Hiburan By: Fatin Nurain November 3, 2023 @ 5:05pm

Famili Duo 3: Sedar ‘Expectation’ Juri Makin Tinggi, Adira & Emma Mahu ‘All Out’ Minggu Ini!

Pasangan adik-beradik, Adira dan Emma Suhaimi mengakui mereka perlu bekerja lebih keras memandangkan berjaya membawa pulang gelaran Duo Terbaik pada minggu ketiga Famili Duo Musim Ketiga, Ahad lalu.

Menurut Emma, mereka sering berasa takut untuk mendengar komen juri tetap, Ajai dan Mas Idayu setiap kali selesai membuat persembahan.

Malah, Adira dan Emma juga nekad untuk memberikan persembahan yang sehabis baik pada minggu keempat ini kerana sedar pihak juri semestinya menaruhkan harapan yang tinggi buat mereka.

“Setiap minggu kami rasa takut nak dengar komen juri. Setiap kali habis persembahan saya selalu diam sahaja sebab takut je kalau salah jawab atau kedengaran kurang ajar. Tapi sebenarnya saya takut dengan kritikan.

“Lebih-lebih lagi expectation juri akan tinggi sebab last week dah buat yang terbaik. Tapi since kami dah faham apa yang Famili Duo inginkan, as long as orang terhibur pun kami okay sahaja,” katanya.

Dalam pada itu, Adira juga sempat mengulas punca kebangkitan mereka ketika membuat persembahan pada minggu lalu memandangkan mereka tidak menyangka berjaya meraih gelaran Duo Terbaik.

Adira berkata, mereka baru faham konsep yang ingin diketengahkan dalam program ini dan cuba perbaiki setiap kekurangan dengan sehabis baik.

“Banyak yang kita belajar. Terutamanya kami terima setiap kritikan dengan terbuka dan sentiasa perbaiki. Nama pun pertandingan, jadi kami bagi all out. Kami sedar je kami tercorot.

“Tapi kami tak tengok pun kedudukan kami setiap minggu macam mana. Yang penting fokus kami adakan perubahan untuk minggu seterusnya.

“Sebelum ini, kami tak faham konsep sebab Famili Duo ni bukan vokal sahaja bila dah konsert ketiga baru kami faham. Tapi kami ambil kritikan tu untuk faham apa lagi yang kurang dalam persembahan kami.

“Ni family show, jadi mereka inginkan hiburan yang tak hanya fokus pada vokal semata-mata sebab nak menghiburkan orang.Idea untuk konsep kami pada minggu ketiga tu berdasarkan social media sebab sekarang ni kan saya selalu buat content macam tu.

“Jadi idea tu datang dan terus untuk bawakan ke atas pentas sebab memang realiti kehidupan tu memang ada dalam real life. Saya dah biasa buat content dengan anak adira tu. Lepas tu saya tanya dia dan dia cakap boleh,” jelasnya.

Berkongsi tentang konsep pada minggu ini, setiap peserta perlu membuat persembahan bertemakan Dangdut dan Bollywood.

Menurut Adira, mereka sudah bersedia untuk melakukan yang terbaik tanpa memikirkan tentang pemarkahan juri akan datang.

“Kami okay sahaja dengan tema dangdut tu, sebab setiap minggu kita akan hadap benda yang sama sampai Final. Kami sebenarnya kami selalu mula dari bawah. Setiap minggu kami naik satu tangga.

“Untuk kami sendiri pun susah nak faham pemarkahan tu macam mana. Tapi kami tak fikirkan sangat tentang tu kerana mahu buat yang terbaik dahulu dan all out,” katanya.

Selain Adira dan Emma, program yang dikendalikan oleh Janna Nick dan Izzue Islam itu turut disertai barisan artis yang hebat seperti, Shila dan Shahir, Tom dan Fuad, Haqiem Rusli dan Ariff Bahran, Ryan dan Adam, Syaiful dan Sharif.

Orang ramai boleh menonton Famili Duo 3 setiap Ahad, jam 9 malam, di TV3 atau secara strim di aplikasi Tonton.

ARTIKEL BERKAITAN: Bukti Rumah Tangga Tak Goyah, Datuk Red Datang ‘Support’ Adira

ARTIKEL BERKAITAN: Famili Duo 3: Didakwa Annoying Ketika Mengacara, Netizen Kecam Janna Nick? – “Your Gedikness Is Not Acceptable”

ARTIKEL BERKAITAN: Adira Suhaimi Steady Naik Skuter Pergi Kedai Runcit, Gigih Kongsi ‘Behind The Scene’ Untuk Peminat

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Fri, 6 Apr 2018

Sufian Suhaimi Tidak Kisah Digelar Raja Lagu Sedih

Penyanyi penuh kontroversi, Sufian Suhaimi sekali lagi mendapat perhatian media apabila beliau dilabel sebagai Raja Lagu Sedih. Namun, bagi penyanyi ini beliau sama sekali tidak kisah dilabel sebegitu asalkan lagu nyanyiannya diterima ramai

Hiburan Wed, 20 Sep 2023
Hiburan Sat, 5 May 2018

Takziah…Ibu Akim Meninggal Dunia

Semoga Allah SWT mencucuri rahmat ke atas Allahyarhamah. Amin ya rabbal alamin…

Hiburan Mon, 7 Aug 2023
Trending Mon, 27 Apr 2020

Benarkah Penularan Wabak Covid-19 Bakal Berakhir Mei Ini?

Marilah kita sama-sama doakan yang terbaik!