Hiburan By: SGMS Faida June 12, 2019 @ 12:20pm

PU Abu Mohon Maaf Dengan Anak

Personaliti yang lahir dari program Pencetus Ummah, PU Abu mengumumkan anak sulungnya selamay dilahirkan Hari Raya Ketiga.

Menerusi laman Instagram personaliti itu, PU Abu turut memohon maaf kepada bayi lelaki yang merupakan cahaya mata sulungnya.

“ Ayah mohon maaf sebab telah banyak buat salah pada awak disaat awak dalam kandungan. Jaga hati ummi elok- elok sebab banyak pengorbanan ummi sepanjang awak ada dalam perut ummi.

“ Buat @ainafini_ terima kasih kerana telah melahirkan anak hebat kita ini. Moga dia mewarisi kesabaran dan kekuatan awak sepanjang kandungkan dia. Saya mohon doa netizen agar semuanya berjalan dengan baik dan segalanya dipermudahkan,” luahnya.

Menurut PU Abu, bayi itu dilahirkan pada 7 Jun lepas pada jam 12.55 tengahari.

Kes rumah tangga PU Abu dan Ain menjadi bualan netizen selepas wanita itu mendedahkan kecurangan suaminya bersama seorang wanita bernama Hana Azraa.

Ain yang ketika itu hamil anak pertama mengambil keputusan untuk bercerai selepas kecewa dengan tindakan suaminya itu.

Pasangan ini disahkan bercerai buat kali kedua 15 Mei lalu dan pernah bercerai kali pertama pada 28 Januari lalu sebelum rujuk semula pada 23 Februari.

Abu Sufyan bernikah dengan Ain ‘Afini pada 31 Ogos 2018 dan kini bergelar suami kepada ahli perniagaan, Hana Azraa.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Sun, 28 Apr 2019

#BBB2019: Chiwan Cari Calon Isteri

Good luck Chiwan untuk final BBB 2019!

Hiburan Mon, 9 Oct 2023
Featured Fri, 14 Apr 2023
Hiburan Tue, 28 Aug 2018

‘Mana Ada Gimik’, Fitri Haris Tiada Niat Tipu Peminat

Akui penyanyi lagu Wahai Kekasihku, dia menafikan ia adalah gimik untuk lagu terbarunya dan tidak berniat mempermainkan sesiapa dan meminta maaf atas kejadian itu.