Hiburan By: SGMS Faida February 6, 2019 @ 9:33am

Pengasas Hausboom Tampil Mohon Maaf Dengan Syed Saddiq Tapi…

Susulan berita mengenai pemilik jenama air Hausboom, Azri Zahier Azmi yang kecewa dengan layanan Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, beliau tampil membuat permohonan maaf secara terbuka.

Dalam satu kenyataan di Facebooknya, Azri memohon maaf atas kekasaran bahasanya menerusi sebuah posting sebelumnya.

Akui Azri, isu ini bukan melibatkan isu ‘menteri tak tolong’ tetapi mengenai janji dan harapan yang diberi. 

“ Hanya usahawan sebenar paham kekecewaan aku dan team aku rasa. Kami usaha bertahun-tahun balik lewat, tinggal anak bini, ikat perut, pinjam duit orang, bergolok bergadai demi membangunkan bisnes. 

“ Wallahi. Bukan sebab nilai sponsor tu. Demi Allah. Siapa yang pergi event-event aku tahu yang kami suka bagi free je. Setahun bajet kami ratusan ribu botol utk diberi percuma. 

“ Ia juga bukan isu “menteri tak tolong” kami. Wallahi kami tak kisah pun. Kami tahu bisnes ini lain permainannya. Tak perlukan surat-surat sokongan pun. Ini bisnes consumer. Pengguna. Rakyat marhaen,” katanya.

Tambah Azri, isunya kini adalah janji dan harapan yang diberi.

“Bukan kepada aku seorang, ada banyak lagi yang diberikan janji sama. Cuma mereka memilih untuk berdiam diri dan telan sahaja butir pasir yang disuapkan. Sebab kita rakyat marhaen. 

“ 4 bulan. EMPAT BULAN. 120 hari. SERATUS DUA PULUH HARI. Itu masa yang diberikan untuk YB Menteri respon. Aku dah guna semua saluran MENGINGATKAN janji tidak tertunai itu. Sebab itu, Syed Saddiq TAK SENTUH LANGSUNG bab ini. 

“ Termasuklah aku hantar surat rasmi beserta invoice. Pada aku, kalau tak boleh kotakan janji pun takpe la. Bayar sahaja kos sponsor tu. Bukan banyak mana pun kepada sebuah kementerian; RM192 sahaja. Tapi besar NILAINYA kepada usahawan muda macam kami.

“ Pun tidak dilayan juga. Pada 16 January, pegawai KBS hantar gambar YB dengan produk aku. Itu sahaja. Tidak seperti yang dijanjikan. Pegawai sendiri beritahu, gambar itu BARU DITANGKAP SETELAH DIPUSH oleh beberapa pegawai lain sebab PEMILIK-PEMILIK PRODUK YANG LAIN SUDAH BISING,” katanya.

Akui Azri, apa yang membuatnya terpanggil untuk menaikkan isu ini apabila YB Syed Saddiq memasarkan sebuah produk atas inisiatif yang sama.

“ Setiap minggu dia buat macam ni. Eh??? After 4 months, u claimed u have been doing this every week?? Aku baca komen, RAMAI yang nak hantar produk untuk tujuan sama. 

“ Jadi, aku berasa bertanggungjawab untuk berkata benar walaupun pahit. Ramai je usahawan mengucapkan terima kasih sebab jadi wakil meluahkan isi hati semua. Tapi takpe la. Nasi dah jadi bubur,” katanya.

Sementara itu, Azri turut memohon maaf atas kekasaran bahasa yang digunakan dalam posting sebelum ini.

“ Saya mengaku salah aku menggunakan bahasa yang kasar. Bak kata Chef Wan; dirasuk syaitan. BUT I MANAGED TO SEND HIM AND HIS POLITICAL TEAM A VERY, VERY, VERY CLEAR MESSAGE. Usahawan bukan golongan untuk ditabur janji yang tidak akan dipenuhi. 

“ Media sosial ADALAH SALURAN YANG TEPAT untuk mendapatkan respon ahli politik. 

“ Apa pun YB Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, saya sejujurnya memohon maaf ATAS KEKASARAN BAHASA saya,” katanya yang turut memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia.

Semalam, Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman melahirkan rasa kecewa dengan tuduhan berkenaan yang mendakwa telah ‘ditipu’ kementeriannya.

Beliau berkata niatnya hanyalah untuk membantu produk usahawan tempatan agar dapat memasuki rangkaian kedai serbaneka 7-Eleven, namun sebaliknya beliau pula dicaci.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Tue, 21 Aug 2018

AMOi-AMOi被封「最衰女团」黄明志送橘子破魔咒

大马女团AMOi-AMOi自出道就被冠上「最衰女团」称号,日前终于带着首张同名迷你专辑,顺利举办了马来西亚发片记者会;制作人黄明志到场送上橘子树,一解「橘子魔咒」并要她们继续努力。

Hiburan Sun, 16 Jun 2019

‘Saya Ada Jemput Dia’- Awi Rafael Bakal Bekerjasama Dengan Bekas Tunang

“Saya sudah lama menerima hakikat bahawa mungkin kami ditakdirkan lebih serasi sebagai sahabat”.

Hiburan Mon, 20 Nov 2023

[VIDEO] Maria Farida Bukan Punca Pergaduhan Dengan Ibu, Anak Nourul Depp Jelaskan Isu Sebenar

Ayu dengan ibunya pun dah berbaik.. Korang doakan yang baik-baik ok!

Hiburan Tue, 21 Nov 2017

Jasper、嗯哼都痛到哭了!《爸爸5》未播画面被骂翻

近期非常火红的《爸爸去哪儿5》前阵子到中国甘肃省拍摄,小小春(Jasper)和嗯哼与当地小朋友进行拔河喝牛奶比赛。节目组发放了未播花絮,引来观众一阵争议。