Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin August 10, 2023 @ 3:27pm

“Tak Ada Istilah Tak Puas Enjoy Hidup Single & Berimej Seksi” – Fify Azmi Enggan Buka Aib, Anggap Perpisahan Dengan Nafiez Zaidi Sebagai Takdir

Pelakon Fify Azmi tampil memberikan respons berkenaan status hubungannya bersama pelakon Nafiez Zaidi selepas aktor itu memaklumkan dia berasa kecewa apabila hasrat untuk mendirikan rumah tangga tidak kesampaian.

Menurut Fify atau nama penuhnya, Nur Afiqah Mohamed Azmi, 33, dia tidak mahu menyalahkan mana-mana pihak terhadap perpisahan yang berlaku sebaliknya percaya terhadap ketentuan Tuhan.

“Buat masa sekarang, lebih baik saya ‘move on’ dan fokus pada kerjaya sahaja.

“Sejujurnya saya bukan individu yang suka-suka nak putuskan hubungan, semuanya bersebab namun saya tidak sesekali nak buka aib mana-mana pihak walaupun tak jadi kahwin,” katanya.

Mengulas lanjut mengenai kenyataan Nafiez yang mendakwa Fify menangguhkan perkahwinan sebelum hubungan mereka putus, aktres itu bagaimanapun lebih selesa untuk mengunci mulut.

“Biarlah orang nak cakap apa pun, yang tahu mengenai kebenarannya adalah saya dan dia sahaja. Tambah pula saya bukan jenis suka canang kisah peribadi pada orang ramai.

“Saya serius mengenai perkahwinan dan tak mahu mendirikan rumah tangga semata-mata untuk bertukar status sedangkan tanggungjawab yang menanti sangat besar,” jelasnya.

Meskipun tidak mahu mendedahkan punca sebenar kenapa hubungannya bersama Nafiez terlerai, Fify bagaimanapun menegaskan, tiada istilah yang mengatakan dia tidak puas ‘enjoy’ untuk hidup solo dan dakwaan imej seksi yang dibawanya sebelum ini sebagai faktor utama perpisahan berlaku.

“Tiada istilah saya tidak puas ‘enjoy’ hidup solo atau berkait dengan imej seksi dan sebagainya,” ujarnya.

Dalam pada itu, Fify mengaku walaupun hubungannya kini hanyalah sekadar kawan, namun dia tetap mendoakan kebahagiaan Nafiez.

“Walaupun kami sudah putus, kami tetap berkawan baik.

“Dan saya mendoakan kebahagiaan yang diimpikannya. Kalau dia bertemu jodoh denganorang lain saya tumpang bahagia,” katanya.

Terdahulu, pada Jun 2022 pasangan ini mengejutkan ramai pihak apabila keluarga Nafiez datang merisik di kediaman Fify di Subang Jaya, Selangor.

 

Sumber: Kosmo

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Wed, 30 Jan 2019
Eat Travel Thu, 11 Jun 2020
Hiburan Fri, 28 Mar 2025
Featured Wed, 10 Aug 2022
Hiburan Wed, 15 Nov 2023
Featured Thu, 2 Dec 2021

Umur 18 Tahun Kini Layak Mengundi, Pendaftaran Automatik Pengundi 18 Tahun Ke Atas Dilaksana 15 Disember

Penguatkuasaan pendaftaran automatik bagi pengundi berumur 18 tahun ke atas akan diwartakan bermula 15 Disember ini. Perkara ini disiarkan oleh Jabatan Peguam Negara menerusi Warta Kerajaan Persekutuan bertarikh 1 Disember yang turut mengandungi nama Setiausaha […]

Hiburan Sun, 31 Aug 2025

Kerjaya Sebagai Hos Semakin Rancak, Haidar Hasanudin Tak Lupa Bidang Lakonan

Semakin selesa dengan bidang pengacaraan, Haidar Hasanudin takkan lupa kerjaya lakonan.

Hiburan Thu, 1 Aug 2019

Jom Tengok Episod Khas Alif & Sofia Sempena Aidiladha Bermula 5-11 Ogos Ini!

Ikuti perkembangan Alif & Sofia di laman Instagram @alif.sofia dan Facebook di www.facebook.com/AlifDanSofia atau melalui #AlifSofia di semua platform sosial.

error: Content is protected !!