Hiburan By: Del14 January 13, 2020 @ 9:24pm

Imej Baru Norman Hakim Buat Wanita Tak Keruan!

Pelakon dan model, Norman Hakim mencuri perhatian ramai apabila memuat naik foto terkininya selepas menukar warna rambut ala pelakon Hollywood George Clooney di dalam kemas kini terbaru di akaun Instagram miliknya. 

Namun, difahamkan Norman bertindak mewarnakan rambut bagi menjayakan watak Emran yang bakal dilakonkannya di dalam drama rantaian terbaru  berjudul Chandelier arahan Micheal Ang. 

 
 
 
View this post on Instagram

Dalam ramai2,akhirnya @michaelang38 pilih i jugak utk watak #Emran dalam #dramachandelier #megadrama #AstroRia .Alhamdulillah tq Mike??

A post shared by Khalifah Allah (@normanhakim_786) on

“Dalam ramai-ramai, akhirnya @michaelang38 pilih I jugak untuk watak #Emran dalam #dramachandelier. #megadrama #AstroRia Alhamdulillah terima kasih Mike,” tulisnya di dalam kapsyen. 

Malah, Michael Ang juga berkongsi foto dan info berkenaan drama yang sedang dalam penggambaran itu melalui satu entri di Instagram.

“Salam semua. Saja nak kongsi dengan you all #datoemran dan #keisha dalam #dramachandelier. Elok tak dato kita, feel tak jadi sugar daddy! @missmimilana @normanhakim_786,” tulis Michael sebagai kapsyen entri tersebut. 

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata ramai yang memuji ketampanan suami kepada pelakon Memey Suhaiza itu yang tampil dengan imej baru walaupun demi memenuhi tuntutan watak. 

Mungkinkah Norman akan masih mengekalkan warna rambutnya selepas penggambaran? Apa-apa pun memang handsome!

Kredit Foto: Instagram @normanhakim_786 & @michaelang38

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Selebriti Sat, 16 Sep 2023
Hiburan Tue, 26 Sep 2023
Featured Tue, 30 May 2023
Hiburan Mon, 20 Nov 2017

NOVEMBER MUSIM ARTIS BERTUNANG

Kedua-dua pasangan ini juga bersyukur kerana majlis pertunangan ini berjalan dengan lancar dengan dihadiri oleh keluarga dan kawan-kawan rapat.

Featured Sat, 6 May 2023
Hiburan Fri, 27 Oct 2023