Drama By: Syafiqa Irdina February 17, 2020 @ 1:07pm

“Banyak Pengajaran, Plot Twist Paling Berkesan” – Netizen Puji Telefilem Peninggalan Arwah!

Sedih dan geram!

Itulah perasaan yang dapat digambarkan ketika menonton telefilem ini. Siapa yang masih belum tengok telefilem ini, Xtra jamin korang akan berasa sedih dan geram.

‘Peninggalan Arwah’ yang telah ditayangkan pada 15 Februari di Slot Cerekarama TV3 lalu, menampilkan lakonan Arash Mohd, Qistina Raisah, Syed Ali Murtadha, Syed Irfan, Fazlina Ahmad Daud, Azzahra Ahmad, Ku Fridah, Aleza Shadan, Izzue Islam dan Nafiez Zaidi.

Sebuah telefilem Along Kamaruddin terbitan SR One Sdn Bhd ini dikatakan banyak memberi pengajaran buat ibu bapa supaya tidak membezakan dan membenci anak-anak, kerana mereka juga yang bakal menjaga ketika sudah tua. 

Peninggalan Arwah mengisahkan tentang dua beradik, iaitu Fatihah dan Faris yang tidak disukai oleh ayah kandung mereka. Sejak kematian ibu mereka iaitu Farah, ayah mereka iaitu Azrul langsung tidak mengambil peduli tentang anak-anaknya selepas berkahwin dengan Liyana. Kekayaan Azrul hari ini adalah kerana hasil peninggalan arwah isterinya yang berpendidikan tinggi dan mempunyai perniagaan sendiri. Mengikut hukum yang telah ditetapkan, Azrul tidak amanah kerana dia menikmati kemewahan itu sendiri.

Azrul sehingga menganggap isteri pertamanya, Farah curang dengannya. Di rumah Azrul, Fatihah dan Faris selalu diseksa oleh ibu tiri mereka. Apabila Faris dan Fatihah besar, Azrul dan isterinya mendapat balasan sendiri.

 

 

 

 

Rata-rata netizen meninggalkan reaksi mereka tentang plot twist telefilem ini di laman Twitter dan Youtube TV3.
 

“Ending cerita sangat sedih”

 

 

Sumber: Twitter

“Plot Twist Unexpected

Sumber: Twitter

 

“Muka Faris Besar Lain”

Sumber: Twitter

 

“Buat Baik Dibalas Baik, Buat Jahat Dibalas Jahat”

 
Sumber: Youtube TV3
 

Pelbagai reaksi yang telah diberikan netizen berkenaan telefilem ini bukan? Apa-apapun, cerekarama yang menyentuh isu kekeluargaan ini nampaknya berjaya meruntun hati penonton. Buat yang terlepas menonton telefilem Peninggalan Arwah, korang boleh saksikan video di bawah ini:

 

Sumber: Youtube TV3

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Events Tue, 27 Aug 2019

Sanitary Pad Meets Fashion: KOTEX® Batik Collection Stole the Show at KL Fashion Week

Kotex® empowers female artisans from Batik Boutique and up-and-coming designer, Seza Zulkeple, to bring collection to life at KLFW

Hiburan Mon, 13 Nov 2017

WEDDING DRESS YUNA?

Beberapa hari lepas penyanyi tinggi lampai yang selalu mencipta fenomena ini telah memuat naik status di twitter nya sebagai “baru sahaja membeli fabrik untuk baju perkahwinan saya.”

Hiburan Thu, 19 Dec 2019

Hanya Mampu Berdoa, Saharul Ridzwan Harap…

Untungnya dapat suami yang memahami…

Events Thu, 16 Aug 2018

2018 Asian Games Torch Lights Up Jakarta Stop

The ceremony was very bright and colourful too.

Featured Thu, 1 Jun 2023