Hiburan By: SGMS Faida January 29, 2019 @ 6:37pm

Prince Affa Selesa Nyanyi Lagu Ciptaan Bapa Saudara

Baru sahaja berusia 17 tahun, penyanyi Prince Affa mengakui selesa menyanyikan lagu ciptaan bapa saudaranya, Jari berbanding komposer lain.

Akui Affa atau nama sebenarnya Tengku Indra Muzaffar Tengku Ngah Putra, dia tidak berniat memilih dalam menyanyikan sesebuah karya.

“ Pak Long (merujuk kepada bapa saudara) memahami selera saya dalam nyanyian. Saya cenderung menyanyikan lagu dengan melodi perlahan dan kedengaran seperti lagu lama.

“ Dari segi pemilihan lagu, saya suka mendengar lagu-lagu yang dinyanyikan oleh Afgan. Kalau boleh untuk single kedua nanti saya mahukan lagu macam itu,” katanya kepada XTRA.

Prince Affa ketika ditemui di Majlis Pelancaran Lafazkan Cinta di LOKA, Nu Sentral hari ini memaklumkan dia mahu fokus dalam pelajaran memandangkan bakal menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) hujung tahun ini.

“ Saya akan aktif sehingga Ogos ini kemudian beri perhatian untuk SPM. Tetapi untuk tawaran undangan nyanyian saya tetap akan terima cuma kalau boleh tidak mahu ganggu waktu persekolahan,” katanya.

Prince Affa sebelum ini pernah menghasilkan single bersama ibunya yang merupakan Ratu Keroncong Malaysia, Adilla Idris berjudul Selera Hari Lebaran.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Mon, 13 Sep 2021

Bergambar Bersama Kereta Mewah Ford GT, Hadiah Peribadi TMJ Buat The Pocket Rocket Man Undang Spekulasi Ramai

Baru-baru ini, Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim berkenan mengurniakan ganjaran kepada  kepada jaguh berbasikal trek negara, Datuk Azizulhasni Awang atau lebih dikenali sebagai The Pocket Rocket Man di atas pencapaiannya di Sukan […]

Hiburan Thu, 1 Aug 2019

Dapatkan Klu #ICSYVMY Bermula 4 Ogos Ini!

Dengar jangan tak dengar!

Hiburan Mon, 22 Apr 2019

Asyik Dapat Watak Jahat, Apa Komen Pablo Amirul?

Dalam filem ini, dia membawa watak sebagai pemuda berketurunan Iban bernama Gadang dan filem ini turut menampilkan bintang khas iaitu Pekin Ibrahim dan Altimet. 

Hiburan Thu, 20 Jun 2019

Bapa Tiri Jutawan Bukan ‘Lesen’ Nak Hidup Mewah

Tidak bermakna saya boleh menggunakan kesempatan atas kekayaan Daddy untuk kepentingan sendiri. 

Hiburan Thu, 19 May 2022

Hairul Azreen ‘Ikat Perut’ Selama Lima Bulan Demi…

Hairul Azreen diet, tahan lapar demi menjayakan sebuah karakter untuk filem terbarunya.