Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi March 28, 2025 @ 7:15pm

[VIDEO] Shuib Terkedu Dengar Soalan Matin, Luah Rasa Kehilangan Arwah Siti Sarah – “Kenapa Sekarang Tak Best Macam Dulu?”

Pelawak dan usahawan terkenal, Shuib, berkongsi momen menyentuh hati apabila anak ketiganya, Ariq Matin, 9, secara tiba-tiba meluahkan rasa kehilangan terhadap arwah ibunya, penyanyi Siti Sarah.

Dalam satu hantaran di Instagram Story (IGs), Shuib atau nama sebenarnya Shahmira Muhammad, menceritakan bagaimana anaknya mengungkapkan perasaan itu sebaik sahaja mereka selesai menggunting rambut di sebuah kedai.

“Lepas potong rambut, turun guna eskalator, tiba-tiba Matin tanya, ‘Daddy, kenapa sekarang kita rasa tak seronok?’

“Dia kata sekarang seronok, tapi tak seseronok dulu waktu ada ibu. Dulu masa ada ibu, ibu marah pun best,” kongsi Shuib.

Luahan itu membuatkan Shuib tergamam, malah mengakui dirinya sendiri tidak tahu bagaimana mahu menjawab soalan itu.

“Kadang-kadang bila anak tanya soalan macam tu, kita sendiri tak ada jawapan. Cuba nak tenangkan diri, tapi nampaknya tak boleh sebab soalan Matin betul-betul menusuk kalbu.

“Betul, sekarang dia ada Mummy (Watie Hanifiah), tapi kasih seorang ibu kandung itu tetap berbeza. Hubungan mak dengan anak memang luar biasa,” ujarnya lagi dengan nada sebak.

Sebagai rekod, Shuib mendirikan rumah tangga bersama Watie Hanifiah pada 23 Jun 2023.

Sebelum itu, Shuib pernah berkahwin dengan Allahyarham Siti Sarah pada 2011, namun penyanyi itu meninggal dunia pada 9 Ogos 2021 akibat jangkitan Covid-19.

Hasil perkahwinan bersama Siti Sarah, mereka dikurniakan empat cahaya mata iaitu Uwais Alqarni, Dzahira Talita Zahra, Ariq Matin, dan Ayash Affan.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Sat, 19 Mar 2022

Hadiah Buat Peminat, Fazura Teruja Bakal Kembali Berlakon Drama Bersiri Konsep Islamik!

Wah, berita baik untuk semua peminat yang merindui Fazura beraksi di kaca televisyen 🤩🤩 Semoga dipermudahkan! 😘

Hiburan Fri, 4 May 2018

Selamat Pengantin Baru Azrinaz!

“Saya juga mahu hidup berpasangan seperti kalian semua lengkap melengkapi dalam meniti hari tua,” tulisnya…

Featured Fri, 17 Oct 2025

“Tak Ada Manusia Nak Kahwin Dan Lalui Perceraian”- Azza Elite Kongsi Cerita Sebaik Bercerai

Pelakon dan juga anggota Kumpulan Elite, Azza meluahkan rasa sebak apabila mengetahui mengenai perceraian rakan artis baru-baru ini.

Hiburan Thu, 28 Jul 2022

Terpalit Kes Rogol Remaja Bawah Umur, Ustaz Kazim Elias Terkilan

Pulak dah, tak pasal-pasal nama Ustaz Kazim tercemar sama. Berpada-pada gais sebelum ‘menembak’ tuu..

Hiburan Fri, 17 Feb 2023
error: Content is protected !!