Hiburan By: SGMS Faida March 18, 2019 @ 2:40pm

Konsert Di London, Siti Nurhaliza Tunggu Keputusan Penganjur

Selepas kejayaan konsert Siti Nurhaliza On Tour di tiga lokasi di Indonesia, Singapura dan Malaysia, penyanyi tersohor tanah air ini memaklumkan sedang menunggu kata putus daripada penganjur mengenai tarikh konsert di London.

Konsert yang dijangka diadakan di Royale Albert Hall London pada April ini masih belum mendapat tarikh muktamad.

” Selagi pihak penganjur tidak berkata apa-apa, saya tidak boleh nak putuskan. Kita kena tunggu pengumuman daripada mereka.

” Kalau bukan pada April ini pun, mungkin tahun depan atau seterusnya. Sebab pihak Royale Albert Hall London pun sentiasa terbuka dengan tarikh daripada kita.

” Pendek kata, kita mencari waktu sesuai untuk ke sana,” katanya kepada Harian Metro.

Tambah Siti, beliau tetap akan meneruskan perancangan untuk mengadakan konsert di London meskipun tidak memiliki tarikh tetap lagi. 

” Kalau bukan dengan pihak Shiraz Projects pun, saya dan pasukan iaitu Siti Nurhaliza Productions tetap akan ke sana. Sebab ini adalah perancangan asal kami.

” Saya percaya, konsert ini masih boleh diteruskan dengan pelbagai cara. Sebab saya memang mahu membawa muzik kita ke peringkat antarabangsa.

” Seandainya tidak di sana pun, mungkin di lokasi luar negara lain,” katanya- Harian Metro. 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Tue, 7 Dec 2021

Kekal Menjaga Aurat ketika Bercuti, Netizen Akui Kagum Dengan Zizi Kirana

Cantik je bila menutup aurat kan…. terpancar Nur tu ♡

Hiburan Fri, 6 Sep 2019

Baru 3 bulan Alisa Aisyah Dah Jadi Instafamous!

Kecik-kecik dah ramai peminat dikkk…untunglaaa…

Hiburan Thu, 7 Dec 2017

MACAM NI KE ANGELINA JOLIE JADI ZOMBIE?

Inilah yang terjadi apabila wanita yang dikenali sebagai Sahar Tabar ini terlalu obses dengan idolanya Angelina Jolie. 

Hiburan Thu, 16 Jan 2020
Featured Tue, 6 Dec 2022
Hiburan Tue, 11 Jun 2019

Universal Music Malaysia Ungguli Carta Muzik Malaysia Aidilfitri Ini

Universal Music Malaysia (UMM) ungguli carta muzik Malaysia pada musim raya ini dengan lagu hit terkini & lagu raya klasik nyanian lagenda seperti Tan Sri P Ramlee, Saloma, Sudirman, M.Nasir, Sharifah Aini & Faizal Tahir.  […]