Euforia Bola 2026
Featured By: Aqilah Paharuzi May 24, 2023 @ 8:28pm

Didakwa Timbul Salah Faham Dengan Aktres Remaja, Ibu Qistina Raisah Beri Kata-Kata Semangat Kepada Anak  – “Teruskan Melangkah Walaupun Dihina, Fitnah”

Pelakon remaja, Qistina Raisah, 14, hangat menjadi perbualan ramai di media sosial selepas perkongsiannya di aplikasi TikTok menimbulkan pelbagai tanda tanya yang disyaki menuju kepada individu tertentu.

Susulan itu, Qistina kemudian dikaitkan ‘bergaduh’ bersama aktres, Puteri Balqis, 16, ekoran hantaran yang dimuat naik aktres Akulah Balqis itu mengundang 1,001 persoalan ramai yang menyebut umur pelakon wanita berusia 14 tahun tersebut biarpun tidak memetik sebarang nama.

ARTIKEL BERKAITAN: “Tayang Jub*r Hari-Hari, Berlakon Satu Award Tak Dapat!” – Puteri Balqis Tempelak Aktres Muda Wanita Umur 14 Tahun?

Difahamkan, Puteri Balqis meluahkan rasa kesal apabila namanya tiba-tiba menjadi sebutan meskipun dia langsung tidak membuat onar terhadap aktres tersebut.

Lantaran itu, menjengah ke ruangan Instagram Qistina, hantaran terkininya dihujani dengan pelbagai komen-komen netizen yang mengkritiknya dan rata-rata mereka bersetuju dengan pendapat Puteri Balqis.

Berdasarkan pemerhatian XTRA, ibu Qistina iaitu Roszana Aminuddin memuat naik sebuah video memaparkan anaknya itu beserta kapsyen yang memberi sokongan.

Roszana menasihati anaknya itu untuk belajar menahan sabar dan berdiam diri meskipun pelbagai tohmahan telah dilemparkan.

“Teruskan melangkah.. Biarkan semua tohmahan, hinaan, fitnah apa pun orang buka aib kamu…keluarga kamu.

“Belajar diam dan sabar. Maafkan untuk bersihkan hati sendiri. Tenangkan jiwa. Allah pasti ada dengan kita. Insya-Allah, semoga yang baik datang buat kita. Amin,” akhirnya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Tue, 7 Nov 2023
Featured Thu, 12 Jan 2023

“Saya Akan Tunggu Restu Mama & Ayah, Tak Mudah Lihat Tangisan Di Kaca TV” – Syamsul Yusof

Ia tak mudah, tapi saya akan mencuba sedaya-upaya untuk memujuk semula hati ayah dan mama – SY. Semoga dipermudah segalanya 🥲

Fab Foodies! Wed, 19 Sep 2018

Pahit TAPI Peria Boleh Panjangkan Umur?

Sayur peria memang terkenal dengan rasanya yang pahit. Tapi, sekiranya kena dengan cara masakan, peria yang pahit ini boleh bertukar menjadi satu hidangan lauk yang lazat.

Featured Thu, 13 Jun 2019

Ketahui masa paling selamat bagi wanita hamil untuk menaiki pesawat

Ketahui juga panduan untuk menaiki kapal terbang dengan selamat ketika hamil.

error: Content is protected !!