Hiburan By: SGMS Faida January 23, 2020 @ 12:00pm

Bob Lokman Masuk Hospital, Kali Ini Sakit Lebih Serius

Komposer dan pelawak terkenal, Bob Lokman ditahan di hospital akibat masalah buah pinggang.

Berita ini dimaklumkan Dr Riduan Mohamad Nor di Facebooknya memaklumkan Bob tiba-tiba lemah dan dibawa ke Hospital UITM, Sg Buloh.

“Jasadnya sangat lemah dan dibawa ke Hospital UiTM, Sungai Buloh oleh kawan-kawan pejabat MB Terengganu.

“Menteri Besar Terengganu pernah menaja penginapan bilik hotel kepada Bob selama sebulan di Terengganu untuk membantu Bob berdakwah.

“Kali ini sakitnya agak serius, kakinya membengkak kehitaman, kesan daripada masalah buah pinggang. Setiap kali melawat, dia mengerang dengan guratan wajah berkerut kesakitan. Paru-paru dan jantung yang bermasalah, kini ditambah dengan masalah buah pinggang,” tulisnya.

Menurutnya lagi, berita berkenaan keuzuran Bob tersebar di media sosial dan sehingga kini ramai rakan datang melawat.

“Sakit atau sihat Bob tetap menjadi perhatian masyarakat, teman-teman aktivis terus menziarahi Bob,” katanya.

Terdahulu, Bob atau nama sebenarnya Mohd Hakim Lokman pernah dimasukkan ke hospital sama pada 2015 dan kali terakhir pada Januari 2018 akibat masalah jantung.

Menurut Dr Riduan lagi, Bob mengalami masalah kewangan dan memerlukan bantuan daripada mana-mana pihak yang prihatin.

“Semenjak Bob jatuh sakit, aktivitinya terhenti dan ini sedikit sebanyak kondisi ekonomi juga terjejas.

“Isteri Bob tidak bekerja, tanggungannya ramai dan saya terkenangkan Bob yang turut dikerah ke mana saja untuk berceramah jika jasadnya sihat. Saya merayu teman-teman aktivis untuk menjenguk Bob dan membantu meringankan beban keluarga kerana sewaktu jasadnya sihat kita memanfaatkan bakat dan popularitinya untuk perjuangan Islam,” katanya.

Hasil perkongsian hidup dengan Relawati Daud, 42, mereka dikurniakan lapan anak iaitu Mohamad Adam, 27, (meninggal dunia), Omar Hakim, 26, Ahmad Sufian, 25, Ahmad Rayyan, 14, Nur Amanee, 12, Luqmanulhakim, 11, Muhammad Danial, 8, dan Nur Amalin, 6.- Harian Metro

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Thu, 23 Dec 2021

Dikhabarkan Hamil Anak Pertama, Intan Ladyana & Harris Alif Positif Covid-19

Pelakon Intan Ladyana, 38, yang dikhabarkan hamil anak pertama terpaksa dikejarkan ke Hospital Sungai Buluh apabila disahkan dijangkiti wabak Covid-19 pada malam tadi. Suaminya, Harris Alif, 21, yang merupakan seorang pelakon dan penyanyi turut dijangkiti […]

Hiburan Wed, 7 Aug 2019

Cakra Khan Tidak Mahu Lagi Bersedih!

Sibuk berulang-alik dari Jakarta ke Kuala Lumpur.

Featured Mon, 10 Oct 2022

Terpaling Juara: RM100,000 Milik Rahmad Mega! Ini Recap Konsert Terakhir

Selepas 8 minggu, Terpaling Juara akhirnya melabuhkan tirai! Tahniah kepada juara, Rahmad Mega

Featured Thu, 1 Dec 2022

Konsert ‘Ada Apa Dengan Melly?’ Janji Kembalikan Nostalgia Zaman Remaja

Wah! Tak sabarnya nak kembali ke sekolah dengan Melly Goeslaw

Hiburan Wed, 28 Mar 2018

Tahniah Vivy Yusof!

Saya mengambil kira-kira 20 ujian kehamilan dan tidak ada satu pun yang positif, jadi saya menganggap kesemuanya rosak!