandE Menerusi hantaran yang dikongsikan oleh Zaki, dia dan […]

Hiburan Mon, 30 Apr 2018

Alicia Amin Tunjuk F**k Tak Dapat Arak Di KLIA?

Ini bukanlah kali pertama Alicia Amin mempersoalkan perkara sebegini. Alicia memutuskan untuk bersikap lebih terbuka dan tidak mahu menjadi gadis kolot.

Hiburan Mon, 8 Oct 2018

Anak Pelawak Chot Meninggal Dunia Akibat Masalah Jantung

Difahamkan, bayi sulung Chot mengalami masalah injap jantung terbalik yang menyebabkan darah kurang masuk ke paru-paru. Al- Fatihah…

Featured Tue, 18 Oct 2022

[VIDEO] “Tu Mata Kail Ke?” – Netizen Persoal Bunga Isme Tindik Hidung Dalam Universiti?

Ada netizen tanya boleh sangkut kunci ke kat subang hidung Bunga tu 😭😭

Hiburan Thu, 4 Apr 2024

“One Day Ruhainies Akan Rasa Apa Yang Saya Rasa” – Bella Astillah

Kifarah Allah itu pasti.. jadi berbuat baiklah

TECH Wed, 15 Aug 2018

5 Surprising Jobs Which Uses a LOT of WD-40

Who would have known these people needed the handy lubricant too?