Hiburan By: Syafiqa Irdina January 7, 2020 @ 3:54pm

Kembali Bertiga, Team Pagi SURIA Lebih Kecoh!

Setelah setahun bergerak secara duo, kini Team Pagi Suria kembali bertiga dan pastinya pagi korang akan lebih kecoh mendengarkan keletah Issey, Fizi Ali dan Ajak!

Ajak atau nama sebenarnya Mohd Hanaffi bin Razak baru-baru ini telah diumumkan sebagai penyampai baru Suria FM di sebuah sidang media istimewa Team Pagi Suria pada Isnin, 6 Januari lalu. 

Digandingkan bersama bermula hari ini menerusi slot Team Suria Pagi, Issey, Fizi Ali dan Ajak akan mula bertugas pada jam 6.00 pagi hingga 10.00 pagi.

Menurut Pengurus Kanan Suria, Cik Roslinda Abd Majid atau lebih dikenali dengan DJ Lin, pemilihan Ajak sebagai ahli baru Team Pagi Suria adalah keputusan yang paling tepat setelah perbincangan dan persetujuan dari pihak pengurusan Suria FM.

“Kredibiliti Ajak sebagai seorang pelawak, pengacara dan juga penyampai radio berpengalaman merupakan antara kelebihan yang diharapkan boleh membantu meningkatkan lagi jumlah pendengar Suria sama ada menerusi platform radio mahupun digital,” kata DJ Lin.

Tambah DJ Lin lagi, Suria sudah merangka pelbagai aktiviti dan perancangan menarik untuk tahun 2020 ini dengan sempurnanya.

Barisan penyampai Suria tahun ini akan mengukuhkan lagi jenama Suria sebagai satu platform ‘infotainment’ yang menyajikan kepelbagaian kandungan program yang lebih segar dan dekat di hati pendengar.

Sidang media istimewa yang diadakan di Nicsmann 1940s By Lewré The Starling, pada 6 Januari lalu turut dihadiri Ketua-Ketua Pengurusan Kumpulan Radio Star Media (SMRG) iaitu Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan SMRG,Mr Andreas Vogiatzakis dan Pengerusi SMRG, Dato Dr Aminuddin Rouse. Turut hadir sama adalah pengasas NICSMANN, Dato By Lewre.

Untuk maklumat lanjut, korang boleh ikuti maklumat dan perkembangan terkini berkenaan Suria di laman web Suria.my dan juga laman sosial Facebook, Instagram dan Twitter SuriaFMMalaysia.

Sumber foto: Instagram Suria Fm

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Events Tue, 17 Sep 2019

BALLISTIK BOYZ首度来马宣传!粉丝见面会反应热烈秒变演唱会

日本新晋嘻哈唱跳团体BALLISTIK BOYZ来马宣传并举办公开粉丝见面会,吸引了上千名粉丝到场;粉丝们边喊着应援边跟着节奏舞动,让现场瞬间秒变演唱会现场,气氛超级热烈!

Featured Fri, 16 Jul 2021

PKPD Di 34 Mukim Di Selangor Tamat, Boleh Rentas Negeri Dalam Fasa 3 & 4

Kerajaan telah bersetuju untuk menamatkan Perintah Kawalan Pergerakan Diperkatatkan di 34 buah mukim di Selangor hari ini. Menerusi ciapan Twitter hari ini memaklumkan pihak MKN bersetuju untuk tidak melanjutkan PKPD yang bermula 3 Julai lalu. […]

Trending Mon, 13 Jul 2020
Hiburan Wed, 20 Feb 2019

Nazim Othman Dan Fatin Afeefa Sah Bercinta?

Wah, sama cantik, sama padan gitu!

Hiburan Wed, 10 Jul 2019

Kalau Dah Jodoh, Fahmy Reza Terima Joy Revfa Sebagai Isteri

Fahmy tidak menolak seandainya jodoh berpihak kepada mereka pada masa hadapan.