Trending By: Salma Syahbuddin April 23, 2019 @ 3:53pm

Polis Sahkan Tulang Yang Dijumpai Di Tempat Acap Hilang Adalah Tulang Manusia

Selepas kehilangan Mohammad Ashraf Hassan atau Acap, Malaysia sekali lagi dikejutkan dengan penemuan serpihan tulang yang dipercayai tulang lama yang dijumpai di Gua Kandu, Gopeng ketika misi pencarian Acap dilakukan. 

Menurut laporan akhbar Harian Metro, hasil bedah siasat Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB), Ipoh berdasarkan ujian DNA, tulang tersebut adalah sah milik manusia.

Manakala menurut Ketua Polis Daerah Kampar, Superitenden Hasron Nazri Hashim berkata, hasil bedah siasat mendapati tulang itu adalah tulang lama dan dalam keadaan mereput . Serpihan tulang itu akan dihantar ke Jabatan Kimia di Petaling Jaya, Selangor bagi meneruskan padanan ujian DNA selepas disahkan ianya tulang manusia.

” Tengah hari semalam, proses bedah siasat selesai di Jabatan Forensik HRPB, Ipoh dan pengesahan awal mendapati serpihan tulang ditemui itu adalah tulang manusia dan ia adalah tulang lama. Pada 2 petang semalam, kita sudah mengambil darah salah seorang ahli keluarga Mohammad Ashraf Hassan di Hospital Kampar. Serpihan tulang dan spesimen darah diambil itu akan dihantar ke Jabatan Kimia hari ini untuk tujuan padanan DNA.” Katanya.

Ujian pengesahan ini akan mengambil masa selama satu hingga dua bulan bagi membuktikan kaitan penemuan tulang tersebut dengan kehilangan Acap. 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Thu, 16 Aug 2018
Featured Wed, 24 Aug 2022

#WhazzupNetizen: Jabatan Penjara Nafi DS Najib Diberi Layanan Istimewa, Gaya Sekumpulan Lelaki Pakai Baju 70-an Tarik Perhatian, & Ramai Guru Sakan BerTikTok Dikecam

Bukan guys, tu gambar sel penjara di Switzerland 🤭 Fuhh style la abg abg pakai baju tema retro ala-ala 70 an! 🔥🤩 Guru kuat bertiktok ni macam dah jadi trend kan? 🥲 Tiga topik menarik dalam #WhazzupNetizen minggu ini!

Featured Tue, 9 May 2023

“Tepuk Dahi, Fikir Sendiri” – Titip Nasihat, Nora Ariffin Minta Pastikan Niat Untuk Kahwin

Bila niat purely kerana Allah, In Sha Allah dilorongkan keberkatan & kebaikan sampai bila-bila – Datuk Nora Ariffin

Featured Wed, 29 Mar 2023
Hiburan Tue, 9 Jan 2024
Featured Fri, 10 Jun 2022

Didakwa Sengaja Ingin Populariti & Ambil Kesempatan, ‘Kembar’ Arwah Siti Sarah Tampil Beri Penjelasan

Dia tak minta pun nak wajah mirip dengan Allahyarham Siti Sarah.. Semua ni kan kuasa Allah SWT. Yang mengecam pun lahaiii 😌🤔